August 27, 2011

Just a week .


Disebab kan lagu ni terlalu best .aku tekad untuk post kat blog ni . beberapa hari lepas dah post kat facebook . tapi hari ni aku nak pahat lagu ni kat blog aku .memandangkan mmu tgh cuti raya seminggu .so,lagu ni aku akan layan dalam minggu ni .sebab nye .... listen this song,you will know. =)

Feel the music and understand the lyric. enjoy everyone .

August 24, 2011

10 

9

8

7

6

5

4

3

2

1

Happy Birthday untuk Kamoo yg sedang sibuk Praktikal .

Nak wish dekat Facebook macam dah tak de ruang je .
ramai sangat yang wish .
So,buat ruang kat sini je larh .haha
Nak cakap ...
  1. Semoga Panjang Umoq & di Murah kan rezeki .
  2. Nak bagi hadiah untuk kamoo,malang nye kamoo duduk jauh larh plak .
  3. Nak post hadiah untuk kamoo,malang nye tak taw alamat kamoo duduk mane. haha 
  4. Semoga berbahagia di samping orang tersayang .
  5. Senyum2 selalu a.k.a kekal kebahagiaan di Kuantang tu .haha 
  6. Ade buat birthday card untuk kamoo ..tp tak post lagi ..nanti dah post,mesti kamoo tak sangke i jumpe sape..hahahaha 

August 22, 2011

Hidup Ter'sangkut'



Masalah yang kita hadapi setiap hari ini ibarat seperti anjing .Makin jauh kita melarikan diri,makin kita dikejar oleh anjing tersebut .Jadi,kita harus hadapi anjing itu,baru lah anjing tu tak kejar kita lagi ..

Kata-kata yang aku pernah baca di Facebook siapa tah..aku tak ingat..tapi lebih kurang mcm ni larh ..

Masalah yang kita hadapi itu tak pernah datang dari keadaan di sekeliling kita,masalah itu hadir dalam diri kita sendiri . -Yusuf Estes


Leave me alone please ~


I need some time to think ~

August 17, 2011

sendiri fikir ~

Kita meletakkan sedikit harapan terhadap manusia biar pun sebesar zahrah,kelak kita akan merasa kecewa tak pun kita akan dikecewa kan. Kita letakkan harapan kita terhadap Allah biar sekecil zahrah, InsyaAllah ,kita tidak akan merasa kecewa sedikit pun kerana Janji Allah itu pasti .

Bicara Luqman dengan anaknya menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Rahul Ma'ani dan Kitab Hidayatul Mursyidin, diriwayatkan telah memberikan anaknya dua puluh lima wasiat antaranya:

 - Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

- Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah. =)

Seriously , aku memang tak pandai nak menasihati orang lain ..sebab diri ni masih banyak yang perlu di perbaiki .

Bila aku berkawan dengan seseorang ,kadang2 perasaan suke itu mula timbul .Bila perasaan suka itu timbul, aku mula sayangkan persahabatan yang telah terjalin . Bila aku mula sayang kan seseorang aku mula berharap agar kehadiran aku dalam hidup mereka dapat membuat kan mereka mengingati Allah ..

Manusia sering berkata , KUBUR masing2 ,so ,tak payah larh nak sibuk nasihat orang,tak yah nak sibuk jaga tepi kain orang . . . Dari kata2 ini aku belajar sesuatu ..
Walaupun " KUBUR SNDRI2, DOSA SNDRI2, SIKSA NERAKA
Juga SNDRI2 "
Tp ingatlah..!!
yang menguruskan jenazah kita org lain...
yang sembahyang, mengkebumikan
kita orang lain,
yang bersedih diatas kematian kita juga melibatkan orang lain..
jadi jangan menyusahkan mereka
yang lain dgn perangai kita yg tidak diredhai Allah s.w.t.. senantiasalah muhasabah diri & berubah kearah kebaikan..

Ya Allah..ampuni hambamu yg kerdil ini.terlalu byk dosa-dosa hambamu ini..Engkaulah yang Maha segalanya. Hamba bersujud dan memohon belas kasihmu. Dalam menjalani hidup di dunia dan di akhirat, kami ada dalam genggamanMu. Ya Allah...Engkaulah tempat kami mengadu dan berteduh dalam segala hal..Tmptkn lah kami DiSYORGAMU. Ya Allah...Ampuni kami... berilh petunjuk pd kami, jagalah kami,,, sayangilh kami...Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim...

Amin ~
Jom Upgrade Amalan untuk fasa-3 Bulan Ramadhan . =)

August 14, 2011

Mimpi .

Assalamu'alaikum w.b.t.


