August 30, 2011

Diari Ramadhan Membe ku .

First Ramadhan 


#1 Puasa ialah
 a) time untuk tukar langsir baru, sofa baru, baju baru, bini baru
b) waktu untuk usha awek di bazaar petang2 & main mercun malam2
c) masa untuk tidur sepanjang hari kerana tak bertenaga untuk melakukan apa2
d) menahan diri daripada perkara2 yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenamnya matahari disertai niat

Yang mana satukah kalian? (:

Second Ramadhan
#2
Tak elok mandi dan kumur berlebihan,
Lebih elok mengaji dan juga berzikir,
Perkara sia-sia jangan dilakukan,
Segerakan berbuka lambatkan bersahur (:

Third Ramadhan 

#3 Kalau beli barang, anda mesti nak cop SIRIM, baru beli kan?
Tau tak kalau berpuasa pun anda akan dapat SIRIM? (:

S - sabar dapat dilatih, walaupun kuat dugaannya dalam bulan ramadan ni
I - insafi diri, dapat merasai susahnya orang2 miskin yg hidup tak senang
R - rehatkan sistem penghadaman setelah setahun beroperasi
I - ikhlaskan diri, beribadat semata-mata kerana allah
M - mulia di sisi Allah, Insyaallah (:

Hari Ke-4 Ramadhan

#4
A : "Ramadan la, bukannya Ramadhan!"
B : "Surau ni buat 20, surau yg tu buat 8 je, gi surau tu lah!"
C : "Eh jangan telan la air liur tu nanti batal!"

Ramai yang pertikaikan isu2 ni, well baguslah at least diorang prihatin, Tapi..


D : "Eh korang ni dah solat asar belum?"
A & B & C : .......

Jom! (:

Hari ke-5 Ramadhan

#5
A : Dah lah hari ni hari Jumaat, dalam bulan Ramadan pulak tu, tak sabar nak BR :D
B : Eh? BR (Baskin Robbin) bukan hari Rabu ke?
A : Jumaat pun ada la BR
B : Apanya?
A : BR (Berkat & Rahmat) (:

Insyaallah, dalam penghulu segala hari pada bulan yang mulia ini, bila kita lebihkan ibadat dan amal soleh, Allah akan mengurniakan rahmat dan keberkatan kepada hamba-Nya (:

Hari ke-6 Ramadhan
#6
Human, love to choose something special instead of something normal/common, right?

him him him him him him him Him him him him him him him him

there's a lot of 'him', but there's only one 'Him', the special one, Allah

so, why bother if u lost him, u still and always have Him (:

Hari ke-7 Ramadhan
#7
A week in Ramadan, there's still a lot to be improved :0
May He turn us more towards seeking His pleasure and fill our hearts with His love, His fear, and belief in Him (:
Hope we can complete this 3rd Rukun Islam and the others, Ameen~ ^^

Hari ke-8 Ramadhan
#8
1. Masalah dalam couple? Asyik gaduh? Bimbang kena tangkap basah?
I : Kahwin

2. Masalah dalam kesihatan? diabetes? obes?
I : Puasa

 3. : Masalah dalam kehidupan seharian? jiwa tak tenang? stress?
I : Solat

I = Islam itu mudah, tidak pernah menyusahkan, namun jangan pula diambil mudah (:

Hari ke-9 Ramadhan
#9
Untuk dihormati, anda perlu dipandang rendah dahulu
Untuk betul, anda perlu salah dahulu
Untuk jadi senang, anda perlu rasa susah dahulu

Siapa cakap hidup ni tak adil? (:

Hari ke-10 Ramadhan
#10
Nyawa? Check
Tangan, kaki, akal? Check
Family? Check
Duit? Chhhhhc......check~
Iman & Islam? Check

Macam-macam ada, tapi bila Allah test sikit anda dah mengeluh?
Renung-renungkan, bersyukur, dan guna apa yang anda ada untuk berbuat kebaikan k (:

Hari ke-11 Ramadhan
#11
Kalau kita baca buku, or tengok movie, part 1, biasa2, masuk ke part 2, kita makin teruja & bersemangat nak baca & tengok kan?

Sama la dengan Ramadan.

Kita dah masuk part 2, rugilah siapa yang masih di takuk lama, pertingkatkan jom! :D

Hari ke-12 Ramadhan
#12
Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit di dunia dahulu, Bersenang-senang di akhirat kemudian

Insyaallah (:

Hari ke-13 Ramadhan
#13

We can't reject the feeling of liking someone
But let it be because of Allah (:

Hari ke -14 Ramadhan
#14
If we already finished half of our food, why can't we finish another half to not waste it?
If we already finished half of our work, why can't we finish another half to make sure it doesn't stop halfway?

The 15th night of Ramadan, another half to go, why not? (:

Hari ke- 15 Ramadhan

#15
Ibu : Nah duit, nanti gi terawih kat masjid jangan lupa sedekah
Anak : Mak, kenapa mak tak sedekah sendiri? Kenapa suruh adik buat?
Ibu : Buat la, nanti adik boleh dapat PLKN tau
Anak : Program Latihan Khidmat Negara? Taknak la!
Ibu : Eh, bukan PLKN yg tu, ni yg lain
Anak : Apanya?

