April 23, 2012

Nostalgia Hidup


Assalamu’alaikum w.b.t
 Sudah lama aku tak beri salam kpd pembaca2 blog aku .. (ade ke?) tak kisah lah ade ke tak..yang pasti aku nak tulis sumting dalam blog aku hari ni …
Alhamdulillah …masih dikurniakan nyawa utk hidup hari ni…
Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk kembali taubat kepada-Nya
Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat iman dan islam dlm diri aku yg serba serbi banyak kekurangan ni..

Hari ni aku nak bercerita pasai nostalgia hidup .Korang semua tahu tak ape tu nostalgia? Kalau tak tahu korang google je,sbb tu cara paling senang utk mendpt kan maklumat zaman skrang ni..maklumat tu betol atau salah,itu bukan salah aku…sbb maklumat tu korang yg cari sendiri..aku suruh google je …x suro pon google doodle ke pe…haish..dh melencong jao dh ni…Aku malas nk google,so..aku ikut fahaman aku je lah nostalgia tu ape ek…nostalgia bg aku adalah “Terimbau kembali kenangan di fikiranku..” means,kenangan2 indah yang apabila kita melihat sesuatu perkara..kita akan senyum sorang2…memikirkan kenangan yg pernah berlaku dlm hidup kita suatu ketika dahulu…haha…itu yg aku faham tentang nostalgia larh…

Aku nak mulakan nostalgia hidup aku dengan sekolah rendah…Bila korang tgk bdk2 kecik g sekolah pagi2,pasti nye….korang akan terkenang perkara2 indah yg pernah jd kat sekolah dulu…andai kata perkara tak indah pon,korang masih akan terseyum dan ketawa jika diceritakan kembali kpd2 kawan2…aduiii cek mek molek…kalau aku lah tgk bdk2 kecik g sekolah rendah,aku akan ingat pagi2 lepas aku mandi,aku akan mencangkuk di tepi dinding di baluti dengan tuala…sbb sejuk…nak tunggu kering jap,aku mengigil kat tepi dinding..then,sebelum nak g sekolah mesti lah breakfast dulu kan? Kalo sempat breakfast aku breakfast..kalo tak,mmg masa pagi2 tu di habiskan utk siapkan diri utk ke sekolah jeee… kadang2 sebelum nk gerak g sekolah,mesti ada bende nak di laburkan dlm tandas dulu…aku x taw asal…sama ada perut aku ni mmg suka memulas pagi2 ataupun adat tradisi  ..haha..Bila dh smpi sekolah,terus masuk barisan utk perhimpunan…nyanyi lagu negaraku,lagu Selangor and ofkozes lagu sekolah…haha..and today,aku DAH LAMA GILER TAK NYANYI lagu negaraku…kalau di suruh nyanyi,tak taw lah ingat lagi ke tak…haha..dh 17 tahun nyanyi lagu sama je,kalau tak hadam lagu negaraku tu,mmg kne bahan lah … itu antara nostalgia2 yg biasa di lakukan pagi2 sebelum ke sekolah lah… bnyk lagi sebenar nye..tp aku rasa mcm nk cerita yg best2 je…
Perkara terindah di sekolah rendah …
sekolah rendah aku sama je mcm bdk2 sekolah lain kowt…main bottlecap dlm kelas,main bola sepak guna penutup botol kat belakang kelas..then ble penutup botol tu masuk bawah kain bdk2 perempuan,kita org akan ckp …”Masuk hutan masuk hutan..” haha… kacau org sana sini..kena ketuk ketampi ,kena rotan and paling tak leh dilupakan kena tampar… dh berapa cikgu tampar aku kat sekolah dulu… rasa2 nya first kne tampar time aku g kacau cikgu bergayut dlm telefon…lps cikgu tu hbs ckp dlm telefon je,dia cari aku and BAAMMMM …body glove kat pipi..haha..kne tampar sbb main2 dlm kelas sains pun ade gak ..kne tampar sbb lambat masuk kelas lps zuhur sbb main2 time solat pOn ade aduii..kne sebat kat punggung sbb main air kolah time bdk2 nak amek wudu’ PON ade gak…dulu aku sekolah dari pagi smpi petang,bila dh hbs sekolah tu,ptg tu slalu sgt aku g main ps2 kt rumah member…ble dh tertinggal bus utk balik,mula lah kelam kabut …. ade satu masa tu,sanggup member aku hanta blk naik basikal bmx je…tu pun dia hanta smpi jejantas yg berdekatan rumah aku…lepas je cross jejantas tu,terus nampak bus aku lalu…kelam kabut lagi,nyorok blakang pokok..haha… sekarang ni,kalau nmpk je bus N2 lalu dekat2 kawasan rumah aku ni,pasti nyee akan teringat peristiwa yg pernah berlaku dlm bus tu dulu…gayut2 dlm bus mcm Billivard penah wat kt youtube tu..perang2 antara bus-bus yg lalu kat sebelah …mula2 simbah2 air antara bus-bus..lepas tu baling2 batu plak…lepas tu abg bus banned game perang2 ni..sbb dpt complain..haha..Nostalgia time sekolah rendah dulu banyak sebenar nye…kalau cerita kat blog ni,3 kali post pon belom tentu habis …
Nostalgia time sekolah menengah pon banyak sebenar nye…bermula dari pertama kali aku mendapat pujian hensem dr seorang muallim sbb time tu aku x pakai songkok…x taw lah sama ade dia perli ataupun niat nye ikhlas…haha..time sekolah menengah ni ,form 1-3 aku sekolah kat shah alam…so,pagi2 kne naik van dekat taipan…time form 3,first day sekolah…aku jadi org pertama sampai kat sekolah…6.45 dh terpacak dpn sekolah…gate sekolah pon blom bkk lagi…sbb time tu aku pertama kali di beri amanah utk jd pengawas sekolah…haha..giler semangat tak semangat … kalau nak cerita semua nostalgia,mmg tak sempat lah..sbb mood malas bercerita aku dh smpai…

