February 28, 2011

always will.


People ask me about her.
I'm sorry.I don't have an answer for all your question.

It's oke.
I will always be her silent supporter.
No worries.

Ana mushtaqqatt ilayki.

February 27, 2011

Demi Masa.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.(surah al-asr:103)

Hari demi hari,makin bnyk persoalan yg timbul dlm hidup aku.Kadang-kadang bila aku dh jumpe jawapan utk sesuatu persoalan tu,timbul lagi persoalan yg lain.Apa maksud nye di situ?

Jadi lah HAMBA YG SENTIASA BERFIKIR agar tidak leka dalam kehidupan.mungkin itulah jawapan nye.hehe..
"Waktu yg kita ada dlm sehari ni,sama ada kita penuh kan ia dengan ibadat tak pun dengan perkara2 mungkar"
Masa kita terbahagi kepada 2 tu je.tak ade yg tengah2.Tu larh yg kawan aku ckp dulu.
Manusia ni suka buat perkara2 mungkar tp susah nak beribadat.Adakah aku sorang je yg rasa cmtu?
Boleh tak kita terbalik kan bende ni.Jadi kan ibadat satu perkara yg kita suka buat & perkara2 mungkar ni perkara yg kita benci?tak mustahil bukan ?
Aku bukan nak ckp sesiapa.Aku ckp kat diri sendiri.Mungkin sbb tu gak,aku makin jauh nk jumpe jawapan yg aku cari dlm hidup ni.

Sesungguh nya solat tu dpt mencegah kita daripada melakukan perkara2 mungkar.Seandai nya kita masih melakukan perkara2 mungkar,cuba kita perhatikan solat kita semula.Pasti ada sesuatu yg tak kena.Cuba perbaiki dari semasa ke semasa.

Hari jumaat lepas,aku g bercuti ngan group study aku.Macam2 dugaan yg berlaku.Setiap sorang dr kita orang di uji dari-Nya.Dalam masa yg sama keseronokan tu tetap di rasa.Dye orang asyik gelak je.smpi tgk muka aku pun nak gelak.Ape hal tah.Muka aku ni mcm Mr bean ke?

Mr Drifter.

Bodyguard

Kalau nak tahu cerita selanjut nya tentang percutian aku ni,kne tunggu next entry.Sbb nye aku belom masukkan gamba2 dlm laptop agy.Bila dh ada ayat2 menarik & gamba2 dh siap di edit nanti,baru aku cerita k.ngorok dulu ~

sekian,terima kasih.


February 24, 2011

Itu Lumrah.

Assalamu'alaikum w.b.t.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Selalu nya kita sebut mcm ni bila kita dengar orang meninggal bukan?biasa larh.pemikiran manusia.sebenarnya,sebutan ini boleh juga kita sebut bila kita di timpa sebarang musibah.

Hari ni aku nak cerita pendek je.
kadang2 bila aku bkk facebook,ada manusia yg buat post mcm ni

"Kenapa manusia bila susah baru nak cari kita.tyme senang sikit pun tak pernah hirau kan kita"

post nye lebih kurang mcm tu larh.aku x nak bnyk ckp tp satu perkara yg aku nak ingat kan adalah itu lah LUMRAH KEHIDUPAN manusia.

Cuba kita perhati hubungan kita dengan Allah s.w.t. Kadang kala time kita susah baru lah kita nak cari Dia.tp bila tyme senang sikit pun tak terlintas di hati untuk bersyukur kpd-Nya.
Jadi,kenapa kita nk berasa marah dengan manusia yg layan kita sedemikian?

Aku tak pernah kesa sekiranya aku jumpe dengan manusia yg sedemikian rupa kerana aku juga pernah jadi manusia yg begitu.

Suatu ketika dahulu aku pernah hadir dlm kehidupan seseorang.Last2,aku memilih jalan untuk undur diri kerana aku gagal membimbing dia.Aku hanyut dengan kehidupan dunia dan aku kalah dengan bisikan syaitan&nafsu sehingga aku terbawa2 dia sekali.berpisah adalah jalan terbaik agar aku dapat perbaiki diri yg hina ini dari semasa ke semasa.

