December 31, 2010

last !

Assalamu'alaikum w.b.t

Hari ni hari terakhir utk tahun 2010 .aku rasa ni post aku yg ke 31 utk bulan ni dan juga tahun ni .cukup 31 post bermakna ,satu hari satu post .tah ape yg aku merepek bnyk2 kat blog ni tiap hari pun aku x taw .kepada yg membaca ,aku harap ape yg aku tulis ni mampu buat korang tersenyum .

Aku x bnyk bende pun nak cakap akhir tahun ni ,sbb aku dh sambut dh tahun baru .time Maal Hijrah hari tu .mase tu hari yg sgt sempurna sbb dpt sambut tahun baru islam dekat Masjid Selat bersama seorang insan yg x jadi nak balik ke kampung halaman .usaha aku tunggu dia dari tgh hari tu ,sangat2 berbaloi .Terima kasih kerana menyempurnakan hari ku itu .

Dalam post terakhir ni ,aku cume nak list kan bape2 buah lagu yg aku  dengar bnyk2 kali dalam tahun 2010 ni .ni kire best song of the year lar ni .haha .

Best Song Of the Year :
1) Selamat Malam by Faizal Tahir .
Lagu ni hampir setiap malam aku nyanyi sbb sangat best.lebih2 agy akustik version .kadang2 aku nyanyi kan lagu ni utk seseorang supaya dia dpt tido ngan lena .kalau dia x de ,aku nyanyi utk diri sendiri je larh . =)

2)Ayu by V.E.
Lagu ni sangat2 relax.aku plak bule letak nama seseorang dlm lagu ni bila aku nyanyi version aku .bila dgr lagu ni je,mula lah mengharap seseorang akan hadir dlm hidup ni sebagai teman hidup .kah3 .jiwang2 ~

3)Hanyut by Faizal Tahir .
Lagu ni sangat2 mendalam maksud nye.faham btol2 ape yg ia cuba sampai kan .Nyanyi kan lah ia pada seseorang yg anda anggap begitu penting dlm hidup ni .seperti yg aku pernah lakukan ....huhu =)

4)Your Beautiful by James Blunt .
Ni lagu lame .tapi best .sbb ada satu hari tu ,lagu ni sangat2 sesuai utk aku .aku pun nyanyi larh bnyk2 kali .layan perasaan lar katekan ..

5)Leia by Black
Lagu ni lirik lagu dia mcm xde kaitan dgn tajuk .tp sesuai dgn aku sbb asyik duduk berjauhan dgn org penting dlm hidup aku .x bosan pun nyanyi lagu ni bnyk2 kali .jerit lar bnyk kali tyme nyanyi lagu ni sbb kebanyakannye high note.aku x dpt nk tarik .hahaha

6)Sofea Jane by Black
Ni satu lagi lagu yg mane lirik dia mcm xde kaitan dgn tajuk .tajuk nye name org tp xsebut pun nama sofea jane tu dlm lagu ni .lagu ni pun sesuai utk jiwa yg kesepian mcm aku ni .har har har .

7)Mestikah ada yang lain by Faizal Tahir
Lagu ni agak baru gak larh aku dengar .blom pape dh masuk dlm top list best song aku .maybe sbb jiwa aku yg kesepian ni kowt yg sesuai dgn lirik lagu ni .

Cukup larh 7 lagu kowt .sume lagu ni aku masih x henti nyanyi sbb sume best and mcm ade kaitan dgn hidup aku .jiwang2 ~kebanyakan nye lagu dari Faizal Tahir sbb aku sgt suke suare dia .kadang2 tu ade gak ase nak dgr dia ngaji .suare dh power kalau baca al-quran mesti best .syahdu je dgr .hehe .tiap2 lagu yg aku dgr ni sbnr nye aku cuba nak sampaikan sesuatu .kadang2 mmg jiwang ,tp ape salah nye kan jadi jiwang skali skala.syok gak layan perasaan ni .kalau kita x layan sape agy nak layan .btol x?haha .

Akhir kata ,aku nak mintak maaf pada semua .Andai kata kehadiran ku pada tahun 2010 ni bnyk menimbulkan masalah pada anda semua ,aku mintak maaf sgt2 .mari sama2 kita upload Pahala and delete dosa2 kita yg lepas .Semoga aku dpt mempertingkat kan iman dalam diri ni hari demi hari pada tahun baru ini .insyaAllah ~ amin .


Best Picture of the YEAR 2010 .
Dpt pujian dari seseorang .

sekian,terima kasih .

December 28, 2010

Tak salah bersabar kan?

Assalamu'alaikum w.b.t.

Hari ni aku nak mula menulis dgn kalimah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ...

Sedikit perkongsian buat diri aku dan yg lain2 .bagi peringatan buat diri yg sering lupa ini .baca kisah di tersebut ...ehem3 .