Pasti nye,korang semua pon ada nostalgia hidup masing2…bila korang lihat sesuatu perkara,korang akan tersenyum seorang diri … mcm aku tgk bdk2 baru nak amek lesen memandu…mmg nostalgia btol bagi aku..sbb sedar tak sedar aku dh ade lesen BESARR dh skrang…memikirkan kenangan aku amek lesen dulu.sudah semesti nya membuatkan diri aku tersenyum..and memikirkan cara aku mengajar org memandu..lagi lah membuatkan aku tersenyummm…
Akhir kata lah kan,kalau aku ade SATU BENDE yg akan membuatkan aku memikirkan kenangan indah tu bermain kat fikiran aku,aku akan jaga BENDE tu elok2…

p/s:Salah satu sebab aku malas nk tulis blog,aku takut aku meroyan sorang2..so,better aku stop kat sini dulu…kalo ade nostalgia hidup aku nk cerita,itu aku akan selit2 kan dlm post yg akan datang…biler post yg akan dtg nye? Itu aku sendiri pun x taw..ikut mood lah cmne kan..kalau tak,mmg bersarang lah blog aku ni…


April 13, 2012

Nukilan Hilal Asyraf

Isu memendam perasaan.

Pada saya, bila kita sudah suka kepada seseorang, pertamanya yang kita perlu lakukan adalah menyelidik siapakah yang kita suka itu. Bagaimana dia. Apakah menyenangkan jiwa kita? Apakah kita senang dengan keadaan keluarganya? Saya sendiri tidak menetapkan apa-apa level dalam hal ini. Pokoknya, kita senang dengan dia, dan kita senang dengan keluarganya.

Keduanya, bila rasa senang dengan itu semua, pergilah kepada Ibu Bapa kita, dan nyatakan hajat kita itu. Berbincanglah dengan Ibu Bapa akan baik buruk tindakan kita, akan keadaan diri dan kemampuan kita. Pandangan Ibu Bapa sangat penting bagi mengimbangi otak dan jiwa kita yang disapa 'cinta'. Kadangkala, orang yang disapa cinta ini, 'mereng' sikit pertimbangannya. Kadangkala.

Ketiganya, selepas rasa yakin, pergilah usahakan merisiknya dengan jalan yang baik untuk mengetahui sudah berpunya atau belum. Sekiranya belum, lamarlah dengan jalan yang baik. Jika ditolak, boleh tanya kenapa. Kalau kekurangan yang boleh diperbaiki, boleh diusahakan, maka berusahalah memperbaikinya. Kalau kerana benda yang tidak boleh diubah seperti kerana kita terlalu tinggi, kulit terlalu cerah dan sebagainya, tinggalkan sahaja orang sebegitu., dan carilah yang lain.

Keempatnya, sekiranya diterima, maka berusahalah mencapai 'mampu' untuk berkahwin. Pertunangan tidak perlu terlalu lama. Namun ini terpulang kepada situasi dan keadaan masing-masing. Apa-apa pun, saya tegaskan di sini, dalam sesi pertunangan itu, selain mengambil peluang berta'aruf, fokuskanlah kepada 'usaha untuk mencapai mampu' dengan peningkatan peribadi, peningkatan ilmu, peningkatan kekuatan untuk mencari sara hidup, dan sebagainya.

Ta'aruf itu biasa-biasa sahaja. Rilek-rilek sahaja. Lepas kahwin boleh sambung panjang. Tetapi 'kemampuan', itu bukan benda yang mudah. Kena mula awal, kena serius usaha capai. Ini yang ramai remaja malas nak kisah. Kisahnya perasaan sahaja, syok berhubungan dengan pasangan sahaja. Pada-pada la. Fikir mana yang lebih utama!

Pada saya, begitulah.
Ringkasnya, saya akan cakap: "Kalau suka, beritahulah. Buat apa pendam."
Tetapi orang melayu ni banyak songeh. Bila cakap begitu, budak-budak sekolah rendah pun rasa dia patut bagitahu dekat kawan darjah limia yang dia suka. Orang-orang tua pun sampai cakap pada saya: "Habis, yang budak tingkatan tiga pun kena luah la?" Adoi...

So kenalah saya karang status panjang ini.

Konklusinya, bila dah suka, beritahulah. Buat apa pendam. Tetapi fikir-fikir jugalah keadaan diri. Perkara ini, jalankanlah dalam keadaan berjaga-jagalah dan berhati-hati.

Masa dan perancangan, adalah antara yang memainkan peranan penting di dalam hal ini.

Selain niat dan matlamat yang jelas, dalam mencintai seseorang.


--------------------------------------
Geng-geng yang sokong pendam,
dipersilakan menanti 'orang yang tertulis di lauh mahfudz' untuk anda.

Saya tidak kisah pun.