Seorang sahabat pernah bgtaw kat aku..

"Kita dapat rasa manis nye satu ukhuwwah tu jika kita lakukan sesuatu aktiviti bersama.tp sampai satu masa,kita akan diuji.Waktu itu,baru kita dpt tahu mane satu kawan mane satu lawan.Kawan yg sejati ni tyme kita susah,dia sentiasa ada."

Aku angguk kan kepala je tyme dia ckp cmtu.


Aku memilih jalan Independent kerana aku cuba x nak susah kan sesiapa.Aku ni seorang yg sukar untuk belajar di dalam kelas.tetapi aku cuba belajar melalui jalan hidup aku sendiri.Setiap langkah yg aku lakukan,aku cuba untuk pelajari sesuatu.kerana aku pernah bertanya pada diri sendiri...


"Sama ada nak jadi orang yg berpendidikan ataupun orang yg berwawasan?"

Nasihat kpd diri sendiri :

Serah diri bulat-bulat pada Allah s.w.t. Dia tahu apa yg terbaik untuk kita.InsyaAllah,sampai satu masa,Dia akan pertemukan kita dengan seorang teman yg sejati.

Andai kata ada yg tersilap dlm post kali ini,sila2 larh tinggalkan komen ye..senyum selalu =) hehe ...

sekian terima kasih.

February 23, 2011

Mencari Jawapan.



Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi 

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan misteri tiap persoalan ini

Ku akui kesalahan dibuat segalanya
Gelap jadinya jiwa seadanya

Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu

Dan selanjutnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini . . .


Ohh Perutku!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Kenapa dengan kau ni?
smlm tgh hari kita oke je makan same2.
then ptg smlm kau mcm merajok dgn aku.
aku ade wat salah ke?
selama ni ape aku makan ko x pernah complain pun.
tiap ape yg aku makan kau senang je hadam.
tp smlm ptg kau tiba2 wat hal dgn aku.
mlm smlm ko wat aku tak duduk diam.
malam smlm gak ko wat aku ase sentiase kenyang.
padahal selalu nye lps maghrib kau dh hbs hadam makanan yg aku makan tgh hari tu.
malam smlm lak kau hilang kan selera aku.
kau buat aku hampir muntah dpn kawan2 aku.
kau buat mereka risau tentang aku.
tah2 smlm dia org tak hbs makan sbb xde selera tgk aku hampir muntah.
kenapa dgn kau ni?
kenapa kau buat aku mcm ni?
kalau btol ade makanan yg kau x suke aku makan.kau bgtaw larh.
sejak aku hilang selera tyme demam dulu.
kita dh hilang chemistry.
kau buat selera makan aku berkurangan.
kalau kau terus kan mcm ni,mcm mane aku nak membesar?
kau tau tak kalau kau tak hadam apa2 itu bermakna perut aku kosong.
bila perut aku kosong,kepala aku mula lah buat hal.berat memanjang.
come on larh.
bkn mcm ni kita bekerja sama2 dulu.
kalau aku kurang kan jumlah makanan aku,tp aku makan 3 kali dlm sehari.
boleh tak kita jadi membe balik mcm dulu?
kau larh geng aku dari kecik.
kau baiki ape2 yg patut dlm tu.
mane2 makanan yg kau belom hadam,kau hadam dulu.
kalau kau tak suke,aku bule melabur kat mane2 tandas.haha.
please larh jangan wat macam ni lagi.
aku tak nak sape2 risau pasal aku.
nanti aku tak dpt tgk dye org nye senyuman lagi.
aku dh bnyk kali cover kental dpn dye org.
tp smpai satu tahap kau saje je wat aku xde selera nak makan.
then,mula larh dia org syak mcm2 kat aku.
apa kata kita mula bina chemistry balik?
kalau ada makanan yg kau tak suke,kau buat larh bunyik dr dalam tu k.
tu je aku mintak dr kau.

p/s:bila org gila dh mula ckp dgn perut sendiri,maka ini lah jadi nya.

sekian,terima kasih.

February 21, 2011

La Tahzan !

Assalamu'alaikum w.b.t. 