“Meoww!!!” seekor kucing menjerit kesakitan.
Malam itu malam yang malang buat si kucing. Dia tidur dengan kesakitan dan kemarahan. Perutnya senak disepak tanpa hujung pangkalnya.
“Apa salah aku?” menung si kucing di balik almari.
PETANG ITU
“Kenapa awak lewat fakskan dokumen tersebut?” tanya seorang CEO kepada setiausahanya.
“Err, Pengurus Jualan lewat menyerahkannya kepada saya” jawab beliau. Terketar-ketar.
“Ahhh! Macam-macam alasan awak. Saya bosan mendengarnya. Pergi semula kepada Pengurus Jualan dan betulkan dokumen tersebut. Sudahlah lewat. Salah pula tu!” bentak bos besar.
Marah sungguh.
Setiausahanya dengan muka yang merah padam meninggalkan pejabat beliau menuju kepada Pengurus Jualan.
“Itulah tuan! Tuan yang lewat serahkan dokumen tersebut, saya pula yang kena marah. Dokumen salah pula tu!” kata Setiausaha CEO tersebut.
Pengurus Jualan terkejut.
“Awak kalau nak berurusan dengan saya, ketuk pintu dahulu. Itu pun awak tak tahu ke?” Pengurus Jualan meninggikan suara.
“Ahhh! Sudahlah. Ketuk pintu ke, tak ketuk pintu ke, Tuan tetap lewat serahkan semuanya kepada saya. Ambil dokumen ini dan betulkan semula!” Setiausaha CEO menghempas segenggam dokumen itu ke meja.
Beliau terus meninggalkan Pengurus Jualan.
Sama-sama marah.
Petang itu sungguh tercemar bagi Pengurus Jualan. Geram dengan sikap Setiausaha CEO yang tidak tahu berbudi bahasa. Geram dan marah dirinya diburukkan lagi oleh kesesakan jalanraya luar biasa.
“Aduh! Sempatkah aku kejar siaran Berita malam ini?” Pengurus Jualan sudah bengang.
Kemungkinan besar beliau tidak sempat melihat siaran temuramah siaran Berita TV10 dengannya siang tadi. Tiba di rumah, jam sudah mencecah 8:30 malam. Sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke rumah, isterinya dengan wajah berkerut di dahi menunggu di ruang tamu.
“Kenapa dengan awak?” tanya Pengurus Jualan kepada isterinya.
“Abang pakai baju comot sangat di televisyen tadi. Kawan saya telefon. Katanya saya tak jaga makan pakai suami!” kata sang isteri yang sebenarnya mahu bergurau dengan suami.
“Ahhh! Aku banyak masalah, itu pula yang disibukkannya! Makan malam dah siap ke???” tengking si suami yang sedang baran.
Si isteri sangat terkejut dengan amarah suaminya malam itu. Niat asal mahu bergurau berubah menjadi musibah. Tanpa banyak bicara beliau segera menuju ke dapur.
“Mama, tengok lukisan Adam! Cantik tak?” tiba-tiba si anak muncul di dapur dengan sekeping lukisan di tangan.
“Ahhh, sibuk sahaja kamu ni. Lukisan, lukisan, lukisan. Menghabiskan kertas A4 sahaja. Pergi naik atas buat kerja sekolah!” si ibu menengking anaknya.
Adam sungguh terkejut. Tidak sangka lukisannya berakhir dengan kemarahan si ibu.
Tiba-tiba kucing kesayangannya datang menggosok-gosokkan badan di kaki Adam.
“Meowww!!!” kucing itu menjerit.
Adam menyepak si kucing dengan penuh kemarahan.
Soalannya, siapakah sebenarnya yang menyepak si kucing malang itu?
Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan meminta wasiat (nasihat) daripada Baginda. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
“Janganlah kamu marah! (Baginda mengulangnya beberapa kali dengan pesan yang sama: Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah!” [Hadith riwayat al-Bukhari]
Besarlah pahala suami, isteri, anak, malah majikan, atau setiausahanya yang berjaya memberhentikan musibah berantai ini.

Aku sangat2 x suke bile tgk orang yg terpenting dlm hidup aku marah .hati ni rasa sangat x tenang .Bila ibu aku marah2 ,lagi larh aku x ske .x kisah lar dia mara kat aku ke kat org lain ke .yg pasti aku sgt TAK SUKE . aku akan fikirkan bende ni berulang2 kali kalo tgk org terpenting dlm hidup aku ni mara. aku ngaku mmg aku ni slalu kne mara .tp itu x bermakna aku berdendam and nak mara org lain. seperti dlm kisah tersebut .Rasulullah s.a.w. adalah manusia yg paling bnyk bersabar .aku cube utk mencontohi sifat beliau yg terpuji ni .
Sesungguhnya orang yg paling kuat di antara kita adalah orang yg dapat melawan nafsu nya .

Sifat mara juga adalah nafsu .nafsu ammarah .iaitu nafsu yg paling teruk skali .Nak jadi kuat x perlu makan bnyk2 ,x perlu bina badan besa2 ,x perlu makan pil kuat kan hormon sume bende tu .nk jadi kuat dlm hidup ni kne kuat lawan nafsu tu je .insyaAllah ,akan dpt ganjaran daripada Yang Maha Penyabar .

Kepada sesiapa saja yg baca post aku kali ni ,TOLONG larh jgn wat orang terpenting dlm hidup aku mara .Hati aku SANGAT TAK TENANG !Kpd adik aku NURUL FATIHAH bt NORDIN .awk tu jage skit perangai kat rumah .jadi budak asrama yg baik .mengalah lar skit .ibu dh wat macam2 utk kau taw x .JANGAN lar singgung perasaan ibu agy .oke?

Cinta Allah ,
Sayang Rasulullah ,
Sayang ibu bapa .
Hargai org terpenting di sisi anda .

senyum =)

sekian,terima kasih .

December 27, 2010

Allahumma ~

Assalamu'alaikum w.b.t.

Pagi tadi aku LEMAH
Pagi tadi aku rasa SANGAT SEJUK
Pagi tadi aku rasa badan aku SANGAT PANAS
Pagi tadi kepala otak aku SANGAT BERAT 
Pagi tadi aku tak ade SELERA MAKAN
Pagi tadi sistem badan aku TAK BERFUNGSI DGN BAIK .

