March 30, 2011

DON'T!

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

 Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap 
Orang makan sikit disangka kedekut

 Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek

 Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong

 Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela


Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

 mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

 mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa

 mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

 mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

 Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api…


Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

 Don't judge a book by its cover, but remember the cover reflects the book..

March 29, 2011

Kerana mulut....

Assalamu'alaikum w.b.t.

Pada zaman dahulu,terdapat seorang bapa & seorang anak lelaki yg hidup di sebuah kampung.Kehidupan mereka tidak terlalu kaya & tidak pula terlalu miskin.Sedang2 gitu.Mereka ada mengembala seekor keldai.
Pada suatu hari,mereka keluar berjalan2 sambil membawa keldai itu bersama.Anak lelaki tersebut menunggang keldai itu manakala bapa nya pula hanya berjalan kaki.Sedang mereka berjalan2,ada orang mula mengata yg anak lelaki itu tidak berhati perut kerana membiar kan ayah nya yg sudah tua berjalan kaki,sedangkan dia menunggang keldai.Anak lelaki itu tidak sampai hati mendengar hinaan orang,lalu dia menyuruh bapa nya pula menunggang keldai tersebut & membiarkan dia pula yg berjalan kaki.
Tiba di satu perkampungan pula,orang mengata bapa itu mementingkan diri sendiri.kerana menunggang keldai itu seorang diri.Bapa itu tidak sampai hati,lalu menunggang keldai itu bersama2 dengan anak lelaki nya.
Lalu di suatu perkampungan lagi,orang mula mengata yg anak beranak itu berlaku kejam terhadap keldai tersebut kerana menunggang keldai itu bersama2.Anak beranak itu tidak sampai hati utk berlaku kejam terhadap keldai tersebut,lalu mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki tanpa sesiapa pun di antara mereka yg menunggang keldai tersebut .Hampir tiba di destinasi yg mereka tuju,orang tetap masih mengata yg    mereka berdua itu bengap kerana tidak menunggang keldai yg mereka bawa itu.Penat kan diri sendiri je bawak keldai utk jalan jauh2 tapi tidak menunggang keldai tersebut ... TAMAT !

Dah baca cerita kat atas kan?haa ~ cerita nye lebih kurang mcm tu larh.cerita sebenar nye aku tak bape ingat sgt,ni pun ingat2 lupa je.tp korang nmpk tak pengajaran cerita ni?

KALAU KITA NAK PUAS KAN KEHENDAK MANUSIA,KITA TAK KAN MAMPU.

Sebagai hamba ciptaan-Nya,kita juga ada kekuatan & kelemahan kita sendiri.Kita juga ada kemahuan & kehendak masing2.Kalau kita nak asyik nak tunai kan kehendak orang lain,kehendak diri kita mcm mana?
Penah dengar pepatah KERNA NILA SETITIK,ROSAK SUSU SEBELANGA ?
Mulut manusia tu larh ibarat nila setitik yg boleh merosakkan segala2nya.
Mulut manusia ni kita tak boleh nak tutup.Buat baik orang mengata,buat jahat apa tah lagi.Kalau kita asyik dengar cakap orang je,kita juga yg rugi.Bila kita dengar sesuatu berita,lebih baik kita kaji dahulu dari kedua2 belah pihak,Jangan pandai2 nak wat andaian sendiri.
Manusia ni juga,kalo dh terdesak,mcm2 kata2 manis yg mereka boleh lontar kan.Manusia sanggup kata apa sahaja utk menaikkan nama mereka sendiri.TAPI,adakah mereka sanggup lakukan apa yg mereka katakan tu?aku sendiri pun tak faham.
Perkara paling tajam dalam dunia adalah lidah manusia.Sebab mulut manusia je,boleh timbul kan satu pergaduhan.Bukan je satu pergaduhan malah boleh pergaduhan seluruh dunia. Aduh ~ aku dah tak reti cmne nak explain pasal mulut manusia ni.korang tekan link video kat bawah ni larh k.Beliau lebih pakar ....

http://www.youtube.com/watch?v=aPBct5kTdNY&playnext=1&list=PL3442F40B99BF2DE3

Aku rasa lar kan,sebab tu kat akhirat nanti,mulut kita kena tutup,tak kan kata apa2..Tapi anggota tubuh badan yg akan jawap segala pertanyaan tentang apa yg telah kita lakukan kat dunia ni.

Fikir dulu sebelum hendak BERBICARA .

sekian,terima kasih .

March 28, 2011

Pray .



I close my eyes ..
 hoping you have a better day .

March 27, 2011

count on me.


If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do...

March 26, 2011

Bowling Tournament !


Anda dah saksi kan video di atas?
Haaa ! tu lar aku tgh main bowling sambil ditemani oleh tukang sorak,tukang kacau,tukang tepuk tangan and paling penting tukang amek video ni.haha .
Saje nak cerita yg smlm aku masuk MMU Open Bowling Tournament yg mane sepatut nye wat pada 7hb January 2011,tp postpone pada tarikh semalam iaitu 25 March 2011. nampak tak betapa jauh nye gap disitu? Masa mula2 register,ade larh semangat nak main sbb saja2 nak cuba naseb lar kata kan.tp bila dh postpone jauh cmni,semangat tu berkurangan.Di sebab kan dh bayar RM20,main je larh walaupun xde training langsung utk tournament ni.Dengan semangat 1 SORAKAN yg aku penah dapat dulu,aku gerak MUBC kol 8.30 pagi.Mcm biase larh kan,tentatif kata lain,relaity nye lain .Tournament start kol 10 pagi. =.= aku sempat tido kat sofa depan pintu tmpt bowling tu agy.

