October 20, 2011

Gelombang Hidup .

Ehem ehem ~
Wahai pembaca blog ku ,dengar kan apa yang ingin di sampai kan oleh Pahrol Mohd Juoi ini ..semoga kita memperoleh 'sesuatu' dari nya .

"KITA perlu sedar,hidup ini bagaikan satu siri gelombang  yang datang secara bergilir-gilir.Ada ketikanya,gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas.Pada ketika gelombang itu ganaslah,semuanya terasa serba tak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja .


  Masing-masing daripada kita akan mengalamai pasang surut dalam hidup -ada masa senang ada masa susah.Justeru dalam kehidupan ini , kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan .Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah s.w.t datangkan perkara yang menggembirakan .


  Kesedaran tentang hukum Sunnatullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita di timpa kesusahan rasakan dalam hati .. ya,selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila kesenangan, kita tetap tidak alpa ..ya,selepas ini akan datang kesusahan.Bersiap sedialah .Hakikatnya,tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi dalam dunia ini.Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan.. 


  Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan 'cuaca' kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.Fahamilah hakikat ini .Apabila kita Frust dalam sesuatu keadaan terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup.Hidup bukanlah yang serba kena,serba senang dan serba mudah . HIDUP TIDAK SELALU INDAH KERANA DISITULAH KEINDAHAN HIDUP.





No comments:

Post a Comment