TAPI ....

Itu TIDAK bermakna aku harus terperap dalam bilik SEPANJANG HARI 
Itu TIDAK bermakna aku tak boleh nak tolong group BERKAT aku BERNIAGA 
Itu TIDAK bermakna aku harus mengaku kalah pada DIRI SENDIRI
Itu TIDAK bermakna aku tak boleh nak habis kan makanan yg AKU AMBIL 
Itu TIDAK bermakna aku lupa nak cakap "take care & have a nice day" kpd SESEORANG 
Itu TIDAK bermakna aku tak boleh nak jadi KENTAL .

Ya Allah ,sihatkan lah badanku ,Allahumma sihatkan lah pendengaran ku, Allahumma sihatkan lah penglihatanku .

Let's hope tomorrow gonna be BETTER than TODAY .

December 26, 2010

Ini semua UJIAN !

Assalamu'alaikum w.b.t.

Rebut larh 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara .

Waktu SIHAT sebelum waktu SAKIT .Waktu LAPANG sebelum waktu SEMPIT .Waktu MUDA sebelum waktu TUA .Waktu KAYA sebelum waktu MISKIN .Waktu HIDUP sebelum waktu MATI .
Sedikit peringatan buat diri ini .Aku cube nak kait kan ape yg terjadi hari ni dgn kata2 di atas ni .Panjang cerita nye tapi aku pendek kan .sesiapa yg ase malas nak baca, x yah bace.aku cakap awal2 ni .kang korang komplain bosan ,aku cepuk pale korang .

Pada pukol 2.30 pagi hari Ahad ,aku terjage dari tidur .malam tu sptt nye aku tgk Harry Potter and the chamber of secret .tp aku tertido .biase larh ,bile baring smbil tgk tv ni komfom2 tertido nye larh .mase aku terjage tu ,lampu bilik aku dh tutop .tp tv and laptop aku masih terpasang .pale aku lak ase pening semcm .badan ase sejuk .blakang aku ase lenguh gle .mata dh berat ngan taik mata .tp dh terjage tu ,x kan nak tido blk .laptop lak masih terpasang ,ape lagi .on9 ar jap .chit chat ngan bdk gsc yg bru blk keje jap .then dia ckp ade hal .aku yg kunun2 nye nk tunggu dia settle kan masalah dia tu ,tertido agy skali .sedar2 dh 5.20 pagi .cube nak bangun tp pening kat pale masih terase .teruskan baring .lip lap lip lap azan subuh kedengaran .tunaikan larh tanggungjawap dahulu ..

Lepas subuh ,cube x nak tido .tp dh xde bende nak wat dan pale masih berputar 360 darjah ,aku sambung lar tido blk .then terjage dari tidur kol 9.30 pagi kot .tu pun sbb rmi yg kejut aku utk breakfast skali .ibu kejut ,kakak kejut ,bibik aku pun kejut .dh nak dekat 3 org kejut ,aku x bangun pun .stakat bukak mata je .tp bdn masih atas katil sbb blakang aku ase lenguh and badan aku ase sejuk .duk selubung dlm selimut sgt2 larh best time tu .ape2 pun ,aku kuat kan semangat utk breakfast ngan family .Mata yg layu ,aku masuk tandas basuh muka .makan breakfast sikit je sbb xde selera sgt .Hari ni aku ngan family nak gerak seremban .sbb family aku nak wat holiday tour dari seremban-muar-singapore .aku x ekot pun .aku ikut smpi seremban je sbb esok hari isnin aku dh kne balik mmu .urusan aku kat subang jaya pun dh selesai .mase dlm perjalanan ke seremban tu ,aku tido dlm kete .sedar2 je pale aku dh makin berat .badan lak ase sejuk panas sejuk panas .temperature naik turun naik turun .sampai2 kat seremban je ,aku sepatut nye tolong abah potong rumput kat rumah baru ni .potong rumput okay bukan potong rambut ye cik wangi .pale aku dh pening ,x taw larat ke x .alhamdulillah ~ Allah dtg kan bantuan .Abah upah orang je potong rumput .ase lega sgt dapat rest .tgh hari tu perut dh lapa ,keje aku kne habis kan makanan tgh hari je larh .amik nasi mcm bese ,tp makan skit je dh kenyang .ape2 pun ,pakse gak diri habis kan yg selebihnya sbb aku x ske membazir .Syukur ~ dpt gak habis kan nasi berlauk ayam kicap masakan bibik tadi .hehe .petang tadi aku ase mcm dh lega skit .kepala pun dh kurang berputar .temperature badan pun mcm dh kurang .ibu ajak lawan ping pong .aku pun main larh memandang kan dh lame x lawan ibu .main ping pong pun pkai kain je .haha .