Ini hanya khas untuk yang rasa tak logik laci boleh terbuka sendiri tanpa usaha, dan tahu bahawa Allah dan Rasulullah SAW sendiri mengisyaratkan 'usaha dan ikhtiar' dalam pemilihan pasangan.
Sekian.
^^

*tengahpersiapkandiri. =)

March 27, 2012

Bidadari Dunia



Hakikat nya,kita sebagai manusia biasa tidak akan pernah tahu,siapa jodoh kita pada masa akan datang ..
kerana Jodoh Kita Rahsia Allah =)

Kadang kala hati ku tertanya-tanya siapa kah bidadari yang bakal menghiasi hidup ku pada masa akan datang .. biar  pun jawapan nya masih ku cari ,dalam masa yang sama aku sedang mempersiapkan diri utk melamar bakal bidadari dunia yang akan ku cintai sepenuh hati .. =)

Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah ..

=) senyum sampai ke telinga kalau cakap bab kahwin ni..hehe

February 14, 2012

Owh Exam Week .

Waktu exam dunia...

kita tak dibenar
1. meniru
2.buka buku
3.tolong orang lain

tapi exam Allah mudah

kita dibenar
1. meniru hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh
2.merujuk buku(Al-Quran)
3.menolong hamba-hamba yang lain,malah digalakkan..



Ini lah status membe aku kat FB yang dah keluar dari MMU .. status dia membuat kan aku berfikir sejenak.. mcm 'stop and stare' haha ..

Minggu ini adalah minggu exam . mcm biasa lah kan student2 aka mahasiswa2 menghabis kan masa dengan menelaah buku untuk exam2 yang bakal depa suma hadapi .Tapi bg aku,tak rasa mcm exam week langsung.yup ! NOT AT ALL. sikit pun tak rasa mcm exam week.just study biasa2 and then jawap je lah exam tu .bak kata budak poyo "study biar lepak result biar gempak" tak pon "lek lu~~" haha ..

Habis je paper statistic khamis lepas,aku rasa mcm dah xde mood nak amek exam . aku wat rilex je.wat selamber je sedangkan ada 2 orang insan yang penat lelah hantar aku ke sini,tp aku study main2 je..mood relax aku datang lebih awal dari mood exam . aku main game,duduk lepak2,online and anything else yang merelaxkan larh senang citer . kadang-kadang aku layan hell's kitchen season 9 kat rumah member aku .(rumah akuxde astro) haha..almost every morning gak lah aku g umah membe aku tu layan hell's kitchen tu .padahal exam week kowt. dalam sibuk2 layan hell's kitchen tu,aku terperasan satu bende yang menarik .. chef ramsey,kalau dia tgk peserta2 hell's kitchen ni macam down semacam je,dia akan bagi inspiration untuk menaikkan semangat dia orang . Chef Ramsey akan menawarkan hadiah yang best2 bagi peserta yang menang cabaran .hehe ..

Bila aku fikir2 balik,kenapa aku rasa mcm xde mood nak amek exam..mungkin sebab aku xde inspirasi ..so,aku rasa aku perlukan inspiration ..cari-cari punya cari..berharap punya berharap..x jumpe ape utk inspirasi menaikkan semangat utk exam..sehinggalah satu pagi ..aku duduk depan laptop utk online,aku terpandang gamba ibu dan abah .. *stop and stare .
I found it. Ibu & Abah is my inspiration and will be always been .. =) Now,I'm preparing myself for the next paper .




February 4, 2012

Lelaki Ini .


Aku ingin menjadi seperti 'LELAKI INI' untuk bakal isteri ku pada masa akan datang ..
Untuk itu,aku harus bermula dari sekarang ..

Now,nak nyanyi lagu Lelaki Ini by Anuar Zain .. 
Khas untuk my future wife .. I know you out there.I just Haven't met you yet.=)

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

February 3, 2012

"Saya Jiwa Kosong"


"Orang macam kami sengaja kosong kan jiwa kami sebab kami dah bosan dengan bullshit politik yang hang pa semua dok main kan."

Yes.aku sangat2 setuju dengan kenyataan matlutfi .kalo suatu ketika dahulu,aku cuba menyokong satu pihak yang cuba berjuang berlandaskan al-quran & hadith . tapi kini,aku buntu .aku cuba untuk mendengar kedua-kedua belah pihak.tapi masih tak jumpa jawapan yang aku nak.aku semakin benci dengan politik di Malaysia kini kerana mereka caci-mencaci sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa memimpin .

Satu pihak menggunakan media massa utk mendapat kan keyakinan rakyat dengan membuka aib sesetengah pihak manakala satu pihak lagi cuba menjatuh kan pihak lain dengan berhimpun dan berdemostrasi . satu pihak mengatakan pihak itu tak betol,satu pihak lagi mengatakan pihak yg ini tak betol.sampai bila nak habis ?

Ade sesetengah pihak itu mengata kan mahasiswa macam aku ni tak boleh join politik . =.= bukan ke semua perkara dalam dunia ni ber'politik'? haram jadu tol .
aku cuma untuk memahami politik kat malaysia ini sebab ia berkaitan dengan memilih pemimpin yang adil.tol tak? kat akhirat nanti kita semua akan di tanya siapa pemimpin yang kita pilih .dats y aku cuba nak try memahami politik malaysia ni untuk memilih pemimpin yang BENAR-BENAR LAYAK untuk di jadi kan pemimpin .tapi malang nye ... lain yang jadi .

