April 23, 2012

Nostalgia Hidup


Assalamu’alaikum w.b.t
 Sudah lama aku tak beri salam kpd pembaca2 blog aku .. (ade ke?) tak kisah lah ade ke tak..yang pasti aku nak tulis sumting dalam blog aku hari ni …
Alhamdulillah …masih dikurniakan nyawa utk hidup hari ni…
Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk kembali taubat kepada-Nya
Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat iman dan islam dlm diri aku yg serba serbi banyak kekurangan ni..

Hari ni aku nak bercerita pasai nostalgia hidup .Korang semua tahu tak ape tu nostalgia? Kalau tak tahu korang google je,sbb tu cara paling senang utk mendpt kan maklumat zaman skrang ni..maklumat tu betol atau salah,itu bukan salah aku…sbb maklumat tu korang yg cari sendiri..aku suruh google je …x suro pon google doodle ke pe…haish..dh melencong jao dh ni…Aku malas nk google,so..aku ikut fahaman aku je lah nostalgia tu ape ek…nostalgia bg aku adalah “Terimbau kembali kenangan di fikiranku..” means,kenangan2 indah yang apabila kita melihat sesuatu perkara..kita akan senyum sorang2…memikirkan kenangan yg pernah berlaku dlm hidup kita suatu ketika dahulu…haha…itu yg aku faham tentang nostalgia larh…

Aku nak mulakan nostalgia hidup aku dengan sekolah rendah…Bila korang tgk bdk2 kecik g sekolah pagi2,pasti nye….korang akan terkenang perkara2 indah yg pernah jd kat sekolah dulu…andai kata perkara tak indah pon,korang masih akan terseyum dan ketawa jika diceritakan kembali kpd2 kawan2…aduiii cek mek molek…kalau aku lah tgk bdk2 kecik g sekolah rendah,aku akan ingat pagi2 lepas aku mandi,aku akan mencangkuk di tepi dinding di baluti dengan tuala…sbb sejuk…nak tunggu kering jap,aku mengigil kat tepi dinding..then,sebelum nak g sekolah mesti lah breakfast dulu kan? Kalo sempat breakfast aku breakfast..kalo tak,mmg masa pagi2 tu di habiskan utk siapkan diri utk ke sekolah jeee… kadang2 sebelum nk gerak g sekolah,mesti ada bende nak di laburkan dlm tandas dulu…aku x taw asal…sama ada perut aku ni mmg suka memulas pagi2 ataupun adat tradisi  ..haha..Bila dh smpi sekolah,terus masuk barisan utk perhimpunan…nyanyi lagu negaraku,lagu Selangor and ofkozes lagu sekolah…haha..and today,aku DAH LAMA GILER TAK NYANYI lagu negaraku…kalau di suruh nyanyi,tak taw lah ingat lagi ke tak…haha..dh 17 tahun nyanyi lagu sama je,kalau tak hadam lagu negaraku tu,mmg kne bahan lah … itu antara nostalgia2 yg biasa di lakukan pagi2 sebelum ke sekolah lah… bnyk lagi sebenar nye..tp aku rasa mcm nk cerita yg best2 je…
Perkara terindah di sekolah rendah …
sekolah rendah aku sama je mcm bdk2 sekolah lain kowt…main bottlecap dlm kelas,main bola sepak guna penutup botol kat belakang kelas..then ble penutup botol tu masuk bawah kain bdk2 perempuan,kita org akan ckp …”Masuk hutan masuk hutan..” haha… kacau org sana sini..kena ketuk ketampi ,kena rotan and paling tak leh dilupakan kena tampar… dh berapa cikgu tampar aku kat sekolah dulu… rasa2 nya first kne tampar time aku g kacau cikgu bergayut dlm telefon…lps cikgu tu hbs ckp dlm telefon je,dia cari aku and BAAMMMM …body glove kat pipi..haha..kne tampar sbb main2 dlm kelas sains pun ade gak ..kne tampar sbb lambat masuk kelas lps zuhur sbb main2 time solat pOn ade aduii..kne sebat kat punggung sbb main air kolah time bdk2 nak amek wudu’ PON ade gak…dulu aku sekolah dari pagi smpi petang,bila dh hbs sekolah tu,ptg tu slalu sgt aku g main ps2 kt rumah member…ble dh tertinggal bus utk balik,mula lah kelam kabut …. ade satu masa tu,sanggup member aku hanta blk naik basikal bmx je…tu pun dia hanta smpi jejantas yg berdekatan rumah aku…lepas je cross jejantas tu,terus nampak bus aku lalu…kelam kabut lagi,nyorok blakang pokok..haha… sekarang ni,kalau nmpk je bus N2 lalu dekat2 kawasan rumah aku ni,pasti nyee akan teringat peristiwa yg pernah berlaku dlm bus tu dulu…gayut2 dlm bus mcm Billivard penah wat kt youtube tu..perang2 antara bus-bus yg lalu kat sebelah …mula2 simbah2 air antara bus-bus..lepas tu baling2 batu plak…lepas tu abg bus banned game perang2 ni..sbb dpt complain..haha..Nostalgia time sekolah rendah dulu banyak sebenar nye…kalau cerita kat blog ni,3 kali post pon belom tentu habis …
Nostalgia time sekolah menengah pon banyak sebenar nye…bermula dari pertama kali aku mendapat pujian hensem dr seorang muallim sbb time tu aku x pakai songkok…x taw lah sama ade dia perli ataupun niat nye ikhlas…haha..time sekolah menengah ni ,form 1-3 aku sekolah kat shah alam…so,pagi2 kne naik van dekat taipan…time form 3,first day sekolah…aku jadi org pertama sampai kat sekolah…6.45 dh terpacak dpn sekolah…gate sekolah pon blom bkk lagi…sbb time tu aku pertama kali di beri amanah utk jd pengawas sekolah…haha..giler semangat tak semangat … kalau nak cerita semua nostalgia,mmg tak sempat lah..sbb mood malas bercerita aku dh smpai…