Lepas asar ,aku ngan family gerak g jusco seremban ni .abah mencari seluar ,bibik aku lak mencari topup utk telefon family dia kat indon .jalan2 kat jusco tu ,seluar abah dpt .ibu lak dapat air cond yg kecik tu utk dia tidur dlm bilik kat rumah baru ni .haiyaa ~ mcm2 larh .mase kat jusco tu ,sejuk taw sbnr nye .aku dh mule ase yg temperature badan mcm dh nak naik balik .tp aku senyap je supaye org lain x taw .yg taw aku x bape nk sihat hari ni cik wangi tu sorg je .sbb aku chit chat ngan dia pagi td skjap .lepas jalan2 kat jusco,ape lagi .makan lorh .dh kol bape an .singgah lorh kat KAFE SAY POOL yg adik n akak aku kecoh2 kan .aku x penah sampai pun .org lain order air mcm bese .aku yg sepatut nye order LIMAU AIS ,tp aku order LIMAU  SUAM .takut temperature badan naik blk .lagi pun aku x nak ibu taw .last2 ,mase air smpi .ibu mcm pelik je .asal lar anak dia sorg ni order air panas .then aku makan lorh Nasi Goreng Ayam Kunyit .skali agy ,selera monster aku x dtg mlm ni sbb aku makan skit je td .pape pun ,mcm bese larh .pakse gak makan sbb aku x ske membazir .pastu akak aku yg x hbs makan nk past makanan tu kat aku .aku lak terlepas ckp yg aku xde selera .after that ,baru larh ibu taw yg aku x bape nak sihat .kakak aku yg amek farmasi tu lak mule bagi nasihat FARMACY dia .ibu dh riso .dia suro abah cari mane2 klinik yg terdekat .aku x nak pergi pun sbb aku ckp kat ibu yg aku oke .xde masalah nye .masih KENTAL agy ni .tp ibu pakse gak suro pergi .lps dinner tu ,cari lar klinik .dalam hati aku ckp harap2 larh xde klinik yg bkk malam2 ni .last2 kali ,ade satu poliklinik yg bkk 24 jam .haish =.= .terpakse lar gak jmpe doktor .sblm jmpe doktor ,sempat tgk Malaysia score lawan Indon .hehe .TAHNIAH MALAYSIA !!

"Muhammad Muaz,sila masuk " alamak ! name dh kne panggil ,kne lar masuk jmpe doktor.doktor cek itu cek ini .cek nafas sume .aku tarik nafas sikit2 je dgn harapan x merisaukan ibu aku yg duduk teman kat sebelah .tp doktor ni cekap lar plak .dia suro aku tarik nafas panjang2 .tah cmne mane tah dia dpt kesan gak yg keadaan aku dh agak teruk .dia ade kata ape tah yg bengkak tadi .aku x ingat sgt .tp aku ase maybe sbb bengkak tu larh aku ase sakit tekak ni bila batuk .agak nye larh .who knows .haha .doktor suro amik nap .amende tah tu .aku pun x taw .then kne duduk kat blakang ,dia wat pam kat mulut tu .ape ek ?aku pun xtaw ape panggil.aku sempat amek gamba .tp x sempat upload .sori larh ek .=)

After finish di rawat2 sume tu ,nurse bagi ubat .ubat tu ubat ni .mcm2 ubat larh .total harge RM50.agak mahal ,tp abah bule claim dr telekom .kih3 .now ,aku sedang duduk menaip tulis blog nak cerita kat korang sume bende ni .har har har .kepada yg sudi membaca tu ,time kaseh aku ucap kan .kpd yg bosan membaca tu ,aku dh ckp awal2 tadi kan .so,sape yg salah skrang ni?aku ke anda?sendiri maw ingat .

Aku g klinik tadi ade 3 sebab .
First ,ibu dh membebel panjang2 mase dlm kete lps hbs dinner tadi .
Second ,aku x nak cik wangi tu sepak aku sbb aku x jage diri elok2 .
Third ,aku dh janji ngan cik wangi yg aku kne jage diri elok2 .always keep with our promise .

oke larh .sampai situ je cerita aku kowt .ape yg terjadi tu pasti ade hikmah .mungkin ni balasan atas dosa2 aku yg lepas .aku ingat kan diri sendiri dgn kata2 yg aku tulis kat atas tadi .
Waktu SIHAT sebelum waktu SAKIT . bnyk2 larh istigfar muaz oi .

AKU harus makan ubat yg mcm2 tu skrang .kalo x ibu mule riso agy .

sekian ,terima kasih .

December 24, 2010

i'M READY !


Alhamdulillah ~ urusan ku di subang jaya sudah selesai .aku READY utk balik ke Melaka .Semangat baru ! kongsi skit lagu ni bersama orang yg berjauhan .hehe .enjoy ~

Tidak ku sangka hubungan kita
Akan di duga sebegini
Kerna ku jauh di kota
Dan kau pula menyepi di sana
Terpaksa menerima
Hakikatnya ku di sini
Dan kau pula di sana


Malam ini ku hadiahkan

Sebutir bintang pengganti kata-kata

Dengarlah janjiku padamu

Sang rembulan menemani

Sementara menanti waktu bersama

Sabarlah masanya kan tiba



Seringkali ku terbayangkan mu

Dalam mimpiku kau tersenyum

Sedihnya rasa pabila ku bangun

Dari nyenyak tidurku

Masih ku keseorangan

Kerna ku di sini

Dan kau pula jauh di sana



Hari demi hari ku nanti

Tiba malam hari

Kan ku pejam mata

Lihat kau tertawa

Dalam mimpi kita berdua

Terbang di angkasa

Hidup kita sempurna akhirnya.

December 23, 2010

Tag aku yg pertama .

Assalamu'alaikum w.b.t.