Satu persoalan yang timbul dalam fikiran aku ..
"Tak boleh ke kita semua bersatu ? satu pihak menjaga pembangunan dan pemodenan negara dan satu pihak lagi menjaga kebajikan rakyat? membangun & bersatu berlandas kan syarak.tak boleh ke?"

kita sibuk caci mencaci satu sama lain,sedar tak kita ade pihak 'ketiga' yang melompat-lompat keriangan sebab berjaya memecah belah kan masyarakat kita?

Pihak ketiga yang aku maksud kan adalah syaitan .

"I just want clean politic."

January 30, 2012

Ini Tips utk aku . =)

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

sumber: Iluvislam.com
penulis: Abu Zarin Bin Harun .


Boleh larh mula start implement dalam diri aku supaya dapat cepat kahwin.hehe

January 23, 2012

Mutiara Kata .

salam ..

Sesungguh nya Imam Ghazali ada meninggalkan mutiara kata yang boleh kita jadi kan pedoman hidup ..

Yang singkat itu "waktu".

Yang menipu itu "dunia".

Yang dekat itu "kematian".

Yang besar itu "hawa nafsu".

Yang berat itu "amanah".

Yang sulit itu "ikhlas".

Yang mudah itu "berbuat dosa".

Yang susah itu "sabar".

Yang sering lupa itu "bersyukur".

Yang membakar amal itu "mengumpat".

Yang mendorong ke neraka itu "lidah"

Yang berharga itu "iman".

Yang mententeramkan hati itu "teman sejati".

Yang ditunggu ALLAH SWT itu "TAUBAT".


Kalau nak di renungkan kembali ,dah berapa lama kita buat Allah tertunggu .. 
Sedangkan dah macam2 Dia beri kepada kita ..
Kadang2 Dia tak beri apa yang kita MAHU tapi Dia memberi apa yang kita PERLU ..
Kerana apa ??

kerana DIA sentiasa tahu apa yang terbaik buat kita ..

Muhasabah untuk diri sendiri ~ 
Renung-renungkan dan jom bertaubat .. 

Ya Allah,ampunkan dosa2 ku ..sesungguhnya Engkau sahaja yang dapat mengampun kan segala dosa ... T.T

January 21, 2012

Happy birthday Abah .


Hari ini 22 January 2012 .

Nampak lelaki yang bergaya di atas ni? 
Dia memakai topi kesayangan aku .
and...
NY is stand for his name,Nordin Yusoff..

Today is his birthday ..
In my daily life,
Dia lah masterchef hidup ku,
Dia lah raja lawak penyeri hidup ku,
Dia lah mentor yg mengajar ku,
Dia lah Hero penyelamat dalam setiap keadaan ..

and He Is My Father .

Thank You Allah for giving me such an awesome father .
Semoga Allah mengampun kan segala dosa-dosa nya di hari kelahiran beliau ini ..
Semoga Allah memanjang kan umur abah ku dan di murah kan rezeki ..

Love u abah . =)

December 18, 2011

Sabarlah wahai hati..

December 4, 2011

Be Good to Yourself..

Trust yourself. You know what you want and need.

Put yourself first. You can't be anything for anybody else unless you take care of yourself.

Let your feelings be known. They are important.Express your opinions. It's good to hear yourself talk.

Value your thinking. You do it well. Take the time and space you need. Even if other people are wanting something from you.

When you need something, don't talk yourself out of it. Even if you can't have it, it's ok to need.When you are scared, let someone know. Isolating yourself when you're scared makes it worse.

When you feel like running away, let yourself feel the scare. Think about what you fear will happen and decide what you need to do. When you're angry, let yourself feel the anger.

Decide what you want to do. Just feel it, express it, or take some action. When you're sad, think about what would be comforting.

When you're hurt, tell the person who hurt you. Keeping it inside makes it grow. When you have work to do and you don't want to do it, decide what really needs to be done and what can wait.

When you want something from someone else, ask. You'll be okay if they say no. Asking is being true to yourself. When you need help, ask. Trust people to say no if they don't want to give.

When people turn you down, it usually has to do with them, and not with you. Ask someone else for what you need. When you feel alone, know there are people who want to be with you. Fantasize what it would be like to be with each of them. Decide if you want to make that happen.

 When you feel anxious, let yourself know that in your head. You've moved into the future to something scaryand your body has gotten up the energy for it. Come back to the present. When you want to say something loving to someone, go ahead. Expressing your feeling is not a commitment

 When someone yells at you, physically support yourself by relaxing into your chair or putting your feet firmly on the floor. Remember to breathe. Think about the message they are trying to get across to you.

 When you're harassing yourself, stop. You do it when you need something. Figure out what you need and get it. When everything seems wrong, you are overwhelmed and need some comforting. Ask for it. Afterwards, you can think about what you need to do.


Nice article to share ..for me and for you ..

November 28, 2011

Murah rezeki .

Alhamdulillah kerana masih di beri peluang untuk menikmati kehidupan di dunia ini ..
Alhamdulillah kerana masih di beri peluang untuk bertaubat kepadaNya ..
Alhamdulillah kerana masih ada rasa tanggungjawap untuk melakukan kewajiban sebagai seorang hambaNya..
Alhamdulillah di atas segala nikmat & kasih sayang Nya,aku masih diberi nikmat iman yg tidak ternilai harganya ...