Dan jangan lah kamu merasa lemah,Dan jangan pula kamu bersedih hati,
kerana kamu paling tinggi darjat nya jika kamu orang yg beriman.(Ali-Imran:139)

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Di setiap kesusahan yg kita alami,sebenar nya ada terselit kemanisan hidup.
Kadang kala kita tidak sedar kerana kita lebih cepat mengeluh drpd bersyukur dengan apa yg kita miliki sekarang ini.

Ketenangan.

Assalamu'alaikum w.b.t.

“Senyuman yang tulus dari seseorang meberikan refleksi kejiwaan positif kepada orang lain. Seorang muslim selalu diajarkan agar memiliki sifat lapang dada dan senantiasa terbuka menebarkan senyuman kepada orang lain.Lebih jauh tentang makna senyuman, seorang muslim yang tersenyum saja sama telah menebarkan kegembiraan dan kasih sayang melalui senyumannya. Sejalan dengan misi Islam menebarkan keceriaan di muka bumi ini."



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah berpesan, 
Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu,  walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain.


Salam sejahtera semua.Hari ni aku dh dpt inspirasi sikit untuk menconteng di blog ku.haha.
"Kenangkanglah saat indah sebagai penyembuh rindu" 
lirik lagu ni yg buat aku dpt inspirasi untuk menulis.Rindu sape tu ek? ade lah ..haha..


Korang dh baca artikel kat atas tu kan.bgos!aku copy paste je tu.walaupun bkn tulisan aku,tp serba sedikit membantu aku untuk menconteng dlm blog ni.
I dont know how to start.tp aku rasa nak cerita sikit pengalaman aku keje kat Parkson dulu.
Dulu masa keje kat parkson,bdk2 yg baru a.k.a NEW PART TIME CASHIER ni ,kne wat greeting dpn escalatooorrr.tugas nye kne sambut customer yg gne escalatoorrr atau pun customer yg lalu dkt2 situ tu dengan senyuman dan memberi 'GREETING' .ayat nye adalah :


"Hello,Good Morning Sir/Madam"

Nampak tak?senang je kan.ulang2 je perkataan yg same dkt customer.tp yg aku pelik nye,customer2 yg aku sambut ni,kebanyakan nye susah nk senyum balik.Muke nak ketat je mcm beruk nak buang air.Senyum ni perkara yg senang nk wat setiap hari,tp dye org ni mcm susah je.Kalau btol pun ada masalah,x kan kat CASHIER baru mcm aku tyme tu pun nak wat muke ketat.Bukan kah BUDI BAHASA BUDAYA KITA? hehe..wat greeting dpn escalatoorrr ni ambil mase setengah jam lar gak.then baru bole balik jaga counter semula.
Akibat jasa aku yg x penat2 senyum tyme wat 'greeting' tu,aku dpt pujian dr manager sbb selalu sambut customer yg dtg kat counter aku dengan memberi 'greeting'.Aku berjaya kekal kan tabiat ni smpi lar aku habis keje taw x.hehe.kalau customer kne beratur panjang,aku ckp "Hello,Good Morning Sir/Madam.Sorry to keep you waiting" perghh ! hebat sungguh aku ckp omputeh .haha ..
skrang aku senang je bg senyuman kat org .

OKE.tukar cerita pulak.
Once upon a time,masa aku nak beli 'ice lemon tea' kat counter mane tah.Aku diperkenal kan dgn seorang insan yg mempunyai senyuman bahagia.hehe.Act,aku x berkenalan pun ngan insan tu tyme beli 'ice lemon tea' tersebut.sebalik nya kawan aku yg tego that person.Aku amek nama dia je.Then search kat facebook. ^.^ dia bkn senyum kat aku sgt pun,senyum skit je.tp hati ni terdetik utk mengenali dia. Akibat tindakan sengal aku ni,aku dan dia berkawan smpi skng..
Tenang+bahagia bile kua dgn dia ni.sbb dpt tgk senyuman dia tu.skrang aku dh jarang tgk senyuman dia dpn2.post2 dia kat blog plak bnyk citer sedih drpd happy.Aku plak duk sibuk jadi stalker dr jao.Baca blog dia tiap2 hari walaupun aku baca post yg sama je.hehe ..Menanti post2 yg wat mood dia happy sepanjang hari..The latest,dia ada upload bnyk gamba kat blog dia.dpt gak tgk senyuman bahagia tu.Walaupun x dpt tgk dpn2,tgk dkt blog pun cukup larh. =)

