December 14, 2010

Bersopan apabila menegur .

Assalamu'alaikum w.b.t.

Salam sejahtera buat semua .hari ni aku nak kongsi satu kisah yg aku dpt drpd buku "Insaf kerana Katak" .dlm buku ni ade banyak kisah2 ringkas insan yang melakukan kesilapan ,lalu bertaubat dan memohon ampun kpd Allah s.w.t . Tajuk post aku kali ni adalah kisah yg aku nak kongsi dlm blog aku yg bohsan ni .
kisah nye begini .....

Khalifah Makmun adalah pembaca khutbah yg tidak disenangi oleh para ulama dan golongan soleh .Boleh dikatakan,Khalifah Makmun adalah pemerintah yg zalim dan ramai musuh .Tidak hairan lah apabila ramai org tidak berani menegurnya .

Pada suatu hari ,Khalifah Makmun mengunjungi Kota Basrah utk bersembahyang Jumaat di masjid tempat kelahiran Imam Hasan Basri .Apabila khutbah dibaca ,pembaca khutbah menyebut namanya dgn cara yg tidak sopan .Walau bagaimana pun Khalifah Makmun hanya menahan marahnya .

Pada minggu berikutnya ,Khalifah Makmun menunaikan sembahyang Jumaat di masjid lain .Secara kebetulan ,orang yg sama membaca khutbah .Dalam khutbah itu ,khatib menyebut "Pemerintah Khalifah Makmun adalah pemerintah yg zalim .Kita semua berdoa supaya beliau di laknat oleh Allah ".

Selesai  sembahyang Jumaat ,khatib itu diperintahkan berjumpa Khalifah Makmun .Sebaik sahaja khatib itu menghadap ,Khalifah Makmun bertanya " Wahai tuan khatib ,antara kamu dengan Nabi Musa ,siapakah yg lebih baik? "

Kemudian khatib itu menjawap " Sudah tentu Nabi Musa lebih baik drpd saya "

Kemudian Khalifah Makmun menyambung , "Saya juga berfikir begitu .Tetapi pada pendapat kamu ,siapakah yg lebih jahat antara saya dan Firaun ?"

Khatib yg terkejut itu diam seketika lalu menjawab, " Sudah tentu Firaun lebih jahat drpd tuan. "

"Walaupun Firaun begitu jahat dan kejam,tetapi Tuhan memerintahkan Nabi Musa supaya berlemah lembut kpdnya.Bagaimana sekiranya tuan bacakan ayat itu utk renungan bersama?" perintah Khalifah Makmun kpd khatib itu .

Pembaca khutbah itu segera menjawap .Katanya " Berbicara lah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut ,mudah mudahan ia ingat dan takut."

Kemudian Khalifah Makmun terus berkata , "Jika begitu ,bagaimana jika saya minta tuan menegur saya dengan cara yang sopan dan berlemah lembut kerana tuan tidak lah sebaik Nabi Musa dan saya pula tidak sejahat Firaun ."

Khatib yg rasa bersalah dan malu itu berkata, " Saya menyedari kesilapan saya .Saya bertaubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan saya .Saya akan berlemah lembut apabila menegur orang lain .Maaf kan saya"

The end .

Aku saja nak kongsi kisah ni sbb aku ni orang yg selalu ditegur .biase lah ,orang yg asyik rendah diri dgn kelemahan yg ada pada diri .haha .aku banyak wat silap ,itu pasal ramai yg menegur .aku x kisah bila ditegur ,tp kadangkala cara teguran tu salah .aku bule terima teguran ,tp bila dh mengunakan bahase kasar ni ,aku agak BENGANG  .aku x nak berdendam ,tp disebabkan bahase yg digunekan agak KURANG AJAR ,aku susah nak lupekan .bila perasaan bengang menyelubungi diri ,itu makne nye aku dh berdendam .dosa name nye tu .x elok utk kesihatan . semoga kisah yg aku kongsi ni bule dijadikan teladan utk diri aku sendiri dan anda2 yg membaca . =) senyum ~

sekian ,terima kasih .

No comments:

Post a Comment