Hari ni rasa macam nk bersyukur sangat-sangat .. sebab bila kita dah nampak sesuatu pemberian dariNya yang tidak ternilai ,aku rasa bersyukur sangat-sangat dengan apa yg aku ada kini .. tapi suatu hari nanti ,Dia akan tarik balik apa yang ada didalam genggamanku untuk melihat sejauh mana kebergantungan ku kepada Nya ..
Semua yang aku miliki kini hanya lah pinjaman ,jadi aku redha sekiranya Dia ingin mengambil semula milikNya ..

Oke lah.hari ni aku nak bercerita pasal hari minggu aku yg agak penat,tapi membuat kan aku gumbira senyum tak terhingga ..rasa gembira tu pun adalah nikmat dari-Nya .percaya lah ..
Cerita nye bermula pada jumaat malam .lepas aku habis Midterm Macroeconomics,aku dengan 2 org lagi kawan pergi makan kat abrar ..pastu kawan aku ni ajak jalan-jalan kat melaka ..aku pun okey kan aje larh ..kesudahan nya,aku tido kol 3.30 pagi .. kenapa aku mentioned kan waktu tido aku ni kat sini ? sebab nye SABTU pagi tu aku ade Race For Green or Green Race yang di anjur kan oleh ............ (aku tak sure siapa penganjur sebenar .tapi yang pasti ade Ali Rustam ) ..Green race ni macam amazing race gak lorh ..cuma nya kita berlumba secara sehat konon-konon nya nak selamat kan bumi daripada tercemar..Melaka kan Bumi Teknologi Hijau ..dalam race ni ade lah checkpoint2 yg kita kena selesai kan dulu,then baru dapat pergi ke checkpoint seterus nya .. sebelum Green Race tu bermula,kita org (peserta2 Green Race) kita org worming up dengan melakukan senamrobik ..dia kata nak senaman ringkas2 je..last2 kali,sume org tak terikut ..VVIP pon kena buat skali taw .. aku tak dapat nk ikut dengan btol langsung ..tapi still berpeluh ..ubi kentang tol.. lepas je senamrobik,salah sorg VIP siapa tah nama dia yg lepas kan kita org utk mulakan green race ni..kita org kena melepasi 8 checkpoint yang ada dalam kampus MMU ni .. macam-macam cabaran ade ..contoh macam main sumbit,cari batu dalam tepung,pindah kan air guna kepala,bazooka bola tenis,pindah kan bola ping-pong gune tube ..bla bla bla ..sume checkpoint ade markah nye tersendiri ..aku nye team banyak gak lah dapat markah setiap checkpoint tu ..ade gak lah checkpoint yg kita org kecewa ..tapi apa-apa pon setiap checkpoint tu kita org enjoy .. dalam masa nak selesaikan checkpoint2 dalam kampus MMU ni,kita org kena selesai kan teka-teki yg ada dalam document yg kita org dapat masa awal2 race tu..

Lepas habis je sume checkpoint and selesaikan teka-teki tu,kita org kena jalan a.k.a jogging sampai ke MITC .. jauh nye dalam 2-4 kilometer gak lorh ..on the way nak ke MITC tu,kena selesai kan teka-teki lain..kena teka nama kedai berpandukan clue2 yang ade ..yang ni mmg menguji kepandaian a.k.a IQ gak lorh..campur dengan cross word puzzle yg sume nye adalah sains belaka..team aku menggunakan teknologi yang ada iaitu dengan GOOGLE untuk cari jawapan..dunia kan dah canggih..agak senang lorh ..sampai kat PLANETERIUM MITC,team aku masih tak dapat selesai kan cross word puzzle..haha..agak sengal kat situ sebab nye tak de yang pakar sains...last2,kita org mintak jawapan dari team yg settlekan puzzle tu..haha..senang cerita ..dia org pun bagi je jawapan..habis settlekan sume puzzle and teka-teka kedai ,kita dapat next clue ..clue terakhir ni kita org merayap2 sekitar MITC tu gak lorh ..mmg sume berkeliaran lorh ..semangat nye pasal ..team aku ni tak leh lari sangat..sume kaki cepat kejang ..sedih tol ..di pendek kan cerita,team aku dapat gak habis kan sume teka-teki ,checkpoint2 and segala soalan & cabaran di berikan ..sampai je kat garisan penamat,kita org letak nama team kita org kaki kejang awesome..haha..

Dah habis race,kena tunggu majlis penutup kalau nak tahu siapa pemenang nye..nak tunggu majlis penutup lak,kena tunggu VVIP sampai ..sementara menunggu tu,kita makan ,solat ,berurut and macam2 lagi yang patut larh..daripada hujan ke panas,panas ke hujan ...baru lah VVIP sampai ..aku dah tertido kat tepi longkang dah ..jenuh menunggu lama sangat.. ada larh cabutan bertuah ..and aku tak berapa bertuah untuk dapat hadiah ipod nano yg kecik comel tu..bukan satu je ipod nano yg penganjur bagi,lebih dari 4 aku rasa...hadiah utama cabutan betuah iaitu basikal ..itu pun aku tak dapat ..rasa macam penat je tunggu sampai majlis penutup.. habis cabutan betuah,dia org umum kan pemenang Green Race ..agak terkejut gak larh sebab team pertama yg dia org sebut adalah team aku ..hahahaha..bukan nye dapat no satu,tapi dapat no 6 ..hadiah nye voucher jusco RM200 setiap sorg ..itu pun dah jadi bonus bg aku..tersenyum lebar larh ape lagi..pemenang no 1 dapat Ipad,no 2 dapat notebook lappy comel tu and no 3 dapat blackberry ..aku dalam hati dah ckp,giler kaya nye penganjur..lumayan giler hadiah..haha