Bersyukur dpt jmpe dgn seseorang yg mampu membuat hari2 gelap ku menjadi cerah dengan melihat senyuman yg terdapat di wajah nye.Kadang2 senyuman bahagia tu larh buat aku ingat pada Yang Maha Esa .Dia yg cipta semua yg ada di bumi ini & ciptaan-Nya begitu indah skali.Dia juga yg beri aku rasa tenang tiap kali aku lihat senyuman itu.syukur sgt2~


Aktiviti amek2 gamba di terus kan lagi ...hik3..

Ini model sementara.

Kunci hati ku.haha

Jauh di mata dekat di hati. 

keindahan ciptaan-Nya

sentiasa di ingatan ku.

Menikmati keindahan waktu senja.

penat main futsal.
Mengejar mimpi yg pasti
Akan aku sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti walau di mana kita berdiri
di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti. . .

February 20, 2011

The beginning .

Assalamu'alaikum w.b.t.

Currently,i don't have any inspiration to write in this blog.

Mungkin kerana hidup ini semakin sunyi,jiwa aku makin kosong & kesan nya blog ni mula terbengkalai.

Jadi,aku cuba ambil gambaran hidup aku.

Ini hanya permulaan sahaje yee . . .  


My important stuff

Jam tangan yg berjasa.

Yg mewangi kan aku.

Itu saje . . .

February 18, 2011

Tell me.


Tell me what makes a man
wanna give all his heart
SMILE when you're around
And CRY when you're apart . . .

Will i ever see your smile again?

February 17, 2011

Hadiahku cuma DOA.


Ya Allah kurniakan lah kami lisan yg lembut basah mengingati & menyebut nama-Mu,
hati yg penih segar mensyukuri nikmat-Mu,
serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kpd perintah-Mu.

Ya Allah,kurniakan lah kami iman yg sempurna,hati yg khusyuk,ilmu yg berguna,
keyakinan yg benar-benar mantap.
Ya Allah,kurniakan lah kami (din) cara hidup yg jitu & unggul,selamat dari segala mara bahaya & petaka.
Kami memohon Ya Allah kecukupan yg tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikan lah kami Ya Allah iman yg sebenar nya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap
orang lain selain dari Engkau sendiri.
Kembangkan lah lembayung rahmat-Mu kpd kedua ibu-bapa ,adik beradik kami serta sesiapa 
sahaja yg bersama-sama kami.

JANGAN (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;
walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yg lebih mudah & cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah).

Hari ini 18/2/2011 bersamaan dengan 15 Rabiul Awal 1432 Hijrah.
Tarikh lahir seorang insan yg suatu ketika dahulu kami pernah membesar bersama, lakukan pelbagai perkara-perkara gila bersama & macam-macam lagi perkara yg aku sendiri tak ingat bersama.haha.
Aku sangat cemburu dengan insan ini kerana dia mempunyai lebih kelebihan daripada diriku sendiri.
Kini,dia berada jauh di negara orang.Tidak perlu aku cemburu sebalik nya aku harus rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang abang seperti nya.

Ya Allah,permudah kan larh segala urusan dia di sana.Berikan lah dia kekuatan utk mengharungi ujian-ujian Mu di sana.Lindungi lah dia daripada bisikan syaitan agar tidak terleka dengan dunia Mu.
Amin ~ 

Happy Birthday !

February 15, 2011

Sketsa.



"When life give us 100 reasons to cry...show life that we have 1000 reasons to smile.."

February 14, 2011

Biarkan aku menangis.

Assalamu'alaikum w.b.t.

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)


Aku baru saja habis menonton satu cerekarama tadi.Suddenly,semua kesalahan-kesalahan yg pernah aku lakukan sebelum ni tergambar dlm fikiran aku.Bnyk dosa aku pada-Nya.Bnyk perkara yg dh aku lakukan smpi aku sukar nak memaafkan diri sendiri.Sehingga kan aku rasa tiada guna untuk hidup di bumi Allah ini.