Ape kabar orang kampung? harap2 nya sihat2 belaka larh .hehe .hari ni aku x nak ckp bnyk ,aku cume nak wat sesuatu yg baru kat blog aku ni .Bende ni x baru pun ,baru bg aku sbb ini kali pertama aku memulakannya .haha .aku nak tag orang .ble dh xde bende nak tulis ni and dh xde bende nak bace kat blog org ,lebih baik aku mulakan tag.ade skit idea utk orang2 yg kne tag ni utk menulis .disamping itu ,dpt kenal mereka dgn lebih mendalam dgn mengemukakan beberapa soalan cepuk emas yg harus di jawap dgn jujur .hehe .paling penting ,tag ni kan ADAT BLOGGER .=) aku mulakan yeee ~

1)3 perkara yg anda tidak suka tentang diri anda .
- Aku x ske diri aku ble telinga aku dgr azan ,tp badan x gerak mane2 pun .haiyaa 'alassolah .
- Aku x ske sikap cemburu timbul dlm diri aku yg tak kne pada tempat .Dats y lebih baik diam .=)
- Aku x ske bila aku susah nak berlaku jujur pada seseorang .asyik nak tipu diri sendiri JE .sgt terseksa .

2)Apakah perkara yg anda suka dalam hidup ini ?
- Aku suka melihat orang disisi bahagia x kisah lar dimana ,dgn siapa atau bile mase nya .

3) Apa perasaan anda bila digelar seorang jutawan dan apa perkara pertama yg anda akan lakukan selepas itu?
-First,aku akan pengsan .Bila dh sedar ,aku akan sujud syukur .Perkara pertama aku buat ialah ,beli kereta idaman .suzuki swift .hehe ~

4) Adakah anda percaya dgn istilah "Happy Ending" ?
- ye aku percaya .....

5) Apa reaksi anda bila ada seseorang dtg kpd anda kemudian menangis ..
 - aku menangis sekali ..sob3 .

6) Adakah anda mempunyai batal busuk utk di bawa tidur ?
-owh semesti nya TIDAKK ~ dulu kecik2 ada kowt .haha

7) Perkataan pertama yg anda ungkap kan mase kecik2 dlu .
- =.= muke aku mcm aku ingat x? mesti lar x egt .haha .ape nye soalan ni?

8) Pilih 3 orang sahabat anda yg boleh di bawa jalan2 selama 24jam .
- Cik Wangi
- Miss 7eleven .
- Datin a.k.a lecturer .

p/s : Ini sume nama samaran .anda buleh letak nama sebenar jika anda mahu .

9) Anda rancang utk berkahwin pada umur ?
- 25 .tp kalo awal lagi bagos .hehe

10) Ciri2 lelaki/pilihan hati idaman anda /
 - Menerima aku seadanya .
 - Small & independent .
 - Suka berdebat dgn aku .haha .

oke larh .aku ase cukup lar sampai sini .ini pun tag aku yg pertama ,bnyk2 pun x elok gak .jawap je soalan tu .bukan susah sgt pun .hehe .

orang yang aku nak tag adalah :
1)Miss Yusrianna .
2) Cik Fatin kwn cik wangi .
3) Madam Dashini .
4) Puan Sri Shaheeda zaki .
5) Baju kurung bertudung putih .

Rajin2 lar menjawap tag ni ye.ringan2 an badan tu skit .Uji minda anda. ini semua permainan mental .haha .
Insan yg cemerlang datang nya dari hati dan akal yg bersih .

Pecah kaca pecah gelas ,
Bila dh baca di harap balas .

Pantun orang lame bila balas kad raya .hahahaha

sekian,terima kasih .

December 21, 2010

Monday !

Kadang-kadang MATA salah melihat ,
 TELINGA salah mendengar ,
AKAL salah mentafsir ,
HATI salah menilai .
Manusia tidak kan SEMPURNA,
Sehingga kita sempurna kan manusia yg lain .
Assalamu'alaikum w.b.t. 

Kata2 di atas sekadar perkongsian yg aku baru dpt dari usrah tadi .Time mude2 ni lar bnyk perkara manis yg aku boleh ingat .Aku menulis kali ni kerana aku nak cakap yg terdapat seorang insan yg telah sempurnakan hariku .Hari tersebut bukan lah hari ini .Tetapi hari tersebut adalah pada 6/12/2010 .Entah mengapa bila aku baca kata2 di atas ,aku teringat hari tersebut .Mungkin kerana hari tersebut aku telah membuat seseorang berasa sangat gembira .Dia pula telah membuatkan hari ku sempurna .(Perhati kata2 di atas baris terakhir).Tarikh hari yg aku maksud kan itu jatuh pada hari ISNIN .Kini ,setiap minggu aku menanti hari isnin tiba agar hari sempurna seperti hari tersebut berulang lagi .
I love Monday !

p/s:insan yg aku maksud kan adalah Cik Wangi .Jgn nak perasan wangi sgt larh .hahaha ...

sekian,terima kasih .

Orang yang terasing .


Assalamu'alaikum w.b.t.

syukur kerana aku masih bernafas hari ini .bangun pagi tadi dlm keadaan yg segar utk menunaikan perintah Allah .segala kerisauan yg aku bimbangkan semalam sudah terjawab hari ini .hati rasa sgt lega .Aku berazam utk menjadi seorang yg jujur pada diri sendiri dan juga pada orang lain .Alhamdulillah ,bila kita jujur hati akan sentiase tenang .mmg pada mula nya sukar utk bercakap benar ,kerana pelbagai risiko yg harus kita hadapi .tetapi kalo kita jadi orang yg tipu pada diri sendiri dan sering menipu orang ,masalah lagi besar akan mula timbul .Bila masalah dh timbul ,mula kan pada awal semula.Hadapi masalah itu dengan tenang .video ni adalah sedikit perkongsian buat diri aku dan yg lain .kadang kala aku rase diri aku ni sangat sunyi kerana aku x berapa yakin dgn diri sendiri .Jadi ,aku mula mengenali manusia agar keyakinan dlm diri timbul ,tidak berasa terlalu sunyi dlm hidup dan semoga aku menjumpai seseorang yg dpt membantu aku memperbaiki kelemahan-kelemahan yg ada pada diri ini .

kpd sesiapa yg rasa sunyi,ingat lah bahawa Allah sentiase ada disisi kita .

sekian ,terima kasih .

