January 9, 2011

anything =)


If there is something that I can help you ,I would like to be that person.

I will try my BEST ....

=)

Silent Please !

Assalamu'alaikum w.b.t.

Hari ini bersamaan dgn 9/1/2011 ..itu bermakna dh seminggu kita berada di tahun 2011 ..aku x de bende sgt pun nak tulis kat blog ni .cume kebelakangan ni bnyk bende yg aku fikir .di antara nye adalah ,AZAM tahun baru .kah3 ..baru nak fikir azam tahun baru .x ke loading aku ni .xpe2 .aku fikir lame pasal azam tahun ni sbb aku cube nak laksana kan ia dlm tahun baru ni gak .setakat ada azam tp x laksana kan nak wat pe ..oke larh ..the MAIN AZAM aku tahun ini adalah ...jeng jeng jeng ...

-AKU INGIN MENJADI SESEORANG YG JUJUR-
muahahahaha !!! azam tahun baru ni aku fikir lame dh .tp skrang baru nak nyatakan kat blog yg sekian lama menyepi ni .haha .terus terang ckp ,bukan senang nak jadi seseorang yg jujur dlm hidup .aku ni dh bnyk kali kelentong org .termasuk larh my PARENTS ..sorry ibu ,sorry abah ..my bad =(
ade org mengeluarkan istilah TIPU SUNAT ..aku x percaya istilah ni sbb dlm islam mane bule menipu ..Rasulullah s.a.w. juga TIDAK pernah menipu dlm hidup beliau .tu yg aku respect tu ..

HMMMMM ~ nak mencapai azam tahun ni .KENA ada formula .sbb azam ni sbnr nye susah nak dilaksana kan .so....setelah mengeledah blog seseorang utk sekian lama .akhir nye aku jumpe formula tersebut ..formula ni xde kaitan sgt pun dgn azam aku ni .tp aku rasa ia buleh membantu ..

FORMULA :

kalau ingin dimaafkan,belajarlah untuk memaafkan..
kalau ingin dihormati,belajarlah untuk menghormati..
kalau ingin difahami,belajarlah untuk memahami..
kalau ingin disedari,belajarlah untuk menyedari..
kalau ingin disayangi,belajarlah untuk menyayangi..
kalau ingin dikasihi,belajarlah untuk mengasihi..
kalau ingin diterima,belajarlah untuk menerima..
kalau ingin dihargai,belajarlah untuk menghargai..
kalau ingin disenangi,belajarlah untuk menyenangi..

kata2 di atas ni serba sedikit membantu aku utk mencapai azam tahun baru ni .aku SUKE MERAH !! (xde kaitan)haha ..

antara formula2 lain yg aku dpt adalah :
Lebih baik jadi orang yg disisihkan tetapi JUJUR , daripada menjadi orang yg diterima tetapi BERDUSTA .

kata2 ni plak aku dpt dari seseorang yg terkenal dari negara seberang ..nama samaran dia AA GYM ..nama penuh dia aku lupe .sorry lar ek ..aku mula kenal AA Gym ni lepas baca buku "Menjadi Muslim Terbaik".
sgt2 tertarik dgn penulisan dia dlm buku tu .Allah dh pertemukan aku dgn AA Gym dekat Masjid Al-Falah suatu ketika dahulu .sangat2 seronok .kata2 dia mcm pendek je tp padat dgn isi2 yg sangat2 berguna . 

Rasa2 nye smpi di sini sajalah kowt .doakan aku supaya dpt laksana kan azam tahun baru ni .amin ~

sekian,terima kasih .

January 5, 2011

Sebelum memulakan hari ..

Assalamu'alaikum w.b.t.

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,

Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !    

p/s:dpt dari note sahabat di facebook.perkongsian buat kita semua .time kaseh !

January 4, 2011

Mr. Unpredictable .





I may not be 'Perfect Friend' that you are looking for ,
Not even the 'Best' among others ,
But surely i'm a friend who wants to see you 
Happy Forever ,ever & EVER ....

January 2, 2011

Best Concert !



oke blogger2 sekalian ! ini adalah konsert terbaik aku pernah lihat kat youtube ni .bilangan org yg duk khusyuk layan video ni sebanyak 3 JUTA org okay .aku larh di antara nye .
sangat2 best sbb James Blunt sgt sempoi atas pentas .rmbut kusut,baju dia t-shirt je .berpeluh agy tu tp dia still bule nyanyi dgn begitu sempurna skali .hohoho .
Kalau larh aku bule naik atas pentas nyanyi lagu cmni utk org yg aku sayang .aku sangat2 BANGGE!
aku bule nangis lps turun konsert .hehe .
enjoy ~

January 1, 2011

SEMANGAT !

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah ~ never feel better than before .100% Muhammad Muaz yg dulu .tp ....selera makan x taw dh datang blk ke blom .kalo cmtu bukan 100% lar ek .kire 95% je bru .tp oke larh tu .sedikit perkongsian buat tahun baru ni .



Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...


Bila kita berniat..
.
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...

 
Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...

 

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..
Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.

Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita.



Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati...

 
Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"

Kerana itu..

Pada masalah harus bersabar dan redha
Pada ujian harus tabah dan teguh

Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..


Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...


Di sana itulah yang perlu kita kejar,

Agar dunia mengikuti dengan redha...


Di sana,


Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah
Atau

Neraka yang menyala!


Aneh !

Assalamu'alaikum w.b.t.

PAGI ....
Bangun solat subuh .Kehidupan seperti biasa .menghadap laptop .

TENGAH HARI ...
Solat zohor .ajak Zakwan lunch .Terasa perkara aneh akan berlaku .

SELEPAS LUNCH ...
Balik bilik tido . badan rase mcm x btol .

SELEPAS ASAR ...
Badan kepanasan .kepala mula rasa pening .

SELEPAS MAGHRIB ...
Skype bersama ibu .

SELEPAS ISYAK .
Tengok bola .badan tak larat .amek 2 BIJI PIL PANADOL .tido . =.= zzzzzz

Yang aneh nye SUDDENLY DEMAM selepas lunch .

Selamat Malam ~