Kemudian aku berfikir.Bukan kah Allah itu Maha Pengampun?

Setiap manusia melakukan kesalahan.kita tak kan boleh lari dari melakukan kesalahan itu dlm kehidupan kita.tp JANGAN sesekali kita menetapkan hukuman terhadap diri kita sendiri kerana itu bukan tugas kita.JANGAN seksa diri kita atas segala perbuatan-perbuatan jahat yg pernah kita lakukan.Sebalik nya,mohon larh keampunan drpd Allah,kerna sesungguh nya Dia MAHA PENGAMPUN.


Biarkan air mata ini mengalir kerana mengenangkan dosa-dosaku.Biarkan aku menangis.

February 13, 2011

cerita lama.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Aku ade stoli moli nak cerita kat korang ni.Walaupun cerita ni dh lame,tp bule larh dijadikan sebagai perkongsian untuk kita semua.Kalau korang semua tak dpt apa-apa input drpd cerita ni,aku mintak maaf yee.Aku ni bukan pandai bercerita sangat pun.Kadang2 isi cerita ada tp intro xde.tu yg kadang2 ke laut cerita aku tu.Orang yg btol2 memahami je bule faham.haha.mesti korang dh ckp dlm hati "Cbe ce cbe ce!" kan kan?oke lah.aku mula bercerita skrang....

Suatu ketika dahulu,seorang kawan aku suro aku buat perkara paling mudah.Mudah yg macam mane ek?Mudah nye perkara ni semudah mempelajari ABC.Bukan nye buat ABC tu,tp mempelajari huruf A smpi ke Z tu.haha.Begitu mudah nye perkara yg kawan aku suro buat ni.Apa yg dia suro buat adalah bukak al-qur'an,cari surah Al-baqarah ayat 216.Nmpk?Mudah kan?haha.Nak ambik al-qur'an tak susah pun tp kne pasti kan kita berwudu' dulu larh.Nak cari surah Al-baqarah pun tak susah sbb surah ni terletak pada awal muka surat di dalam Al-qur'an selepas surah Al-fatihah.Kawan aku suro baca ayat 216 dlm surah Al-baqarah ni.Bukan setakat baca ye,dia suro baca maksud nye skali.Sebenar nye ade kisah kenapa dia suro aku buat sume ni,tp aku lupe kisah nye.Yg aku ingat dia pernah suro aku buat bende baik ni.hehe.Disebab kan aku ni malas sgt nak buat perkara 'mudah' yg dia suro ni,aku tanye terus kat dia nape dia tak baca kan kat aku je ayat 216 surah Al-baqarah tu.kan senang.haha.dia x nak.dia nak aku bukak al-qur'an tu sendiri dan baca maksud ayat tu.dia ckp lepas aku baca dan faham ayat tu,aku akan tahu jawapan 'disebalik kisah yg aku tak ingat' td.huhu.

Aku ni manusia biasa,sering lupa.On the day kawan aku suro buat perkara ni,aku tak buat pun.Biase larh,manusia pelupa larh kata kan.haha.So,bila jumpa ngan kawan aku balik je,dia tanya.dh baca lom.aku tersengeh2 dulu then baru ckp blom.Bnyk kali gak larh dia tanya,jawapan aku tetap same.Padahal ape yg dia suro buat ni MUDAH jeee.Selang beberapa hari gak larh,baru terdetik kat hati aku untuk bukak al-qur'an tu and baca ayat yg kawan aku suro.
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(al-baqarah 216)
Lepas aku baca ayat ni,baru larh aku jmpe jawapan 'kisah yg aku tak ingat' tu.Kalo nak ikut pengalaman hidup aku,pernah terjadi satu pekara yg aku benci tu,tp last2 aku suka perkara tu.haha.smpi sekarang aku tak bule nak lupa ayat ni.

Manusia ni,kalo kita suro senarai kan perkara yg kita suka buat.mesti banyak kan?Orang suro aku senarai kan 10 perkara yg aku mahu/suka,komfom2 aku bole senarai kan lebih dari tu.sbb kemahuan manusia ni bnyk sgt.Bila aku mahu kan sesuatu perkara,aku fikir ayat ni.Adakah apa yg aku mahu ni mendatangkan kebaikan buat diri aku pada masa akan datang?Bila aku benci kan sesuatu perkara lak,aku cuba cari hikmah di sebalik perkara tu.

