Assalamu'alaikum w.b.t.
Aku tgh tunggu english kelas .so,aku pit stop di library sebentar .bukak facebook xde bende .aku pun kaji nama sendiri .aku kan selalu ikut gerak hati .hati aku tbe2 berkate utk kaji sejarah nama aku .aku pernah dgr name aku ni name seorang sahabat Nabi .Dalam keluarga pun aku nye name je xde dalam Al-quran .tu yg terdetik utk mengkaji tu .bila di kaji ,ini lah hasil nya ....
Kelahiran dan kehidupan beliau:
- Muaz bin Jabal r.a dilahirkan di Madinah.
- Muaz r.a mempunyai ciri-ciri keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar, mempunyai penampilan
sebagai seorang yang perkasa dan berhemah tinggi. Allah mengurniakan kepada beliau kepetahan bercakap,mempunyai rupa paras dan tutur kata yang indah.
- Muaz bin Jabal r.a memeluk Islam sejak beliau masih kecil melalui Mus'ab bin Umair yang diutuskan
oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengajar penduduk Madinah.
Sifat terpuji beliau:
- Sebaik sahaja Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Muaz sentiasa berada bersama dengan Rasulullah s.a.w
sehingga beliau dapat memahami Al-Quran dan syariat-syariat Islam dengan baik menyebabkan beliau
muncul sebagai seorang yang paling alim tentang Al-Quran dari kalangan para sahabat, orang yang paling
baik membaca Al-Quran serta paling memahami syariat-syariat Allah.
- Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w memuji beliau dengan bersabda: Yang bermaksud: Umatku yang
paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal. Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah.
- Muaz r.a terdiri dari kalangan enam orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w.
- Setelah Allah s.w.t membuka Kota Mekah kepada Rasulullah s.a.w, penduduk Mekah memerlukan kepada
tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama dengan mereka untuk mengajar syariat Allah s.w.t, lalu
Rasulullah s.a.w meminta supaya Muaz tinggal bersama dengan penduduk Mekah untuk mengajar Al-
Quran dan memberikan kefahaman kepada mereka mengenai agama Allah s.w.t.
- Sifat terpuji beliau juga jelas terserlah ketika rombongan raja-raja Yaman datang berjumpa Rasulullah
s.a.w mengisytiharkan keislaman mereka dan meminta daripada Rasulullah s.a.w supaya menghantar
tenaga pengajar kepada mereka. Lalu baginda memilih Muaz r.a untuk memegang tugas tersebut bersama-
sama dengan beberapa orang para sahabat malah beliau merupakan ketua kepada rombongan para sahabat
tersebut. Rasulullah s.a.w keluar untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka lantas baginda
mewasiatkan kepada Muaz r.a dengan bersabda: "Wahai Muaz! Kemungkinan kamu tidak akan dapat
bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini malah mungkin juga selepas ini kamu akan melalui masjid dan
kuburku ..." Lantas Muaz r.a menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Selepas
peristiwa tersebut ternyata Rasulullah s.a.w wafat dan Muaz tidak lagi dapat melihat baginda.
- Setelah Muaz r.a kembali ke Madinah, beliau mendapati Rasulullah s.a.w telah meninggal dunia.
Peristiwa tersebut tidak dapat ditanggung oleh Muaz menyebabkan beliau menangis tersedu-sedu di atas
kehilangan Rasulullah s.a.w.
- Setelah Umar bin Al-Khattab r.a dilantik menjadi khalifah, beliau mengutuskan Muaz untuk
mendamaikan pertelingkahan yang berlaku di kalangan Bani Kilab.
Keberangkatan Muaz ke Syam untuk mengajar Al-Quran:
- Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar r.a juga berlaku peristiwa di mana gabenor Syam telah
menghantar Yazid bin Abi Sufian meminta daripada Umar r.a supaya menghantar seorang tenaga pengajar
kepada penduduk Syam. Lalu Umar memanggil Muaz bin Jabal, Ubadah bin As-Somit, Abu Ayub Al-
Ansariy, Ubai bin Kaab dan Abu Darda' dalam satu majlis. Khalifah Umar berkata kepada mereka:
"Sesungguhnya saudara kamu di negeri Syam telah meminta bantuan daripada aku supaya menghantar
sesiapa sahaja yang boleh mengajar Al-Quran kepada mereka dan memberikan kefahaman kepada mereka
tentang agama Islam. Oleh yang demikian bantulah aku untuk mendapat tiga orang dari kalangan kamu
semoga Allah merahmati kamu. Sekiranya kamu ingin membuat pengundian, kamu bolehlah membuat undian, jika tidak aku akan melantik tiga orang dari kalangan kamu".
- Lalu mereka menjawab: "Kami tidak akan membuat pengundian memandangkan Abu Ayub telah terlalu
tua manakala Ubai pula sentiasa mengalami kesakitan dan yang tinggal hanya kami bertiga sahaja".
Kemudian Umar berkata kepada mereka: "Kamu mulakanlah tugas kamu di Hims, sekiranya kamu suka
dengan keadaan penduduknya, bolehlah salah seorang daripada kamu tinggal di sana. Kemudian salah
seorang daripada kamu pula hendaklah pergi ke Damsyik dan seorang lagi pergi ke Palestin". Lalu mereka
bertiga keluar ke Hims dan mereka meninggalkan Ubadah bin As-Somit di sana, Abu Darda' pergi ke
Damsyik manakala Muaz bin Jabal pula terus berlalu pergi ke Palestin.
Kematian beliau:
Muaz bin Jabal berada di Palestin sehinggalah beliau diserang wabak. Ketika hampir mati beliau berkata:
"Selamat datang wahai kematian! Selamat datang kepada tetamu yang tak kunjung tiba dan selamat datang
kepada kekasih yang datang setelah sekian lama dirindukan!". Kemudian beliau melihat ke langit dan
berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah
lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok dan mengairi sungai, tetapi
segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan
serta mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis-majlis
zikir. Oleh yang demikian terimalah diriku ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Kamu
menerima diri seseorang yang beriman". Kemudian beliau meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri
rahmat-Nya kepada beliau.
tersentuh hati ni bile membaca ..mampukah aku menjadi seperti nama yg dikurniakan oleh kedua ibubapa ku?
sekian ,terima kasih .
No comments:
Post a Comment