Disebab kan sudah lama tidak meng'update' kan blog ,aku bercadang untuk berkongsi satu artikel yang menarik .aku ade je cerita nak di kongsi kan kat blog ni.tp ble dh menghadap laptop ni,x jadi lar plak. so,amek artikel orang utk perkongsian kita bersama,itu lebih bagus .. artikel ni simple je,tp sangat2 bagus ..
Ubah ciptaan Allah:Umpama Mencabar kuasa-Nya .
Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW baik dari segi akhlak mahupun rupa paras. Kita tidak perlu berasa sedih dan susah hati lantaran dikurniakan rupa paras yang tidak cantik, tubuh badan yang tidak menarik, malah dijadikan sebagai seorang lelaki ataupun wanita. Setiap makhluk yang Allah SWT jadikan adalah unik dan sempurna kejadiannya.
Sememangnya Allah SWT menjadikan kita dengan pelbagai rupa dan gaya. Mana mungkin Allah yang Maha Mencipta menjadikan setiap manusia mempunyai wajah yang sama. Sedangkan cap jari yang Allah ciptakan kepada setiap hambanya juga berbeza.
Sebenarnya di situlah berkuasanya Allah SWT yang mampu dan berhak menjadikan sesuatu mengikut kemahuan-Nya. Jadi tidak perlulah mempersoalkan tentang ciptaan Allah atas kejadian kita. Terimalah anugerah dan kurniaan itu seadanya dengan rasa syukur tanpa perlu mengubahnya atas faktor nafsu.
Menurut Dr Asiah Ali, Mantan Pensyarah di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, apabila membincangkan isu berkaitan mengubah ciptaan Allah SWT, ia lebih difokuskan kepada para wanita kerana mereka tidak boleh lari daripada perasaan ingin cantik dari sudut penampilan diri dan juga kesihatan dalaman. Beliau berpendapat, tuntutan zaman sekarang yang terlalu banyak iklan-iklan kecantikan turut menyumbang kepada kemahuan masyarakat untuk mengubah bentuk asal rupa dan juga kejadian diri sendiri.
"Wanita digalakkan untuk menjaga penampilan diri lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan suami. Bagaimanapun, dalam kita berhias untuk kesihatan dan kecantikan, pastikan ia tidak mengubah bentuk asal kita. Kadang-kadang, ada wanita yang niat asalnya adalah untuk tatapan suami tetapi akhirnya telah terpesong niatnya,"
p/s:copy dari iluvislam.com
simple kan?kan aku dh kata tadi .aku suke artikel ni sbb aku ni jenis tak suka di banding2 kan .kita semua sama .yg membeza kan kita adalah iman dalam diri kita sendiri . so,tak perlu sindir2 aku . aku ade kekurangan aku sendiri & 'u all' have your own advantage ..
kadang-kadang ,tak semua perempuan kurus nampak cantik bila dia dh berisi dan tak semua perempuan gemok nmpk cantik bila dia jd kurus . Mereka sudah cukup cantik bila hati mereka bersih & jika mereka dpt bersyukur dengan apa yang Allah telah kurnia kan ..kerana kita semua adalah sebaik-baik ciptaan-Nya .
No comments:
Post a Comment