October 28, 2011

Lelaki Ego .

Don't Judge A Book By It's Cover .

Kata-kata ni selalu kita dengar bila seseorang mula menilai sesuatu tanpa di kaji terlebih dahulu . tak pun seseorang yang suka membuat andaian sendiri tanpa mengenali latar belakang seseorang itu terlebih dahulu .betol atau tidak ? kalau salah,please remind me .

Kita tak boleh menilai diri kita sendiri .kita boleh uji kemampuan diri kita sahaja .Bila orang yg kita kenal mula bercakap tentang diri kita ,cuba terima dengan hati yang terbuka .Jika baik apa yang di katakan oleh mereka,teruskan perbaiki diri ke arah lebih baik .Jika buruk apa yang di kata kan mereka,cuba terima dengan hati yang terbuka & cuba muhasabah diri . =)

Tiada lagi tajuk-tajuk entri yang berbentuk info atau sesuatu yang menarik seperti satu masa dulu. Cuma hanya hendak berkongsi pendapat berkenaan dengan sifat dalaman seseorang manusia seperti tajuk entri di atas. Masing-masing pasti ada sifat seperti tersebut kan? Aku sendiri mengakui aku memang ada sifat begitu yang aku sendiri tidak perasan sehingga lah beberapa orang kawan mengatakan yang aku ini seorang lelaki yang mempunyai ego yang tinggi.aku terdiam memikirkan nya..

Ada masanya dulu dengan sifat Ego yang terlalu kuat, aku sentiasa yakin dengan keputusan yang aku buat itu adalah betol.Tetapi selepas satu kejadian itu, aku cuba berubah sedikit demi sedikit. Mungkin dengan banyakkan berdiam diri & banyakkan mengalah biarpun orang di sekeliling aku yang salah.Baguskah situasi yang sebegitu? Sekarang apabila hendak menentukan sesuatu keputusan pasti akan mengambil masa yang agak lama, tiba-tiba terasa tertekan bila terlalu sangat memikirkannya.

Aku tak pasti kenapa dan mengapa. Mungkin sudah nampak kekurangan diri sendiri?

Jawapan seperti itu memang tepat rasanya. Situasi sebegitu memang mampu mempengaruhi sifat seseorang sekelip mata sahaja. Luaran nampak biasa, tapi selebihnya tidak. Ego yang semakin berkurangan mampu mempengaruhi daya keyakinan diri, sifat-sifat yang sepatutnya ada pada manusia untuk terus menjalankan kehidupan dengan lebih baik. Apa EGO itu sebenarnya? Pasti ada beribu jawapan yang mampu diberikan. Masing-masing pasti ada jawapan untuk soalan sebegini kan? Ini maksud sebenar Ego, menurut kamus Dewan Edisi 2 dan 4.
  • sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 
  • perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain 
  • perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. 
  • keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. 
  • persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sbg hamba yg sudah bebas kembali, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui bahawa perasaannya 
Sifat-sifat Ego ini pula ...


  • seseorang yang mempunyai ego yang tinggi selalunya bersifat terlalu yakin pada diri sendiri, dia merasakan bahawa dia sangat hebat dan dapat memiliki apa saja benda yang dikehendaki oleh dirinya.
  • seseorang yang ego juga biasanya seorang yang tidak boleh dicabar, atau "pantang di cabar". apabila perasaan ini timbul pada dirinya, dia akan melakukan dan menerima cabaran itu tanpa memikirkan akibat yang akan dihadapi selepas itu. Dia memikirkan bahawa dirinya adalah yang terhebat dan tidak ada sesiapapun boleh bersaing dengannya.
  • ego, menybabkan diri seseorang menjadi yakin...terlalu yakin pada diri sendiri, melakukan perkara tanpa memikirkan kesan nya...
Selepas lama berfikir dan mengkaji mengenai EGO ini,aku cuba tanya pada diri sendiri dan kepada kawan2 yang lain .Adakah aku seorang lelaki yang EGO? Aku mempunyai jawapan aku sendiri & anda yang membaca ni pula bagaimana? 

Kenyataan nya,semua manusia ada EGO masing-masing,yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu mengendalikan perasaan ego nya .



Kerana ego,aku telah melukakan hatinya.

Kerana ego, aku terasa kehilangan.

Kerana ego, hidupku terasa kesepian.

Kerana ego, kini hanya tinggal kenangan

Kerana ego, aku hidup dalam kekesalan

Kerana ego, aku terpaksa menunggu dan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin jadi milikku lagi.

kerana ego lah, hidup ku kini jadi begini.

October 24, 2011

It's Just A Dream .

When we dreams about someone,that means he/she is thinking about you . 
-physiology fact-

I do have a dream last night .I dream about someone .That someone is a SHE. of course larh kan .haha
That dream make me smile although I have heard the alarm .I snooze it many times so that I can meet that someone again in my dream .haha .