December 19, 2010

Ingat !

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sesungguhnya dlm kehidupan kita, Allah akan memanggil kita sebanyak 3 kali .


Panggilan yg pertama -Seruan AZAN !
Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel. Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita. Kadang-kala kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat-Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat-Nya, samada umat-Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat-Nya ketika hari Kiamat nanti.

Panggilan yg kedua - Umrah /HAJI .
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-Nya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam…yang tidak ada wang menjadi ada wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik/Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu.

Panggilan yg kedua -KEMATIAN !
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan perkara, Allah tidak memberikan tanda secara langsung dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktu kita sebaik-baiknya. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hati dan sikap yang Husnul Khotimah. InsyaAllah syurga adalah balasannya.

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Sebaliknya bayangkan saat-saat bahagia kehidupan mu ..

Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga . 



Aku cuba mengenali dunia ,dan aku sedar perkara yg paling rapat dgn ku adalah kematian .
Aku hanya insan biasa ,tak mungkin sempurna dan aku tidak mengharapkan sesuatu perkara itu terlalu sempurna sebaliknya aku hanya ingin menjadi yg terbaik dgn setiap apa yg muncul dlm hidupku ibarat esok adalah hari kematian ku .


Andai kata esok aku pergi menghadap Ilahi ,
Andai kata esok Malaikat Maut dtg menjemputku ,
Andai kata esok nafas ku terhenti ,
Andai kata ini adalah post terakhir dariku ,
Aku mohon seribu kemaafan sekiranya kehadiranku lebih banyak mendatangkan masalah drpd memberi kebaikan kepada mu ..

......

Sesetengah perkara itu ,kita tak perlu ungkap kan melalui kata-kata 

Tetapi

Kita boleh bukti kan ia melalui perbuatan . 


sekian,terima kasih .

Great Experience !

Assalamu'alaikum w.b.t. 

SYUKUR ALHAMDULILLAH ! Perasaan yg sangat gembira sbb baru balik dari Gunung Ledang .Hari minggu yg sangat WONDERFUL . =) Syukur sesgt2 sbb Allah bg kesihatan ,kekuatan dan pelbagai agy nikmat, semase ,sebelum dan selepas kpd aku utk pergi Gunung Ledang minggu ni .
ALLAH ! Selautan syukur ku  hanyalah setitis nikmat mu di bumi ~
Aku x pandai nak tulis cerita aku kat blog ni .kalau nak dgr pengalaman aku kat Gunung Ledang,kne jumpe aku then aku akan story mory kpd anda semua .maaf lar ek .aku dh cube utk wat dokumentasi psl Advanture aku ni .tp mcm x sedap je ble bace .haha .Jadi ,utk tidak mengecewakan blogger2 yg stalker kat blog aku ni .aku share video yg aku record mase aku kat Gunung Ledang . =) lagu yg aku nyanyi ni tajuk nye adalah 'Menjadi Diriku ' .kalau anda dh taw suara aku x sedap ,jangan upload video ni .ini hanya utk mengisi kekosongan blog aku JE .memandang kan aku x taw cmne nak cerita psl advanterous aku ni,aku sharing video ini khas utk anda semua .dgr je lar ek ~




Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......
TERIMA
lah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Tak mungkin
SEMPURNA 

Tetap ku
BANGGA
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki





Gunung Ledang dlm kenangan !


December 16, 2010

Aku mahu .

Assalamu'alaikum w.b.t.

Setiap dari kita ,pasti mempunyai keinginan utk memiliki sesuatu .AKU? I wish I had my own car .

Mini cooper 

atau 


suzuki swift 

Aku sangat2 suke merayap.sangat yee!itu sebab aku ingin mempunyai kereta sendiri.2 buah kereta ini adalah kereta idaman aku .tapi andai kata ,ada yg sudi nak memberi sebuah kereta kat aku ,ape2 kereta pun .aku sanggup menerima nye .akan aku jage sebaik mungkin .

Sesuatu perkara itu BERBALOI dilakukan jika kita sanggup hadapi beberapa RISIKO .
Aku dapat kata2 ni dari satu movie yg aku bru tengok sebentar td .walaupun mood nak tgk movie tu di spoil oleh  Miss Yusrianna & Aunty Dashini yang tak habis2 ckp hero tu hensem.aku dpt gak tangkap beberapa dialog yg bermakne ni .saje2 nak kongsi kata2 ni dlm blog aku sbb nye aku pernah melakukan 2 perkara yang BERBALOI itu selepas menghadapi beberapa RISIKO .kalo nak tahu bagaimana manis nye perkara itu ,cube lar lakukan ape yg aku katakan ini . =)

sekian ,terima kasih .

aku punya suka .


Aku sangat suke lagu ni .lebih2 lagi dalam versi akustik.semalam kwn aku yg kasi dengar lagu ni dlm versi akustik dlm hp dia.hari ni JE aku dh bnyk kali nyanyi lagu yg same .padahal ni lagu lame .nak nyanyi lagu ni kuat2 dalam bilik .enjoy ~

Faizal Tahir -sampai syurga .

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu


Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu


Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

December 14, 2010

Bangla Malaysia .