Malam tu kawan aku ajak kua jalan-jalan melaka lagi skali ..kesudahannya,aku tido 3.30 pagi gak ..facebook nye pasal.kalo tak boleh tido awal setengah jam..haha..pagi AHAD lak aku ade explore race ..yang ni Karnival Rakan Muda pulok ..ade larh macam2 pertandingan lain seperti paintball,futsal,autoshow ...explore race ni aku team dengan org lain lak..sebab team Green Race aku dia org g KL jadi crew Nike RUN..hehe ..semangat bangun pagi ahad tu..walaupun ngantok giler ot..dengan tilam yg sedap nye..apa2 pun,team aku suro bangun gak..last2,explore race start kol 12 tgh hari..pagi tu nak bagi short briefing je pung..adehhh ~ hampeh tol ..balik rumah sambung tido..haha..explore race ni dalam kampus MMU sahaja..xde kua sampai ke MITC mcm smlm ..ade 8 checkpoint gak yg kena selesai kan..sebelum nk harungi checkpoint tu kena jawap soalan teka teki bodoh ..contoh macam ,kenapa ayam melintas jalan? kaki ada lapan dan boleh terbang..apakah ia? sumting like that larh..hehe ...
Explore race ni team aku agak laju larh..tp gopoh time nk selesaikan every checkpoint ..contoh-contoh checkpoint kena buat pyramid guna plastik cup tu larh,cari gula dalam tepung yg dah digaul dengan air,buat gelung menggunakan kertas and then satu team kena masuk dalam gelung tu..macam tu larh task2 dia..team aku dapat habis kan awal ..mula-mula team aku no 3 sampai ke garisan penamat ..lepas tu ade committe cakap boleh cari slogan Rakan Muda utk dapat kan bonus marks..kita org punya larh semangat pergi pusing balik ke setiap checkpoint utk dapat kan bonus marks tu..haha..team2 lain sume tak perasan dah pasal slogan tu..padahal penganjur dah bgtaw awal2 pasal bende nih.. hari ahad pun  sama mcm hari sabtu..nak tunggu majlis penutup tu,kita di rahmati dengan hujan ..habis lencun sume bende.. beli kopok lekor makan time hujan mmg best..nikmat2..tunggu VVIP sampai,and then ada tarian tradisional melaka..seronok and enjoy je tengok dia org menari..budak2 dari UiTm lendu yg menari tu.. best2.. masa time pengumuman pemenang explore race,dia org sebut no 3 dulu ..tp no 3 bukan team aku..no 2 pun bukan team aku ..no 1 team "CAMNE NAK MENANG?" team aku larh tu..hehehehe..happy baii dpt no 1 ..

Team Explore Race: CAMNE NAK MENANG?
CAMNIEE LARH ~ 
Itu je larh ot cerita dari aku..dah tak de bende nak cerita..kalau nak taw lebih lanjut pasal weekend aku ni,bule larh datang jumpe borak2..mintak tips2 nak menang race..hahaha..aku pun tak sangke aku ni bakat terpendam..kih3..

Fikir-fikir balik ..
Semua ni nikmat dari Allah ..hadiah yg aku dapat tu hanya bonus bagi aku..yang paling penting adalah PENGALAMAN race selama 2 hari ni .. Alhamdulillah mmg rezeki aku..jatuh plak pada awal muharram..so,aku nama kan ini REZEKI AWAL MUHARRAM..hehe =) 

Aku berharap dengan kemenangan ini,dapat membuatkan aku jadi seorang hamba yang lebih bersyukur dengan segala nikmat pemberianNya utk masa-masa yang akan datang ...

sekian..

November 22, 2011

Tak berubah mungkin?

Judging a person does not define who they are,it defines who you are .

Hakikat nye kan,orang melayu memang suka mengata .Kalau duduk lepak-lepak kat mana-mana pun,pasti kita akan mengata pasal orang lain.tak banyak pun,pasti ada sedikit .percaya tak? Dalam Islam ni takde yang tengah2 .sama ada pahala atau dosa .halal atau haram .ibadah atau maksiat . Kalau kita tak buat ibadah,pasti kita akan buat maksiat .TIDAK ADA PERTENGAHAN .percaya lah ...

"Eh.aku bukan buat-buat cerita lah.ini cerita betol .aku sendiri jadi saksi dia buat/cakap bende camtu."