Hari ni aku nak berbicara mengenai mimpi .Apa yang anda faham mengenai mimpi?
apa yang aku faham mengenai mimpi ? Kalau ikut kan fahaman aku mimpi ni adalah sesuatu perkara yang terjadi dalam pemikiran kita di kala kita sedang tidur .Itu apa yang aku faham lerh .
Mimpi ni ada pelbagai jenis .Antara mimpi-mimpi yang aku pernah dengar adalah ..


Mimpi Ngeri - perkara yg buruk berlaku dalam kepala otak kita .perkara yang seram ataupun menakutkan .


Mimpi Hidayah - mimpi ni aku tak berapa pandai nak terang kan .so,aku google je larh ..

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.(Google search)



Mimpi Indah - perkara yang membahagiakan berlaku dalam kepala otak kita .perkara2 yg menggembirakan sehingga membuat kan kita tidur sambil tersenyum .haha 


"Jangan nak mimpi lah" - Ini tidak dikategori kan sebagai mimpi .ini adalah kata2 org kepada manusia yang kuat berangan .haha.aku saje je tulis skali kat sini ..


Kenyataan nya,aku tak pandai nak cakap mengenai mimpi ..sebab nye aku sendiri tak berapa faham mengenai 'mimpi' ni dalam perspektif islam .
Dalam banyak2 jenis mimpi yang aku nyatakan di atas ,mimpi yang aku tak suke adalah mimpi yang indah .sebab ape ek ? sebab nye,mimpi indah ni berlaku mase kita tengah tido tp kenyataan nya ia tidak akan terjadi dalam kehidupan realiti kita .faham tak? last2,kita jadi seorang yang kuat berangan. mula lah khayal bende yang bukan2 .
First tujuan, aku sibuk nak cakap mimpi padahal aku tak tahu ape2 mengenai mimpi ni adalah kerana aku dapat mimpi yang indah 2 hari lepas .Mimpi yang sangat bahagia kowt .
Malang nye,mimpi tu di TIDAK akan menjadi kenyataan  .lagi pun,aku terjage dari mimpi indah 2 hari lepas untuk bangun sahur .maka nya,sahur dalam keadaan yang sangat2 mengantuk .nasib baik nasi goreng berjaya di habiskan mase sahur kelmarin walaupun mengantuk tahap gaban .


Bila aku susah nak study ,aku mula memikirkan perkara yang lepas2 .Perkara lepas2 yang ada dalam kepala otak aku sekarang adalah 'mimpi indah' 2 hari lepas .Bila fikir2 balik,mimpi tu tak akan jadi kenyataan .aku ukir/conteng blog aku ni bercakap mengenai mimpi supaya aku tak teringat mimpi 2hari lepas .haha ..


Kebarangkalian 'mimpi indah' tu muncul dalam tidur adalah kerana melalui saat2 yang bahagia sebelum tidur . haha .. =.= 


Siapa2 yang lebih mengetahui pasal mimpi ni .citer2 larh kat aku yee .. 


Gamba tidur terbaik aku pernah tangkap .haha


aku dah malas nak merepek panjang2 ..doakan aku rajin study .rabu ni ade kuiz math .
selamat beramal dalam bulan puasa wahai pembaca blog aku .kurangkan tidur dlm bulan puasa ni .nanti dapat mimpi yang bukan2 lak .setakat ni aku pegang pada prinsip "MIMPI ITU MAINAN TIDUR" 

SEKIAN ..

August 12, 2011

Bencinta,


Sesungguh nya . . . 
Bercinta dengan bunga,bunga akan layu .
Bercinta dengan manusia,manusia akan pergi .
Bercinta dengan Maha Mencintai ,itu lah yang hakiki .

Ya Allah ... 
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna
namun,aku meminta seseorang yang tidak sempurna sehingga aku 
dapat membuat nya sempurna di mata-Mu .

Seorang insan yang memerlukan aku sebagai peneguhnya 
Seseorang yang memerlukan doa ku untuk kehidupan nya 
Seseorang yang memerlukan aku untuk mengatasi kesedihannya 
dan
Seseorang yang memerlukan aku untuk membuatkan dia mengingati-Mu .

Amin Ya Rabbal 'alamin ~

August 8, 2011

Their Only Wish


video ini membuat aku berfikir sejenak ..
apakah pengorbanan kita & pertolongan yg telah kita lakukan untuk kanak-kanak yg berada di Palestin sana?

Bagaimana keadaan mereka berpuasa di sana agak nya ..

Ya Allah ,
dalam keadaan aku yang sering leka dengan arus dunia ..
Tunjukkan aku jalan bagaimana aku dapat menyelamatkan ummat islam zaman sekarang ..
Bantulah aku .
Bantulah aku .
Bantu lah aku Ya Allah ...