Assalamu'alaikum w.b.t.

Anda kenal x bangla Malaysia ?bukan bangla2 yg terdapat di Malaysia .tetapi Bangla Malaysia .ni nak share nit .check this out .

Bangla Malaysia sblm g keje .

Ape yg anda perhatikan ini lah Bangla Malaysia .aku larh tu .dari tadika lagi ayah aku dh ckp aku ni mcm bangla .sbb dlu mase tadika aku naik pentas pkai mcm orang bangla .skrang ni wat keje part time pun mcm bangla gak .makan pun mcm bangla.cara cakap je x mcm bangla .dlu mase keje sempat blaja skit.tapi susah .

Aku ni dulu wat keje part time jadi Cashier kat Subang Parade selama 3 bulan .Keje baru 3 bulan ,tp mcm2 pengalaman dh dpt .termasuk lah Handphone hilang .tyme tu ,separuh jiwa ku pergi .berkecai hati ni bile handphone hilang .ibu yg kesian tgk muke 10sen aku ni ,terus belikan handphone baru .kalo x habis duit gaji beli handphone .hehe .

Antara pengalaman2 lain yg aku x leh lupe bila one customer ni syak aku curi Kad Kredit dia .cctv dh tunjuk bukti yg aku dh kasi blk Kad Kredit tu .tp dia masih syak aku amek .bila aku tanye "Sir ,can find properly first?" dia terus marah aku ,dia ckp " You want me to bogel huh !!! " aku diam je .wat pe aku nak amek kad kredit dia kan? bukan nye aku bule gune pun sbb kalo aku amek, dia bule block kad kredit tu .Goblog nye customer .aku kne panggil ngan executive masuk stor ,badan aku plak yg kne raba2 .executive tu laki plak tu .jatoh saham aku .=.= last2 skali ,kad kredit customer tu jumpe kat second floor .mmg sah customer tu Goblog .lepas tu dia x jmpe aku blk pon .taw pun muke tebal .sbb dia mmg bebal .haha .

Kalo nak di ingat kan kembali nostalgia keje kat parkson ni ,aku rase total gaji aku bule beli kamera Nikon D3100 yg mane ramai org dh pkai .haha .tp kebanyakan gaji aku tu ,habis kat MAKAN .sbb aku rase tu lar paling berbaloi skali gune duit hasil titik peluh sendiri .haha .kpd  sesiape yg tgh wat part time skrang ni ,keje larh rajin2 ye .just Enjoy keje tu x kisah lar boring ke ,penat ke ,kne marah ngan manager ke ,customer mcm sialan ke ape ke .yg pasti Enjoy .bile gaji dh dapat ,sume pengalaman pahit akan rase dibayar .hehe .pengalaman manis akan jadi kenangan.

Ape beze Bangla Malaysia dgn Bangla2 yg terdapat di Malaysia?

That's all my story for today .Jawap teka teki ni ,korang akan dpt hadiah dr Parkson .hehe

sekian ,terima kasih .

Bersopan apabila menegur .

Assalamu'alaikum w.b.t.

Salam sejahtera buat semua .hari ni aku nak kongsi satu kisah yg aku dpt drpd buku "Insaf kerana Katak" .dlm buku ni ade banyak kisah2 ringkas insan yang melakukan kesilapan ,lalu bertaubat dan memohon ampun kpd Allah s.w.t . Tajuk post aku kali ni adalah kisah yg aku nak kongsi dlm blog aku yg bohsan ni .
kisah nye begini .....

Khalifah Makmun adalah pembaca khutbah yg tidak disenangi oleh para ulama dan golongan soleh .Boleh dikatakan,Khalifah Makmun adalah pemerintah yg zalim dan ramai musuh .Tidak hairan lah apabila ramai org tidak berani menegurnya .

Pada suatu hari ,Khalifah Makmun mengunjungi Kota Basrah utk bersembahyang Jumaat di masjid tempat kelahiran Imam Hasan Basri .Apabila khutbah dibaca ,pembaca khutbah menyebut namanya dgn cara yg tidak sopan .Walau bagaimana pun Khalifah Makmun hanya menahan marahnya .

Pada minggu berikutnya ,Khalifah Makmun menunaikan sembahyang Jumaat di masjid lain .Secara kebetulan ,orang yg sama membaca khutbah .Dalam khutbah itu ,khatib menyebut "Pemerintah Khalifah Makmun adalah pemerintah yg zalim .Kita semua berdoa supaya beliau di laknat oleh Allah ".

Selesai  sembahyang Jumaat ,khatib itu diperintahkan berjumpa Khalifah Makmun .Sebaik sahaja khatib itu menghadap ,Khalifah Makmun bertanya " Wahai tuan khatib ,antara kamu dengan Nabi Musa ,siapakah yg lebih baik? "

Kemudian khatib itu menjawap " Sudah tentu Nabi Musa lebih baik drpd saya "

Kemudian Khalifah Makmun menyambung , "Saya juga berfikir begitu .Tetapi pada pendapat kamu ,siapakah yg lebih jahat antara saya dan Firaun ?"

Khatib yg terkejut itu diam seketika lalu menjawab, " Sudah tentu Firaun lebih jahat drpd tuan. "

"Walaupun Firaun begitu jahat dan kejam,tetapi Tuhan memerintahkan Nabi Musa supaya berlemah lembut kpdnya.Bagaimana sekiranya tuan bacakan ayat itu utk renungan bersama?" perintah Khalifah Makmun kpd khatib itu .