6 o'clock in the morning,I leave my bed and went for my Fajr prayer at surau nearby .As I sleepwalking to surau,I looked at the skies .There were many beautiful stars. I smiled by myself .Subhanallah ~ It was a wonderful morning for me . After finishes my prayer, I saw beautiful paintings at the skies . It was an Airglow  .Thats what we call the Paintings of Allah . He Created everything in this whole world .

I keep on smiling on my way back home . =)

The End .



Person that I dream about is Mama Bear who used to wear Red Baju Kurung with White Tudung at MMU once before . =)

Awak bukan kau .



Kalau dulu biar pun cuti seminggu, jauh di tempat masing-masing
masih terasa rapat macam sudah lama kenal .

Kini,biarpun berada di depan mata
aku terasa kehilangan seseorang yang boleh dikongsi cerita bersama 
kerna awak bukan kau yang dahulu lagi.

Hanya kerana ego ku tinggi 
Kita jadi begini .



October 20, 2011

Gelombang Hidup .

Ehem ehem ~
Wahai pembaca blog ku ,dengar kan apa yang ingin di sampai kan oleh Pahrol Mohd Juoi ini ..semoga kita memperoleh 'sesuatu' dari nya .

"KITA perlu sedar,hidup ini bagaikan satu siri gelombang  yang datang secara bergilir-gilir.Ada ketikanya,gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas.Pada ketika gelombang itu ganaslah,semuanya terasa serba tak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja .


  Masing-masing daripada kita akan mengalamai pasang surut dalam hidup -ada masa senang ada masa susah.Justeru dalam kehidupan ini , kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan .Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah s.w.t datangkan perkara yang menggembirakan .


  Kesedaran tentang hukum Sunnatullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita di timpa kesusahan rasakan dalam hati .. ya,selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila kesenangan, kita tetap tidak alpa ..ya,selepas ini akan datang kesusahan.Bersiap sedialah .Hakikatnya,tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi dalam dunia ini.Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan.. 


  Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan 'cuaca' kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.Fahamilah hakikat ini .Apabila kita Frust dalam sesuatu keadaan terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup.Hidup bukanlah yang serba kena,serba senang dan serba mudah . HIDUP TIDAK SELALU INDAH KERANA DISITULAH KEINDAHAN HIDUP.





Need some time .

When we try to be good to other people, people will treat us well . 
But ,
When we try to be good to others , but people still treat us bad ..
That's mean we had make some mistake that we don't know .


In malay version means ,
"Kita senyum kat orang tapi orang tu buat muka palat plak kat kita"


Maybe This is the Best Time for me to 'Muhasabah Diri' . 


I wish I could start all over again but I just can't cause there's no turning back only move on .. 


Pretending that First semester of my degree is just a dream that never happen ... 


I believe that every problems that happen in my life is because of inadequacy in me.
p/s: terok bebeno english aku .
Just forget about it.

October 17, 2011

Persoalan dan jawapan .

Satu Soalan Buat Hawa.

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***
Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni ;
Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.."

Satu artikel yang menarik daripada Amira Razali . aku tak kenal pon siapa dia ni..tapi dia friends of friends kpd kawan aku kat facebook .sangat2 menarik .sebab aku seorang lelaki yang tak berapa pandai nak tegur wanita bab2 menuput aurat ni ..

"Yang pakai tudung tak semestinya tutup aurat tapi kalau tutup aurat PASTI memakai tudung." -muaz-

October 13, 2011

KeputusanNya .

 Knock Knock Knock ~ 
guess what? 

esok result aku untuk sem pertama degree ni kua ..Ya Rabbi ~
setelah makan tido makan tido,then main futsal ,online ,tgk tv dekat subang ni selama seminggu lebih hampir kedua minggu ..akhir nya keputusan yang di tunggu-tunggu oleh semua pelajar MMU keluar juga akhir nya .
Bila budak kecik tu post dalam group pelajar cemerlang bgtaw yang esok result kua ..

This is my heart say 

"Ya Allah,aku tidak mintak & tidak mahu untuk gagal dalam setiap subjek yang aku pelajari..tapi seandai nya kegagalan itu mendatangkan lebih banyak kebaikan dalam hidup aku,maka gagal kan lah aku .Aku redha .Seandai nya Kau lulus kan aku dalam setiap subjek yang aku pelajari sem lepas,maka beri lah aku kekuatan untuk terus memperbaiki diri ini supaya aku dapat menjadi seorang pelajar yang lebih baik dalam menuntut ilmu-Mu di bumi ini."

By the way,aku pergi sunway lagoon bersama kakak ngan adik ku hari ni .seronok tak terhingga .
Thank you Along ~
Thank you ibu ~
and the most importantly ..

Thank you Allah . =)