P - Pahala, berlipat kali ganda
L - Latihan, kepada kita untuk kasih dan prihatin akan fakir miskin
K - Kedekut, dapat dibersihkan dari diri ini
N - Nikmat, dapat disyukuri atas segala rezeki selama ini

=)

Hari ke -16 Ramadhan

#16 Ada masalah? Sila hubungi

a) Parents - untuk masalah duit, time mereka tak sibuk dengan kerja
b) BFF - untuk masalah cinta, selalu malam2 baru layan jiwang
c) Guru/Lecturer - untuk masalah pelajaran, time lepas kelas or kat bilik mereka
d) Allah - untuk semua jenis masalah, bila2 masa tak kira di mana, percuma

Yang mana satukah kita selalu hubungi?
Jom sama-sama perbetulkan balik (:

Hari ke-17 Ramadhan

#17
Jangan kita bersenang-lenang
Kat luar sana ramai orang tak senang
Hidup kita dah cukup susah?
Di luar sana mereka lagi susah
Hidup kita dah cukup bizi?
Cukup mudah kalau Allah di sisi

Jom (;

Hari ke- 18 Ramadhan
#18
"Ala hujan turun, terpaksa la batalkan aktiviti kita ni =( "

Tapi tahukah anda, di sebalik kesedihan anda itu :
- ada pelangi yang cantik menanti ada selepas hujan
- tumbuh-tumbuhan dan haiwan2 gembira kerana mendapat air untuk terus hidup
- hujan itu menyejukkan suasana sebelum aktiviti anda bermula

Sentiasa ada hikmah di sebalik kejadian kan? (=

Hari ke-19 Ramadhan
#19
Siapa sebenarnya kita ni eh?
Kita datang dari mana?
Kenapa kita hidup di atas muka bumi ni, untuk apa?

anyone with good answer? regardless your background, age, race & religion (:
*two ways communication*

Hari ke-20 Ramadhan
#20
Isn't it beautiful?

Just an intention to do good thing, it will still be counted into account

Imagine when we do our duty towards Him plus the tons of ritual circumcision (ibadah sunat) in this Holy Month, subhanallah ^^

Few more days, all out! ^^

Hari ke -21 Ramadhan
#21
If we do something sincerely for Allah, He will make it easy for us, and the other good things will come along unexpectedly, Alhamdulillah (:

Hari ke-22 Ramadhan

22#
A : Camana bulan puasa ni? math ok? terjaga?
B : Erh, puasa ok, tapi math? Fail lagi la
A : Fail? Eh, tau tau 'math' mana yang saya maksudkan terjaga atau tidak ni?
B : Eh, 'math' apanya?

M - Mata, melihat keindahan ciptaan Allah dan kekuasaanNya
A - Akal, berfikir tentang keesaan Allah dan cara memanfaatkan ciptaanNya
T - Telinga, mendengar nasihat yang berguna serta ayat2 Al-Quran
H - Hati, memahami ajaran agama Islam serta maksud ayat2 Allah

Jadinya, terjaga atau tidak MATH kita? =)

Hari ke-23 Ramadhan

23#
Kalau kita menumpang kat rumah orang, kita mesti hormat tuan rumah, dengar katanya & tak buat sesuka hati kan?

Begitulah juga dengan bumi ini, kita hanya menumpang, jangan buat sesedap hati, ada peraturanNya, dengar kata TuanNya, barulah lancar semuanya insyaallah (:

Hari ke-24 Ramadhan
#24
Awak buat kerana inginkan perhatian manusia or perhatian Allah?
Renungkan dan betulkan ~ (:

Hari ke-25 Ramadhan
‎#25
"Makanan adalah bahan-bahan yang boleh dicerna untuk mendapat nutrien.
Kebanyakan budaya mempunyai masakan tersendiri
Antara budaya di Malaysia : makan rasuah, makan dalam, makan hati -.-"

Jadinya, kalian makan yang mana? xD

Hari ke-26 Ramadhan
#26
"Pakaian, untuk menutup dan melindungi badan manusia daripada cuaca serta atas alasan keselamatan. "

Tujuan asalnya untuk menutup dan melindungi, namun mengapa sekarang pabila dipakai, ia dah tak menutup, malah makin mendedahkan?

Renungkan, pakaiankah itu? (:

Hari ke-27 Ramadhan

‎#27
"Rumah : رومه , kediaman manusia yang mempunyai dinding dan bumbung yang dapat menahan dari cuaca dan melindungi dari bahaya, mengandungi orang-orang yang terdekat/tersayang"

That's why we want to go back to our hometown for this festive season, it's because at our home we feel safe, comfortable, peace & love (:

So be careful on your way to your hometown ya ^^

Hari ke-28 Ramadhan

#28
Ramadan, pemergianmu ditangisi ;(
Merdeka, kewujudanmu disyukuri ;)
Syawal, kedatanganmu dirai (:

Hari ke-29 Ramadhan

#29
"A Day A Post" (ADAP) sepanjang Ramadan adalah inisiatif daripada saya yang taklah sebaik mana ni untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu asas kehidupan yang telah digubah mengikut cara saya untuk kebaikan dan renungan kita bersama .

Maaf atas segala kekurangan dan kelemahan, thanks atas segala support dan respon.

Akhir kata, Selamat Hari Merdeka Raya, Maaf Zahir dan Batin from Naim Roslan Arshah ^^

First Syawal =)

#30
A : Pagi-pagi raya ni jangan lupa si dia
B : Siapanya?
A : MAMAT si PM TULA
B : huh? siapa?

MA - mandi sunat hari raya
MA - makan sedikit sebelum keluar
T - takbir, diperbanyakkan dengan penuh penghayatan

P - pakaian yang terbaik mengikut kemampuan dan jangan membazir
M - mesra sesama kita dan mendoakan mereka

TU - tukar jalan ke tempat solat semasa pergi dan pulang
LA - lawat sesama kita untuk mengeratkan silaturrahim

Yosh! ^^

Selamat Hari Raya Eidulfitri to all that read my blog. Thanx =)

1 comment: