July 30, 2011

Its Ramadhan !



"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah .Ayat: 183)

Happy Fasting Every one . =)

July 22, 2011

Aku perlu berubah .

"Tidak perlu menghukum diri untuk terus terbenam di dalam selut kemusnahan semata-mata kerana teringat kebodohan diri yang lalu."

 Fahamilah bahawa apabila kita merubah fikiran sebenarnya kita merubah kehidupan,
Fahamilah rintangan paling besar untuk berjaya dan bahagia adalah ketakutan dan ketiadaan yakin diri untuk berubah,
Fahamilah kejayaan hanya untuk orang yang hendak berjaya dan menyiapkan dirinya untuk menerima kejayaan.

Keresahan dan ketakutan sebenarnya wujud dalam imaginasi.
Jangan biarkan ia mengawal diri sehingga kita jauh dari pengharapan yang dinanti,
Hikmah kehidupan perlu dihayati dan diselami,
Hayatilah, selamilah dengan redha-Nya disisi.
InsyaAllah~
kata-kata yang aku dapat dari iluvislam.com .. 

July 20, 2011

Degree Life =)

Assalamu'alaikum w.b.t.

Hari ini hari rabu .Rabu adalah hari yang banyak kisah dlm kehidupan aku .Kira rabu ni special larh gak .Yang mana aku penah citer sblm ni pada hari rabu kita bule dapat makan eskem baskin robin dgn murah nye & tgk movie kat gsc dgn harga tiket yg murah .tp bukan itu yg aku nak cerita kan hari RABU yg istimewa hari ni .aku nak bercerita tentang kehidupan seorang pelajar degree di bumi MMU .haha .siape larh agak nye tu ek? ce teke ce teke ..haha ..siape lagi kalo bukan Muhammad Muaz anak lelaki Encik Nordin & Puan Nordin yang paling kacak bergaya tu .. dah lama nak cerita tentang degree life ni tapi isi mcm sikit je .so,kumpul dlu isi-isi penting baru bule buat karangan .muahahahha ~

Hari pertama degree for me not soo good coz register subjek lambat .Hari pertama tu larh baru boleh register subjek & hari pertama tu larh aku ade kelas .Dah larh x leh nak register subjek awal,so x dpt larh aku setting kelas aku 'baekk punyee' .egt an nak buat kelas hari isnin selasa & rabu je .tp dh x dpt register subjek awal nak wat cmne .almost everyday ade kelas .tp puas hati gak larh sbb aku kosong kan hari rabu dengan bercuti .itu maksud nye aku TIDAK ADA KELAS PADA HARI RABU .nampak tak permainan nye di situ? hari rabu dpt makan baskin robin & tgk wayang dengan murah ,aku pulak xde kelas ..perghhhh !! mantop x mantop kat situ ..masyukk habis larh .tp malang nye geng plak x de. aku sorang je yg xde kelas hari rabu .membe2 yang lain sume ade kelas .budak2 hitam yg lain pun ade kelas hari rabu .3 orang anak dara & seorang bujang terlajak kat cyber tu ade satu kelas je kot pada hari rabu .ape lah dia orang ni .so,memandangkan dh xde membe nak hangout hari rabu ,hari rabu ni larh aku buat macam2 kat rumah sewa ni .selalu nye hari rabu aku ni di habis kan dengan berdengkuq kat atas katil je .haha ..

Masuk sebagai seorang pelajar degree di bumi MMU ni,aku dah tak duduk Ixora Apartment lagi dah .aku duduk kat rumah sewa yang sangat2 murah ,tempat yg strategik & macam2 lagi larh .rumah sewa aku ni aku cakap strategik sebab banyak sebab dan sebab-sebab nye ade lah

  1. Court Futsal Depan Rumah .
  2. Sewa Kereta Kat Jiran Sebelah .
  3. Surau di Belakang Rumah .
  4. Tempat Makan pun tak Jauh sangat .(Guna car-key pun buley )
  5. Jiran kawasan adalah si baju kurung merah bertudung putih .hik3 ^.^
Baguih tak baguih rumah sewa aku ni .memang rasa bersyukur sangat larh .orang rumah aka housemate lak hampir sume sekepala .means better than housemate kat Ixora dlu .Masuk je rumah sewa ni aku bersih kan bilik aku dulu .kat siling dah macam2 sarang labah2 ade. cuak dye jato dalam mulut aku je time aku tido .cmne tah roomate aku ni boleh tidur dengan sarang labah2 berkerumun banyak cmni.so,untuk settle kan masalah,aku buang sume sarang labah2 kat siling tu dengan menggunakan 'Alat Pembuang Sarang Labah2' yang abah beli kat mydin .sangat2 bagus alat ini .bilik aku sekarang lagi besar dan lebih kemas dari bilik ixora aku ase. letak carpet,bersih kan tingkap,tukar langsir maka jadi lah bilik anak bujang yg begitu 'kemas' ..ohh bangge nye aku .ohh dunia,lihat lah kejayaan ku ini .haha .oke2 enough !

Rumah sewa ni ade 3 bilik tak termasuk bilik air & jamban .haha .Bilik depan sekali di penghuni kan oleh 2 orang yang minat korea .Seorang budak terengganu & seorang lagi budak kecik yg asal nye dari selangor (aku rasa) .2 orang ini bule di kata kan sekepala dengan aku sbb budak terengganu ni perangai dia lebih kurang macam aku .tp aku rase aku taiko lagi drpd dia .Budak kecik yg lagi satu tu plak selalu menghabiskan masa nye di hadapan laptop .asal aku pergi kelas je dia kat depan laptop,aku balik kelas pun dia kat depan laptop .aku makan dia masih kat depan laptop ,aku tidoq pun dia masih kat depan latop dia .aduiyai ~ ape yang dia layan pun aku x taw .yang bagus nye dia ni ,aku senang nak usik .tak cepat marah  tp suke ketawa .berbadan kecik tapi pandai ber'martial art' yg mana boleh menyelamat kan kami daripada orang jahat kat luar sana .haha .Nama budak terengganu yang aku cakap tadi adalah Ahmad Bukhari  dan si kecik tadi pulak adalah Atif Fahmi  .kalau korang nak berkenalan ngan dia orang boleh larh klik kat nama yg aku dh link kan tu .ada faham? 

Bilik yang kedua pula di penghuni kan oleh 2 orang lagi jejaka yang bertubuh tegap a.k.a besar .Seorang asal dari Selangor dan seorang lagi berasal dari Ohio .perghhh ! lahir kat Ohio tuu .aku tak bape pasti Ohio tu kat mana .haha .tp yang pasti dye bukan foreigner,dia anak orang malaysia yang lahir kat Ohio je pun.Mak bapak dia study kat Ohio wat master aku rasa .2 tahun dia kat sana then balik malaysia .Budak selangor dalam bilik ke-2 ni,dia selalu layan lagu2 lama .kebanyakan nye lagu english lama lorh .Seorang yang banyak pengalaman memasak .Budak Ohio tu pun same gak .dats y larh dia orang ni roomate sebab kedua-dua mereka berbadan tegap a.k.a tubuh sasa. haha .Budak Ohio ni seorang yg agak sibuk ,suke melayari youtube cari video ape pun aku tak pasti sebab aku ni bukan Joyah .haha .Budak Ohio ni nama nye Umair & seorang lagi yang bertubuh tegap ni lak nama dia Adlan . macam tadi jugak,kalau nak berkenalan buleh larh add jejaka 2 orang ni kat FB dengan klik pada nama dia orang .ada faham ? 

Bilik ketiga pula di penghuni oleh aku sendiri yang asal nye dari Subang Jaya dan seorang roomate aku yang asal dari kelantan .Roomate aku ni badan kecik gak .dia jarang tido kat bilik .almari dia pun kosong .x banyak pun baju dlm almari dia .dia akan guna bilik ni untuk tido siang hari ataupun guna komputer dia .haha .dia ni sorang je yg pakai komputer dalam rumah ni .yang lain termasuk aku pakai laptop je pung .tak de bende sangat nak cerita pasal roomate aku ni .nama dia syakir,kalau nak tahu dia orang yang macam mana just klik on his nama. haha .

Rumah sewa aku ni bagus sebab ada streamyx yang jao lagi bagus dari internet kat ixora tu .Dapur yang tidak terlalu besar,cukup larh untuk aku belajar masak2 ala2 chef wan gitu .setakat ni aku dah pandai masak daging & ayam .Ilmu memasak yang aku belajar dari bibik aku sendiri & aku praktik kan kat rumah sewa ni .bagus nye dapat belajar masak and at the same time dapat simpan duit nak kawen .kat ixora dulu mane leh masak ot .nak bela kucing pun x leh .dah larh duit deposit aku tak dapat2 lagi .lambat tol wat keje management ixora ni .dah 3 kali aku datang tuntut deposit x dapat2 pun lagi. tunggu akhir bulan ni kalo tak dapat gak,mmg aku bom je ixora tu .haha . ohh lupe nak cerita yang aku dah pandai buat kek kain pelekat .hik3 ^.^ 
resepi dia aku blaja dari jiran kawasan iaitu si baju kurung merah bertudung putih .lama dah dapat resepi ni tp tak pernah cuba je .sbb duk ixora x leh masak .dh duduk rumah sewa ni menggunakan dapur itu sebaik mungkin .kek ni kalo orang perempuan yang buat nama dia KEK BATIK ,tp kalau lelaki yang buat nama dia KEK KAIN PELEKAT .haha .aku pandai2 je bagi nama .1st try wat kek kain pelekat ni,orang rumah aku melahap sampai habis walaupun rasa nye blom cukup sempurna .aku dapat makan sikit je .x pe lorh .janji dia orang suka .

Enough story about my house .Aku ni dh bergelar seorang pelajar degree untuk 6 minggu dh pun .Aku amaek jurusan Banchelor in Marketing Management .setakat ni study sume oke.alhamdulillah ~doa kan aku dpt graduate dengan sekali arung je .x yah repeat2. bule dapat keje then bule kawen .hoiyeah hoiyeah !! haha ..
IBU,SAYA MAHU KAWEN . hahaha ..
itu saja larh ke'merepek' kan dari aku .

sekian terima kaseh ..

July 18, 2011

Kata-kata .

 Hidup Bukan untuk Hidup, Hidup untuk yang Maha Esa . . .
Hidup Bukan untuk Mati, Mati untuk Hidup . . .

Bule faham tak kata-kata di atas? aku mula2 pun tak faham ngan kata-kata ni .kata-kata ni aku dapat dari cerita Stanza Cinta .Lakonan Aaron aziz ngan Nur Fathia . Pelakon baru nak up aku ase.haha .
Baru je episod 4 .kalo korang nak layan gak bule je. aku kat rumah sewa ni x layan tv pun.tp tgk cerita drama camni kat internet sudey .. lepas Nur Fathia ucap kan kata-kata ni kat Aaron Aziz ,baru lah Aaron aziz faham ..termasuk aku sendiri baru faham ..

Kita jangan takut pada mati , sebalik nya kita kerna rindu pada Mati kerana Mati adalah pintu untuk kita berjumpa dengan Allah .
sekian terima kasih .

(sambung layan stanza cinta)

July 12, 2011

Assalamu'alaikum w.b.t

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.
Tapi sedar kah kita yang sebenar nya kita dengan Rasulullah s.a.w terdapat 'SEDIKIT' perbezaan .


Rasulullah sedikit tidur,
Kita sikit-sikit tidur .

Rasulullah sedikit makan,
kita sikit-sikit makan .

Rasulullah sedikit marah,
kita sikit-sikit marah .

Rasulullah sedkit bergurau,
kita sikit-sikit bergurau .

Rasulullah sikit-sikit beramal,
kita sedikit beramal .

Rasulullah siki-sikit berkorban demi islam,
kita sedikit pengorbanan .

Menarik bukan sifat baginda? 

Naqib aku pernah berkata "Syurga Allah itu mahal untuk orang2 zaman kini ,hanya orang yang kaya saja dapat memasuki nya .Bukan nya kaya dengan harta  tetapi kaya dengan amalan yg diredhai oleh-Nya" 

Kalau boleh cuba hargai diri anda setiap hari sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah . 

=)

July 9, 2011

Don't Over .