Aku main bowling ni xde lar hebat mane pun tp bule larh dapat strike skali skala.haha
Keputusan nye adalah ...



Kalo ekot lane,aku dh kalah kan opponent aku dalam list ni.tp secara keseluruhan nye masih x cukup hebat nak kalah kan opponent kat lane2 lain .First game tu markah agak tinggi sbb masih semangat 1 SORAKAN tp second & third game,pergelangan tangan dh ase seliuh skit,so bola bowling pun agak melalut.Nak wat cmne,dh xde rezeki.At least,dpt larh pengalaman masuk tournament.Beginner agy ot,agak mustahil kalo nak terus menang .hahaha ..

Dapat sijil pun cukup larh.
Although I didn't win anything,I still got my trofi . =)
Andai di berikan emas permata
Ku pilih senyumanmu..

Next tyme,aku nak cuba lagi .

March 24, 2011

Presentation !

Assalamu'alaikum w.b.t.

Masa awal2 masuk MMU dulu,aku ckp kat abah aku yg english aku teruk.Tapi abah kata
"Eh ! mana ade.English ko oke larh .Bule improve agy " hehe =)

Hari ni aku ada Presentation Business Management .Mcm biase aku bangun awal pagi walaupun malam semalam tidoq lambat .Lepas subuh x sempat breakfast ape pun.Lepas mandi ingat an nak pakai baju melayu mcm presentation sem lepas,tp x jadi..try baju formal mcm org g keje,tgk dpn cermin .tak jadi gak sbb pkai sua jeans.mcm x kena je..last2 kali pakai baju biase mase first day dtg MMU hari tu.haha.

Sebenar nye aku x prepare ape2 pun utk presentation aku.malam smlm sblm tidoq sempat larh aku wat ape2 yg patut sblm present.bile tgk2 balik slide yg aku wat,rasa mcm terpesong je..sbb soalan nye tanye pasal Malaysian Issuers Bond Market,tp aku explain pasal bond islamic and bond conventional . =.='

Sampai dlm kelas jeeww,naseb baek group lagi satu yg present dulu.Group tu present soalan yg sama dengan group aku.aku tgk jawapan dye org mcm lain jeeww ngan group aku.bertambah2 gabra aku jadi nye..Tyme group aku present,aku agak kelam kabut skit.perut lak memulas2 .bnyk kentut larh kat depan tu.naseb baek bunyi & bau nye x berapa kuat and machem ..haha ..

Tiba waktu yg di nanti2,aku present dengan perasaan rama2 di dalam perut.haha..aku baca je script yg aku tulis malam tu.mampuih larh dye org faham ke x .dye org gelak2 jeeww tgk aku present.Group leader aku lak ckp aku present mcm Dj.ape ke hal ...

Habis jeeww group aku present,madam mula larh bagi kritikan dye .Awal2 lagi dye dh puji yg group aku lagi bagos dari first group yg present tu.Blah..blah..blahh dye sebut nama syiera ..jantung aku dh dup dap dup dap sbb takut dye komen pasal aku nye slide yg terpesong tu.dye tegoq syiera nye slide sbb ade graf ot..dye rasa tercabar,dye betol kan balik graf syiera yang salah tu.haha ..last2,dye sebut nama aku.pastu dye cari2 aku padahal aku duk barisan kedua terdepan ot.aku tutup muka dengan tangan sbb maleh nak dengar dia komen.

Perkara yg tak disangka berlaku.Boleh kata dia puji gak larh cara aku present.tapi dia kata
"You must know the different between Presentation and Reading a NewsBroadcasting"
yg lain sume gelak.dye ckp aku baca script yg aku wat malam smlm mcm baca berita .haha..
Dalam hati aku kata "Ape beza presentation ngan baca newsbroadcasting?sama jeeww" hahaha ..
bayang2 dalam fikiran aku lak muncul ...
" You memang selalu sama kan sesuatu yg obviously tak sama" hahaha ...
Lecturer aku puji " You have a FLUENT english " perghhhh !! agak terkeju di situ .dia suro aku improve skill presentation aku .aceceyyy ! nak bangge ngan apa yg madam ckp,xde larh sangat..aku terkeju ot.mati2 ingat slide aku terpesong.tp madam ckp walaupun slide group aku agak sikit input nye,tp kite org dpt explain dengan bagos skali .hoho ..thanx to group leader gak sbb dpt combine slide kte org dengan sempurna skali.haha..

Akhir kata,jangan rasa lemah dengan kemampuan yg kita ada ..YAKIN dengan kemampuan & kekuatan yg Allah bagi .hehe =)

Gaya lelaki Melayu terakhir wat presentation ! (sem lepas)
Salam sejatera semua ..PEACE =)

March 22, 2011

I'm sorry !


You can lie to other person,
BUT,
You can't lie to yourselves.

I can see you're sad
Even when you smile,
Even when you laugh,
I can see it in your eye,
Deep inside you wanna cry
coz you're scared
I ain't there...

I'm really2 sorry .

Though you far away,
I'm here to stay .