Pasti nye,korang semua pon ada nostalgia hidup masing2…bila korang lihat sesuatu perkara,korang akan tersenyum seorang diri … mcm aku tgk bdk2 baru nak amek lesen memandu…mmg nostalgia btol bagi aku..sbb sedar tak sedar aku dh ade lesen BESARR dh skrang…memikirkan kenangan aku amek lesen dulu.sudah semesti nya membuatkan diri aku tersenyum..and memikirkan cara aku mengajar org memandu..lagi lah membuatkan aku tersenyummm…
Akhir kata lah kan,kalau aku ade SATU BENDE yg akan membuatkan aku memikirkan kenangan indah tu bermain kat fikiran aku,aku akan jaga BENDE tu elok2…

p/s:Salah satu sebab aku malas nk tulis blog,aku takut aku meroyan sorang2..so,better aku stop kat sini dulu…kalo ade nostalgia hidup aku nk cerita,itu aku akan selit2 kan dlm post yg akan datang…biler post yg akan dtg nye? Itu aku sendiri pun x taw..ikut mood lah cmne kan..kalau tak,mmg bersarang lah blog aku ni…


April 13, 2012

Nukilan Hilal Asyraf

Isu memendam perasaan.

Pada saya, bila kita sudah suka kepada seseorang, pertamanya yang kita perlu lakukan adalah menyelidik siapakah yang kita suka itu. Bagaimana dia. Apakah menyenangkan jiwa kita? Apakah kita senang dengan keadaan keluarganya? Saya sendiri tidak menetapkan apa-apa level dalam hal ini. Pokoknya, kita senang dengan dia, dan kita senang dengan keluarganya.

Keduanya, bila rasa senang dengan itu semua, pergilah kepada Ibu Bapa kita, dan nyatakan hajat kita itu. Berbincanglah dengan Ibu Bapa akan baik buruk tindakan kita, akan keadaan diri dan kemampuan kita. Pandangan Ibu Bapa sangat penting bagi mengimbangi otak dan jiwa kita yang disapa 'cinta'. Kadangkala, orang yang disapa cinta ini, 'mereng' sikit pertimbangannya. Kadangkala.

Ketiganya, selepas rasa yakin, pergilah usahakan merisiknya dengan jalan yang baik untuk mengetahui sudah berpunya atau belum. Sekiranya belum, lamarlah dengan jalan yang baik. Jika ditolak, boleh tanya kenapa. Kalau kekurangan yang boleh diperbaiki, boleh diusahakan, maka berusahalah memperbaikinya. Kalau kerana benda yang tidak boleh diubah seperti kerana kita terlalu tinggi, kulit terlalu cerah dan sebagainya, tinggalkan sahaja orang sebegitu., dan carilah yang lain.

Keempatnya, sekiranya diterima, maka berusahalah mencapai 'mampu' untuk berkahwin. Pertunangan tidak perlu terlalu lama. Namun ini terpulang kepada situasi dan keadaan masing-masing. Apa-apa pun, saya tegaskan di sini, dalam sesi pertunangan itu, selain mengambil peluang berta'aruf, fokuskanlah kepada 'usaha untuk mencapai mampu' dengan peningkatan peribadi, peningkatan ilmu, peningkatan kekuatan untuk mencari sara hidup, dan sebagainya.

Ta'aruf itu biasa-biasa sahaja. Rilek-rilek sahaja. Lepas kahwin boleh sambung panjang. Tetapi 'kemampuan', itu bukan benda yang mudah. Kena mula awal, kena serius usaha capai. Ini yang ramai remaja malas nak kisah. Kisahnya perasaan sahaja, syok berhubungan dengan pasangan sahaja. Pada-pada la. Fikir mana yang lebih utama!

Pada saya, begitulah.
Ringkasnya, saya akan cakap: "Kalau suka, beritahulah. Buat apa pendam."
Tetapi orang melayu ni banyak songeh. Bila cakap begitu, budak-budak sekolah rendah pun rasa dia patut bagitahu dekat kawan darjah limia yang dia suka. Orang-orang tua pun sampai cakap pada saya: "Habis, yang budak tingkatan tiga pun kena luah la?" Adoi...

So kenalah saya karang status panjang ini.

Konklusinya, bila dah suka, beritahulah. Buat apa pendam. Tetapi fikir-fikir jugalah keadaan diri. Perkara ini, jalankanlah dalam keadaan berjaga-jagalah dan berhati-hati.

Masa dan perancangan, adalah antara yang memainkan peranan penting di dalam hal ini.

Selain niat dan matlamat yang jelas, dalam mencintai seseorang.


--------------------------------------
Geng-geng yang sokong pendam,
dipersilakan menanti 'orang yang tertulis di lauh mahfudz' untuk anda.

Saya tidak kisah pun.

Ini hanya khas untuk yang rasa tak logik laci boleh terbuka sendiri tanpa usaha, dan tahu bahawa Allah dan Rasulullah SAW sendiri mengisyaratkan 'usaha dan ikhtiar' dalam pemilihan pasangan.
Sekian.
^^

*tengahpersiapkandiri. =)