"Dalam kehidupan ini,kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan.Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah s.w.t datangkan perkara yang menggembirakan ."
Kini baru ku sedar kenapa ibu selalu cakap "Jangan seronok sangat" bila aku tengah gembira .

Bila kita lakukan sesuatu jadi 'serba tak kena' itulah hakikatnya satu kehidupan.Hidup bukanlah yang serba kena,serba senang & serba mudah .

"Hidup tidak selalu indah,justeru disitulah keindahan hidup!"


Terima Kasih Ibu . I LOVE YOU =)

July 8, 2011

BERSIH !

"BLOCK mata dari melihat kemungkaran,BLOCK mulut dari kata-kata yg sia-sia,
BLOCK telinga dari perkara yang melalaikan ."

"BERSIH kan hati,BERSIHkan akal,BERSIH kan diri dari sebarang dosa.
InsyaAllah BERSIH PERHIMPUNAN kita di akhirat kelak." 



p/s:Tolong ingat kan aku perkara ni tiap hari .

July 7, 2011

Menarik .

Assalamu'alaikum w.b.t.

Disebab kan sudah lama tidak meng'update' kan blog ,aku bercadang untuk berkongsi satu artikel yang menarik .aku ade je cerita nak di kongsi kan kat blog ni.tp ble dh menghadap laptop ni,x jadi lar plak. so,amek artikel orang utk perkongsian kita bersama,itu lebih bagus .. artikel ni simple je,tp sangat2 bagus ..


Ubah ciptaan Allah:Umpama Mencabar kuasa-Nya .

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW baik dari segi akhlak mahupun rupa paras. Kita tidak perlu berasa sedih dan susah hati lantaran dikurniakan rupa paras yang tidak cantik, tubuh badan yang tidak menarik, malah dijadikan sebagai seorang lelaki ataupun wanita. Setiap makhluk yang Allah SWT jadikan adalah unik dan sempurna kejadiannya.
Sememangnya Allah SWT menjadikan kita dengan pelbagai rupa dan gaya. Mana mungkin Allah yang Maha Mencipta menjadikan setiap manusia mempunyai wajah yang sama. Sedangkan cap jari yang Allah ciptakan kepada setiap hambanya juga berbeza.
Sebenarnya di situlah berkuasanya Allah SWT yang mampu dan berhak menjadikan sesuatu mengikut kemahuan-Nya. Jadi tidak perlulah mempersoalkan tentang ciptaan Allah atas kejadian kita. Terimalah anugerah dan kurniaan itu seadanya dengan rasa syukur tanpa perlu mengubahnya atas faktor nafsu.
Menurut Dr Asiah Ali, Mantan Pensyarah di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, apabila membincangkan isu berkaitan mengubah ciptaan Allah SWT, ia lebih difokuskan kepada para wanita kerana mereka tidak boleh lari daripada perasaan ingin cantik dari sudut penampilan diri dan juga kesihatan dalaman. Beliau berpendapat, tuntutan zaman sekarang yang terlalu banyak iklan-iklan kecantikan turut menyumbang kepada kemahuan masyarakat untuk mengubah bentuk asal rupa dan juga kejadian diri sendiri.
"Wanita digalakkan untuk menjaga penampilan diri lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan suami. Bagaimanapun, dalam kita berhias untuk kesihatan dan kecantikan, pastikan ia tidak mengubah bentuk asal kita. Kadang-kadang, ada wanita yang niat asalnya adalah untuk tatapan suami tetapi akhirnya telah terpesong niatnya,"
p/s:copy dari iluvislam.com
simple kan?kan aku dh kata tadi .aku suke artikel ni sbb aku ni jenis tak suka di banding2 kan .kita semua sama .yg membeza kan kita adalah iman dalam diri kita sendiri . so,tak perlu sindir2 aku . aku ade kekurangan aku sendiri & 'u all' have your own advantage .. 
kadang-kadang ,tak semua perempuan kurus nampak cantik bila dia dh berisi dan tak semua perempuan gemok nmpk cantik bila dia jd kurus . Mereka sudah cukup cantik bila hati mereka bersih & jika mereka dpt  bersyukur dengan apa yang Allah telah kurnia kan ..kerana kita semua adalah sebaik-baik ciptaan-Nya .