March 29, 2011

Kerana mulut....

Assalamu'alaikum w.b.t.

Pada zaman dahulu,terdapat seorang bapa & seorang anak lelaki yg hidup di sebuah kampung.Kehidupan mereka tidak terlalu kaya & tidak pula terlalu miskin.Sedang2 gitu.Mereka ada mengembala seekor keldai.
Pada suatu hari,mereka keluar berjalan2 sambil membawa keldai itu bersama.Anak lelaki tersebut menunggang keldai itu manakala bapa nya pula hanya berjalan kaki.Sedang mereka berjalan2,ada orang mula mengata yg anak lelaki itu tidak berhati perut kerana membiar kan ayah nya yg sudah tua berjalan kaki,sedangkan dia menunggang keldai.Anak lelaki itu tidak sampai hati mendengar hinaan orang,lalu dia menyuruh bapa nya pula menunggang keldai tersebut & membiarkan dia pula yg berjalan kaki.
Tiba di satu perkampungan pula,orang mengata bapa itu mementingkan diri sendiri.kerana menunggang keldai itu seorang diri.Bapa itu tidak sampai hati,lalu menunggang keldai itu bersama2 dengan anak lelaki nya.
Lalu di suatu perkampungan lagi,orang mula mengata yg anak beranak itu berlaku kejam terhadap keldai tersebut kerana menunggang keldai itu bersama2.Anak beranak itu tidak sampai hati utk berlaku kejam terhadap keldai tersebut,lalu mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki tanpa sesiapa pun di antara mereka yg menunggang keldai tersebut .Hampir tiba di destinasi yg mereka tuju,orang tetap masih mengata yg    mereka berdua itu bengap kerana tidak menunggang keldai yg mereka bawa itu.Penat kan diri sendiri je bawak keldai utk jalan jauh2 tapi tidak menunggang keldai tersebut ... TAMAT !

Dah baca cerita kat atas kan?haa ~ cerita nye lebih kurang mcm tu larh.cerita sebenar nye aku tak bape ingat sgt,ni pun ingat2 lupa je.tp korang nmpk tak pengajaran cerita ni?

KALAU KITA NAK PUAS KAN KEHENDAK MANUSIA,KITA TAK KAN MAMPU.

Sebagai hamba ciptaan-Nya,kita juga ada kekuatan & kelemahan kita sendiri.Kita juga ada kemahuan & kehendak masing2.Kalau kita nak asyik nak tunai kan kehendak orang lain,kehendak diri kita mcm mana?
Penah dengar pepatah KERNA NILA SETITIK,ROSAK SUSU SEBELANGA ?
Mulut manusia tu larh ibarat nila setitik yg boleh merosakkan segala2nya.
Mulut manusia ni kita tak boleh nak tutup.Buat baik orang mengata,buat jahat apa tah lagi.Kalau kita asyik dengar cakap orang je,kita juga yg rugi.Bila kita dengar sesuatu berita,lebih baik kita kaji dahulu dari kedua2 belah pihak,Jangan pandai2 nak wat andaian sendiri.
Manusia ni juga,kalo dh terdesak,mcm2 kata2 manis yg mereka boleh lontar kan.Manusia sanggup kata apa sahaja utk menaikkan nama mereka sendiri.TAPI,adakah mereka sanggup lakukan apa yg mereka katakan tu?aku sendiri pun tak faham.
Perkara paling tajam dalam dunia adalah lidah manusia.Sebab mulut manusia je,boleh timbul kan satu pergaduhan.Bukan je satu pergaduhan malah boleh pergaduhan seluruh dunia. Aduh ~ aku dah tak reti cmne nak explain pasal mulut manusia ni.korang tekan link video kat bawah ni larh k.Beliau lebih pakar ....

http://www.youtube.com/watch?v=aPBct5kTdNY&playnext=1&list=PL3442F40B99BF2DE3

Aku rasa lar kan,sebab tu kat akhirat nanti,mulut kita kena tutup,tak kan kata apa2..Tapi anggota tubuh badan yg akan jawap segala pertanyaan tentang apa yg telah kita lakukan kat dunia ni.

Fikir dulu sebelum hendak BERBICARA .

sekian,terima kasih .

No comments:

Post a Comment