Hari demi hari sudah berlalu .hampir setiap hari aku tanya pada diri aku sendiri soalan yang sama berulang-ulang kali tanpa sebarang clue jawapan dari sesiapa pun .
"Dimana silap ku?"
Hati jadi tak tenang setiap kali memikirkan nya .aku percaya setiap masalah yang timbul adalah dari kekurangan dari diri aku sendiri .apa yang membuat kan aku tanya soalan begini setiap hari kpd diriku adalah kerana diri yang tidak pernah puas melakukan kemungkaran .
"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang mungkar."
"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang mungkar."
What if kita solat 5 waktu setiap hari tapi masih ada melakukan kemungkaran? Itu yg bermain di fikiran aku sekarang ni . aku pernah baca satu artikel yang mana di dalam artikel tersebut ada menyatakan bahawa... di akhirat kelak,segala ibadat solat nye akan di campak semula kpd muka kita sbb kita masih melakukan kemungkaran walaupun sudah menunaikan solat 5 waktu setiap hari .Bila mana solat itu sepatut nya menjauhkan diri kita dari kemungkaran tapi berlaku perkara sebaliknya ..
(ayat aku dh tunggang terbalik dah.maaf lar kpd sesiapa yang tak faham.)
Aku cuba tanya soalan yang sama.di mana silap ku ..di mana silap ku ..dimana silap ku ...
akhir nya,aku jumpe video yg kat atas ni ..
Mungkin kita terlalu sibuk mencari kesempurnaan solat(bacaan,pergerakan,penghayatan dan lain-lain dalam sembahyang) tapi sebenar nya kita tidak menjaga waktu solat kita. Tiap kali azan ,kita masih sibuk melakukan aktiviti masing-masing tanpa mempedulikan seruan azan yang di laung kan. solat subuh selalu terlajak sampai waktu dhuha .solat zohor di lewat-lewatkan kerana mengisi perut yang selalu kosong .solat asar di tangguh-tangguhkan dengan facebook .solat maghrib di lalaikan dengan rancangan di televisyen .solat isyak di lupa kan dengan lepak sampai ke lewat malam .
Tepuk dada tanya iman .
aku bercakap pasal diri sendiri ni ..
let's be a productive muslim Muaz Nordin =)
"Jaga solat,jaga iman,jaga hati,InsyaAllah. "
No comments:
Post a Comment