February 17, 2011

Hadiahku cuma DOA.


Ya Allah kurniakan lah kami lisan yg lembut basah mengingati & menyebut nama-Mu,
hati yg penih segar mensyukuri nikmat-Mu,
serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kpd perintah-Mu.

Ya Allah,kurniakan lah kami iman yg sempurna,hati yg khusyuk,ilmu yg berguna,
keyakinan yg benar-benar mantap.
Ya Allah,kurniakan lah kami (din) cara hidup yg jitu & unggul,selamat dari segala mara bahaya & petaka.
Kami memohon Ya Allah kecukupan yg tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikan lah kami Ya Allah iman yg sebenar nya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap
orang lain selain dari Engkau sendiri.
Kembangkan lah lembayung rahmat-Mu kpd kedua ibu-bapa ,adik beradik kami serta sesiapa 
sahaja yg bersama-sama kami.

JANGAN (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;
walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yg lebih mudah & cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah).

Hari ini 18/2/2011 bersamaan dengan 15 Rabiul Awal 1432 Hijrah.
Tarikh lahir seorang insan yg suatu ketika dahulu kami pernah membesar bersama, lakukan pelbagai perkara-perkara gila bersama & macam-macam lagi perkara yg aku sendiri tak ingat bersama.haha.
Aku sangat cemburu dengan insan ini kerana dia mempunyai lebih kelebihan daripada diriku sendiri.
Kini,dia berada jauh di negara orang.Tidak perlu aku cemburu sebalik nya aku harus rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang abang seperti nya.

Ya Allah,permudah kan larh segala urusan dia di sana.Berikan lah dia kekuatan utk mengharungi ujian-ujian Mu di sana.Lindungi lah dia daripada bisikan syaitan agar tidak terleka dengan dunia Mu.
Amin ~ 

Happy Birthday !

No comments:

Post a Comment