penah dengar orang ckp cmni? penah kan .walaupun anda sedang mengatakan perkara yang benar ,sedarkah anda sedang mencerita keburukan orang lain .anda sudah membuka aib orang . aku pernah mendengar Ustaz Kazim Elias bagi ceramah pasal mengumpat ..orang yang mengumpat ni,pahala dia akan FREE-FREE je transfer kpd orang yang di umpat .so,kepada siapa yang di umpat tu,jangan larh rasa sedih sangat sebab orang tengah transfer pahala kepada anda .tapi anda pulak jangan lah mengumpat balik .sama je larh kalau camtu .hehe ..orang yang mengumpat ni juga ibarat memakan daging saudara nye sendiri .nak ke? komfom tak nak nye lah .aku tak berani nak cakap panjang-panjang pasal  bab ni sebab nye aku pon masih cuba nak kurang kan tabiat buruk ni dalam diri sendiri . cara-cara nye adalah ...
Kalau tengah duduk lepak ramai-ramai tu,pasti kan ada tujuan .contoh mcm ada group discussion ke.mengaji sama-sama ke .apa-apa saje lah janji tak mengata pasal orang lain .kalau takde tujuan duduk ramai-ramai,baik balik tido lagi bagos .hehe .. kalau anda nk duduk lepak-lepak ngan kawan-kawan lama yang tak jumpa,lepak larh di kedai makan and PASTI kan makan itu di utamakan .kurang kan bercakap pasal orang and lebih kan bertanya kabar masing-masing . kat kedai makan tu,tengok tv ramai-ramai ke .kan bagos ..
oke done ..
Jika kamu bangga punya hati yang BERANI tuk mengaku SALAH,maka aku bangga punya hati yang KUAT tuk memberi MAAF.

Just nak tanye larh kan ..
Manusia buat BAIK pada kita,kita balas BAIK kepada manusia tersebut .Itu di gelar ADIL .
Manusia buat JAHAT kepada kita,kita balas BAIK kepada manusia terbeut .Itu digelar MULIA .
Manusia buat BAIK kepada kita,kita balas JAHAT kepada manusia tersebut . Itu digelar KEJAM .

Persoalan nye sekarang ...
Berapa banyak Allah MENGASIHI kita,tapi kita masih melakukan KEMUNGKARAN kepada-Nya ..
Tak kejam ke kita kepada Allah?
sendiri ada jawapan ...

Satu perkongsian daripada -pesanan seorang sahabat-

kita pelikkan apabila kita tahu bahawa kita berdosa tetapi kita melambatkan waktu
untuk bertaubat dan memperbetulkannya..
kita nak sangat mati dalam iman tapi kita buat jugak mende2 yang mendatangkan kemurkaan.
kita kalu boley nak je semua harapan dan impian kita terlaksana tapi kita taknak plak
duduk di sejadah doa lama2 mohon padaNya.
kita yakin satu hari nanti kita akan pergi ke alam lain tapi kita tak banyak sedia bekalan.
em.... apa nak jadi dengan kita sebenarnya?

salam ~

November 17, 2011

Apa yang anda rasa?

Assalamu'alaikum w.b.t.

Hye readers,stalkers,bloggers and many more ...

Lately,macam-macam bende dah terjadi dalam hidup aku .. nak wat muka katak jap . =______= oke dah .
setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya .betol tak betol murid-murid?
Bagaimana kita boleh mengaku yang kita ni beriman sedangkan kita belom di uji oleh-Nya?
yes.betol .setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya .sume perkara yang terjadi dalam hidup aku lately pasti ada hikmah nya.aku ni hanya menanti apa kah hikmah di sebalik kesemua kejadian yang berlaku dalam hidup aku ni.
Mungkinkah ini adalah ujian dari-Nya? mungkin jugeewww~
perkara dah berlalu.mana boleh nak patah balik .setiap insiden yang berlaku,aku hanya boleh tersenyum di bibir tapi tidak di hati .biarlah hati aku ni luka berdarah mcm mana sekali pun,aku tak peduli kerana Dia sentiasa ada di sisi untuk aku memperbaiki .haaa ~ nampak tak permainan nye kat situ?

oke lah.aku tak nak cerita sebenarnya apa yang terjadi dalam hidup aku.aku cuma nak bagi korang-korang or you all's you all's yang baca blog aku ni beberapa gambaran tragedi,ataupun kisah,ataupun insiden,ataupun tragedi (saje ulang) yang berlaku dalam hidup aku .tapi tapi tapi ....sebelum tu aku nak tanya ..
Apa maksud kawan dalam kamus hidup korang?
oke.jawap larh dalam hati ye.
Apa beza kawan rapat and kawan baik bagi diary hidup korang?
sekali lagi jawap larh dalam hati ye .bagi aku 2 kawan ni adalah berbeza .ngapa in dong?
sebab nya,kawan rapat tak semestinya kawan baik .tapi kawan baik pasti nye kawan rapat  .hehe .btol tak?
so,level kawan baik lagi tinggi dari kawan rapat .tapi,kedua2nya boleh membuatkan kita gembira .
Kawan rapat ni kawan yang kita selalu nye spend time together,lepak hang-out sama,study sama2 mungkin,and macam2 lagi larh bersama .kawan baik ni plak kawan yang sentiasa ada di saat kita susah atau senang,tak kira larh bila,dengan siapa ataupun dimana kita berada.

Gambaran pertama ..
Apabila kawan rapat anda mengharapkan anda melakukan sesuatu untuk nya,dalam erti kata lain dia meminta tolong dari anda untuk membantu nya ..tetapi .. anda memusnahkan harapan kawan rapat anda sebalik nya anda menyusahkan kawan rapat anda..memang larh anda tolong,tapi tolong menyusahkan ..apabila anda meminta maaf kepadanya sambil meminta dapat melakukan sesuatu agar keadaan kembali pulih..malangnya,kawan rapat anda itu sudah hilang kepercayaan a.k.a harapan terhadap anda ...memang perkara ni kesalahan kita kan..tapi yang aku nak tahu,apa yang anda rasa?

