March 30, 2011

DON'T!

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

 Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap 
Orang makan sikit disangka kedekut

 Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek

 Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong

 Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela


Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

 mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

 mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa

 mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

 mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

 Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api…


Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

 Don't judge a book by its cover, but remember the cover reflects the book..

No comments:

Post a Comment