MMU buat ujian supaya kita dapat menjadi insan yang berjaya di dunia suatu hari nanti tapi Allah cipta ujian itu supaya kita berjaya di akhirat kelak .
Satu teori atau pun quote yang aku sendiri cipta memandangkan next week aku bakal menduduki Final Exam yang pertama kali untuk degree life aku ni .Dalam masa yang sama seseorang kawan telah di uji dengan pelbagai dugaan .Aku belajar banyak perkara dari dugaan yang dia hadapi tu .Aku cuma seorang kawan yang hanya mampu berada disisi nya di saat dia memerlukannya .
Lain orang lain cara nya .Sama juga dengan ujian .Setiap manusia ada ujian nya .cuma cara kita mengatasi atau menghadapi ujian tersebut berbeza .Di akhirat nanti,Allah tak kan tanya apa kejayaan kita di dunia tapi Allah akan lihat apa usaha kita untuk menghadapi ujian tersebut .
Selamat Menduduki Ujian Trimester 1 2011/2012 kepada semua pelajar MMU .
Terutama nya awak yg kecik tu . Mungkin dunia mmu ni tak sama mcm dunia awak sebelum ni.MMU ni juga tak seperti yang awak harapkan sebelum ni.saya cuma hanya boleh berdoa semoga awk tabah & kuat menghadapi ujian hidup di bumi mmu ni pada masa-masa yang akan datang .
senyum selalu =) itu yang penting .
Tak perlu jadi ulat buku untuk menghadapi ujian,just be 'cool' & do ur best ! |
No comments:
Post a Comment