Gambaran kedua ..
Apabila anda selesa berkawan dengan kawan rapat anda..malangnya hubungan persahabatan itu di halang oleh pihak atasan ataupun pihak yang lain ...daripada FITRAH berkawan sudah menjadi FITNAH ..dan anda terpaksa menjauhkan diri daripada kawan rapat anda ..yang mana anda HARUS menghadap nya setiap hari kerana kawan rapat anda itu adalah group study anda,classmate anda,corsemate anda,teman lepak-lepak anda and sewaktu yang bersama dengan nya ...anda kena akur yang perpisahan ini adalah yang terbaik untuk anda and kawan rapat anda ...apa yang anda rasa?

Gambaran ketiga..
Apabila sesuatu barang kita hilang ..anda mula mensyaki seseorang yang tidak berapa anda suka yang mengambil barang anda itu ..kemudian kita tanya kawan baik anda tentang barang tersebut..kawan baik anda menjawap "TAK TAHU" ..kejadian yang berlaku pada malam hari sewaktu anda sedang penat badan,penat otak,penat segala-galanya ...anda bertemu dengan orang yang anda syaki untuk soal siasat ..tetapi akhir nya,barang yang hilang itu kawan baik anda sendiri yang ambil ..dalam keadaan anda penat,and dalam pale otak hanya fikir nak tido,di saat itu anda tahu kebenaran yang barang yang hilang telah di ambil oleh kawan baik anda sendiri ..yang mana kawan baik anda menganggap itu hanya sekadar gurauan ..apa yang anda rasa?
and the worst ..gurauan yang tidak kena pada masa nya ini berlaku di saat anda telah kehilangan seorang kawan rapat ...apa yang anda rasa?

Gambaran terakhir ..
Apabila seseorang yang selalu meminta bantuan daripada anda sewaktu dia susah ..and lupa pada anda sewaktu dia senang ..tambahan tidak pernah ada untuk membantu anda sewaktu anda susah ..sebaliknya melupakan anda..apa yang anda rasa? bayangkan anda ada seorang kenalan yang sebegini rupa .. bayangkan sikap diri kita yang hanya selalu meminta & mengharapkan bantuan daripada Allah sewaktu kita susah,and sewaktu kita senang kita alpa & leka dengan dunia ..bayangkan Dia mencipta berjuta2 manusia..and kesemua hamba-Nya bersikap sedemikian rupa..agak-agak apa yang Dia rasa?
Di saat kita Dia melimpahkan kebaikanNya kepada kita tiada henti,kita membalas nya dengan lalai & dosa ..apa yang anda rasa?

Kepada yang tidak berapa faham ataupun pening kepala membaca entry aku kali ini .tak mengapa lah aku ucapkan .aku tak tuju kan kepada sesiapa pon dalam entry kali ini .aku cuma nak tahu APA YANG ANDA RASA?

sekian ~

November 15, 2011

I'm not okay.

I mess everything .

"Kemaafan itu ketaqwaan" 

But,asking for a forgiveness won't settle everything 
IF 
I didn't take any action to make it right again .


Kadang kala bukan masa yang mengubati segala-galanya,
cuma kita yang membuatkan hati kita terbiasa rasa dilukai .

It's hard to forgive myself .

November 12, 2011

11.11.11

Pantai Dickson
Bangla-bangla yang tersadai di tepi pantai.

Satu percutian yang tidak dirancang ,jatuh pada tarikh yang senang di ingati iaitu 11 oktober 2011 .
Ianya hanya satu kebetulan .

sume nye rancangan yang belah kiri sekali tu .
Dia kata " Tetap kan SATU tujuan ataupun destinasi dalam hidup ini, and let's go for it. "

Lalu, jadi lah percutian yang tidak di rancang ni .
Satu tarikh yang senang di ingati & satu kenangan yang sukar untuk di lupakan .
Tempat percutian ni biasa je,enjoy nye yang lebih .
Bagi aku..
" Bercuti tu kat mana-mana pun boleh,tapi kenangan percutian itu yang susah nak di perolehi."
Enough of holidays. Time to study,finish all the assignment and target for 3.67 .
Let's go for it.

November 9, 2011

Hati yang cedera ...

Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart..

The truth .

Judging A Person does not determine who they are, it defines who you are .



"You can't satisfy 7 billion people, but you can satisfy 1 God."


Sibuk dengan penilaian manusia membuat hati jadi gelisah,
Sibuk dengan penilaian Allah hati jadi tenang tenteram .

Alhamdulillah selesai .

November 7, 2011

Hati tetap Hati .


Jadi, dalam hidup kita harus belajar, yang pahit jangan cepat diluahkan, yang pedih jangan segera dirungutkan... Sering ada kejayaan, kemanisan yang lebih indah menanti selepasnya
.
 baru lepas baca satu artikel .. teringat pada seorang kawan .
"Andai kata scholar ko kena tarik,ko nak sambung belajar ke tak?" 


jawapan untuk aku sendiri gak .

sekian .

Move On .

Sometimes, some things are meant for you to just experience it & learn along the way. Not meant for you to have for a life time.
 
 I've been work hard so long 
seems like pain has been my only Friend 

My fragile heart's been done so wrong 
I've wondered IF i'd ever heal again

Just like all the seasons never stay the same
All around me I can feel a change 

I will break these chains that bind me
Happiness will find me Leave the past behind me
TODAY MY LIFE BEGIN .