January 30, 2012

Ini Tips utk aku . =)

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

sumber: Iluvislam.com
penulis: Abu Zarin Bin Harun .


Boleh larh mula start implement dalam diri aku supaya dapat cepat kahwin.hehe

January 23, 2012

Mutiara Kata .

salam ..

Sesungguh nya Imam Ghazali ada meninggalkan mutiara kata yang boleh kita jadi kan pedoman hidup ..

Yang singkat itu "waktu".

Yang menipu itu "dunia".

Yang dekat itu "kematian".

Yang besar itu "hawa nafsu".

Yang berat itu "amanah".

Yang sulit itu "ikhlas".

Yang mudah itu "berbuat dosa".

Yang susah itu "sabar".

Yang sering lupa itu "bersyukur".

Yang membakar amal itu "mengumpat".

Yang mendorong ke neraka itu "lidah"

Yang berharga itu "iman".

Yang mententeramkan hati itu "teman sejati".

Yang ditunggu ALLAH SWT itu "TAUBAT".


Kalau nak di renungkan kembali ,dah berapa lama kita buat Allah tertunggu .. 
Sedangkan dah macam2 Dia beri kepada kita ..
Kadang2 Dia tak beri apa yang kita MAHU tapi Dia memberi apa yang kita PERLU ..
Kerana apa ??

kerana DIA sentiasa tahu apa yang terbaik buat kita ..

Muhasabah untuk diri sendiri ~ 
Renung-renungkan dan jom bertaubat .. 

Ya Allah,ampunkan dosa2 ku ..sesungguhnya Engkau sahaja yang dapat mengampun kan segala dosa ... T.T

January 21, 2012

Happy birthday Abah .


Hari ini 22 January 2012 .

Nampak lelaki yang bergaya di atas ni? 
Dia memakai topi kesayangan aku .
and...
NY is stand for his name,Nordin Yusoff..

Today is his birthday ..
In my daily life,
Dia lah masterchef hidup ku,
Dia lah raja lawak penyeri hidup ku,
Dia lah mentor yg mengajar ku,
Dia lah Hero penyelamat dalam setiap keadaan ..

and He Is My Father .

Thank You Allah for giving me such an awesome father .
Semoga Allah mengampun kan segala dosa-dosa nya di hari kelahiran beliau ini ..
Semoga Allah memanjang kan umur abah ku dan di murah kan rezeki ..

Love u abah . =)