Pembaca khutbah itu segera menjawap .Katanya " Berbicara lah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut ,mudah mudahan ia ingat dan takut."

Kemudian Khalifah Makmun terus berkata , "Jika begitu ,bagaimana jika saya minta tuan menegur saya dengan cara yang sopan dan berlemah lembut kerana tuan tidak lah sebaik Nabi Musa dan saya pula tidak sejahat Firaun ."

Khatib yg rasa bersalah dan malu itu berkata, " Saya menyedari kesilapan saya .Saya bertaubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan saya .Saya akan berlemah lembut apabila menegur orang lain .Maaf kan saya"

The end .

Aku saja nak kongsi kisah ni sbb aku ni orang yg selalu ditegur .biase lah ,orang yg asyik rendah diri dgn kelemahan yg ada pada diri .haha .aku banyak wat silap ,itu pasal ramai yg menegur .aku x kisah bila ditegur ,tp kadangkala cara teguran tu salah .aku bule terima teguran ,tp bila dh mengunakan bahase kasar ni ,aku agak BENGANG  .aku x nak berdendam ,tp disebabkan bahase yg digunekan agak KURANG AJAR ,aku susah nak lupekan .bila perasaan bengang menyelubungi diri ,itu makne nye aku dh berdendam .dosa name nye tu .x elok utk kesihatan . semoga kisah yg aku kongsi ni bule dijadikan teladan utk diri aku sendiri dan anda2 yg membaca . =) senyum ~

sekian ,terima kasih .

December 12, 2010

baik-baik saja ..

my 7 month hair ..
aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu 

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku,
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku ...


again?

Assalamu'alaikum w.b.t.

Wahai blogger2 yg aku kasihi sekalian .dengan rase gumbira nye ,disini aku ingin memberitahu bahawa aku ,di TAG LAGI .haha .name aku first tu .bangge gle ot .aku nak senyum lebar je mase menjawab tag ni .aku rase lar kan tag2 dkt blog ni bule di jadikan adat blog .haha .oke x idea aku? siape tag aku? orang yang same .Cik Wangi .sbnr nye aku riso kat dia hari ni sbb satu hari dia x bls msg .aku cume think positive .kerana insan yang cemerlang datangnye dari akal dan fikiran yang bersih .bile dia dh tag kat blog ni ,hilang segala kerisauan aku .kah3 .oke2 .jawap ape yang di tag tu sekarang ...

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
aku rase soalan ni paling susah aku pernah dpt dlm hidup .sbb dia mintak bende .kalo mintak orang paling penting tu senang skit nak jawap .ape2 pun jawapan nye adelah dompet aku .mcm2 ade dalam tu walaupun x berisi dgn fulus .


2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
alamak ! duit sendiri? lame dah .x ingat lorh .aku rase makanan kowt .sbb duit aku dulu banyak habis kat makan je .haha


3. Di mana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
semesti nya di Rumah Allah .tema nye ala2 kadar je .kale merah hitam ye .aku dpt jawap soalan ni sbb akak sedare bru kawen smlm .haha .


4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
ape itu cinta?tettt ~ nope .sedang mencari cinta yang Maha Esa skrang ni .masih tak ku temui .


5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
kekasih pun xde .andai kata dh jumpe cinta yang sejati nanti ,insyaAllah selama nye aku cinta dia.


6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
aku xde kekasih .faham x?pilihan hati ade lah .haha 


7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
Ini pun aku x egt .aku rase buku 'Usahawan :kaya wang kaya iman ' .


8. Apakah nama penuh korang?
Muhammad Muaz Bin Nordin Bin Yusoff Bin Mian .hehe .


9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
aku x panggil mak.aku panggil ibu .oke .jawapan nye ibu .hehe .

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
Rasulullah s.a.w. 

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
kalo kat melake ni ,ye.aku basuh sendiri .kalo kat rumah ,tak .

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
Semua masjid yang ada di Malaysia .bile dh hbs dalam malaysia ,baru g luar negara nye .


13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
both bole?haha .gatal tol .oke2 .aku pilih peluk .

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
hah .yang ini aku suke .dia sangat baik .dia seorang yg cepat terharu dan mempunyai senyuman yg bule wat orang bahagia .yang last skali tu ,aku sorang je dpt rase ot .hehe .

15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
aduh ~tadi mintak paling penting .skrang top 5 lak .
1)dompet .
2)handphone
3)Jam tangan .
4)topi NY .
5)my SUPERMAN belt .haha


sangat2 sayang dgn paling penting same je kan??

16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar
1)InshaAllah by Maher Zain .
2)Hanyut by Faizal Tahir .
3)Pilihanku by Hayad (acoustic version )
4)Alhamdulillah by Too Phat .
5)Baldu biru (aku duet dgn cik wangi) =P

17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
26 september .tahun lepas x sambut sgt pun.orang wish je .thanx for the wishes .. =.=


18. 5 orang blogger yang korang nk tag :
memandang kan cik wangi yg tag aku .aku xleh nak tag dia balik .haish .aku tag semua Follower aku .lebih 5 x pe kan? haha .

oke .selesai sudah menjawap soalan2 yang di TAG ni .x taw larh aku menjawap soalan ke x .haha .rase mcm di terjah pun ade gak.bnyk tol soalan .aku dh jawap tu kire oke larh drpd "No Komen".kpd cik wangi ,kalau berani TAG lar lagi yeee .aku menanti ni ..ngeh3 ..soalan tu kasi mencabar skit lain kali .huhu .

sekian ,terima kasih .