October 28, 2011

Lelaki Ego .

Don't Judge A Book By It's Cover .

Kata-kata ni selalu kita dengar bila seseorang mula menilai sesuatu tanpa di kaji terlebih dahulu . tak pun seseorang yang suka membuat andaian sendiri tanpa mengenali latar belakang seseorang itu terlebih dahulu .betol atau tidak ? kalau salah,please remind me .

Kita tak boleh menilai diri kita sendiri .kita boleh uji kemampuan diri kita sahaja .Bila orang yg kita kenal mula bercakap tentang diri kita ,cuba terima dengan hati yang terbuka .Jika baik apa yang di katakan oleh mereka,teruskan perbaiki diri ke arah lebih baik .Jika buruk apa yang di kata kan mereka,cuba terima dengan hati yang terbuka & cuba muhasabah diri . =)

Tiada lagi tajuk-tajuk entri yang berbentuk info atau sesuatu yang menarik seperti satu masa dulu. Cuma hanya hendak berkongsi pendapat berkenaan dengan sifat dalaman seseorang manusia seperti tajuk entri di atas. Masing-masing pasti ada sifat seperti tersebut kan? Aku sendiri mengakui aku memang ada sifat begitu yang aku sendiri tidak perasan sehingga lah beberapa orang kawan mengatakan yang aku ini seorang lelaki yang mempunyai ego yang tinggi.aku terdiam memikirkan nya..

Ada masanya dulu dengan sifat Ego yang terlalu kuat, aku sentiasa yakin dengan keputusan yang aku buat itu adalah betol.Tetapi selepas satu kejadian itu, aku cuba berubah sedikit demi sedikit. Mungkin dengan banyakkan berdiam diri & banyakkan mengalah biarpun orang di sekeliling aku yang salah.Baguskah situasi yang sebegitu? Sekarang apabila hendak menentukan sesuatu keputusan pasti akan mengambil masa yang agak lama, tiba-tiba terasa tertekan bila terlalu sangat memikirkannya.

Aku tak pasti kenapa dan mengapa. Mungkin sudah nampak kekurangan diri sendiri?

Jawapan seperti itu memang tepat rasanya. Situasi sebegitu memang mampu mempengaruhi sifat seseorang sekelip mata sahaja. Luaran nampak biasa, tapi selebihnya tidak. Ego yang semakin berkurangan mampu mempengaruhi daya keyakinan diri, sifat-sifat yang sepatutnya ada pada manusia untuk terus menjalankan kehidupan dengan lebih baik. Apa EGO itu sebenarnya? Pasti ada beribu jawapan yang mampu diberikan. Masing-masing pasti ada jawapan untuk soalan sebegini kan? Ini maksud sebenar Ego, menurut kamus Dewan Edisi 2 dan 4.
  • sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 
  • perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain 
  • perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. 
  • keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. 
  • persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sbg hamba yg sudah bebas kembali, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui bahawa perasaannya 
Sifat-sifat Ego ini pula ...


  • seseorang yang mempunyai ego yang tinggi selalunya bersifat terlalu yakin pada diri sendiri, dia merasakan bahawa dia sangat hebat dan dapat memiliki apa saja benda yang dikehendaki oleh dirinya.
  • seseorang yang ego juga biasanya seorang yang tidak boleh dicabar, atau "pantang di cabar". apabila perasaan ini timbul pada dirinya, dia akan melakukan dan menerima cabaran itu tanpa memikirkan akibat yang akan dihadapi selepas itu. Dia memikirkan bahawa dirinya adalah yang terhebat dan tidak ada sesiapapun boleh bersaing dengannya.
  • ego, menybabkan diri seseorang menjadi yakin...terlalu yakin pada diri sendiri, melakukan perkara tanpa memikirkan kesan nya...
Selepas lama berfikir dan mengkaji mengenai EGO ini,aku cuba tanya pada diri sendiri dan kepada kawan2 yang lain .Adakah aku seorang lelaki yang EGO? Aku mempunyai jawapan aku sendiri & anda yang membaca ni pula bagaimana? 

Kenyataan nya,semua manusia ada EGO masing-masing,yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu mengendalikan perasaan ego nya .



Kerana ego,aku telah melukakan hatinya.

Kerana ego, aku terasa kehilangan.

Kerana ego, hidupku terasa kesepian.

Kerana ego, kini hanya tinggal kenangan

Kerana ego, aku hidup dalam kekesalan

Kerana ego, aku terpaksa menunggu dan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin jadi milikku lagi.

kerana ego lah, hidup ku kini jadi begini.

No comments:

Post a Comment