TAMAT!Kepada sesiapa yg tak puas hati dengan cerita aku hari ni,aku mintak maaf ye.Seriesly aku lupa kisah kenapa kawan aku suro bkk ayat ni.tp apa-apa pun harap korang dpt sedikit input drpd cerita ni.Baca larh ayat ni bnyk2 kali,cuba kait kan sikit2 dlm hidup korang.InsyaAllah,korang dpt pelajari sesuatu.

Ya Allah,kurniakan lah kepada ku apa yg aku PERLU dan bukan nya apa yg aku MAHU.

sekian,terima kasih.

February 11, 2011

Merantau lagi !

Assalamu'alaikum w.b.t.

Semalam aku merantau lagi.Akibat tidak mempunyai apa-apa rancangan utk hari minggu di Melaka,aku mengambil keputusan untuk pulang ke Hometown aku.Perjalanan ku bermula pada pukol 8 pagi.Tunggu bus untuk ke Melaka Sentral sekejap je.Act,tak tunggu pun.kebetulan aku turun dari ixora je,mmg dh ada bus tgh lalu.Naik je larh.Dapat bus air-cond agy tu.Tiba di Melaka sentral yg agak awal,ingat kan tiket bus kol 10.Boleh lar breakfast jap b4 gerak tu.Tapi semalam ada tiket kol 9,beli je larh.Bus double decker tu.First time naik.so,agak BATAK sedikit.haha.

Pemandu bus yg sangat berhemah.Pandu pun slow je.Kesan nye,SAKET BUNTUT DEN.Sampai di Bukit Jalil,badan aku sangat-sangat lenguh dgn kepala yg agak pening-pening lalat.Paling utama,PERUT LAPAR.
Terus kan perjalanan juga dengan menaiki LRT & KTM pula.Ini perjalanan nye...

Bukit Jalil-Masjid Jamek-Kl Sentral-Subang Jaya.

Touch & Go yg begitu berjasa,aku hanya perlu sentuh kan kad tu kat setiap stesen.hoho.Terasa seperti orang kaya sbb kad touch & go ni mcm kredit kad lar plak.Just swipe !haha.
Alamak ! dh takde idea nak menaip.so,benti kat sini je larh.tp nak bgtaw yg membuat kan 'Aktiviti Merantau' aku agak mencabar adalah kondisi badan yg tak berapa baik.Badan kadang-kadang panas,kepala kadang-kadang pening dan perut pula tersangat larh lapar sampai kat Subang Parade ot.kat situ baru larh dapat makan.makan PIZZA HUT jeee..haha.Lucky i  have learned one thing,kalo dh taw kondisi badan yg tak begitu baik,pasti kan anda membawa panadol bersama anda.Aku percaya hanya Allah yg bule bg kita kesihatan.Panadol ini hanya lah usaha aku.yg selebih nye serah pada Allah.Ternyata,ade larh rase sedikit pengurangan lps makan panadol tu.dpt gak dengar khutbah jumaat yg begitu semangat tentang PENGHARAMAN HARI VALENTINE.huhu.

Malam semalam lepak dgn member yg ada kat subang ni,perkara yg paling ketara terjadi malam semalam adalah KENTUT PANAS.haha.adakah tu tanda-tanda untuk demam?jangan percaya ye.sbb tu hanya TEORI.haha.untuk mengelakkan perkara yg tak diingini berlaku pagi ni,aku makan panadol lagi sekali sebelum tido.Alhamdulillah,feel much more better.

End of story larh.seriously dh xde idea nak menaip.
Good Luck and All the Best pada seseorang yg akan menduduki 'TEST' hari ini.Kejayaan itu milik anda jika anda PERCAYA Untuk Berjaya.
‎"Jgn direnung letihnya usaha,tp renunglah manisnye kejayaan yg menanti di hadapan...bittaufiq wannajah fi imtihan..."

sekian,terima kasih.

February 10, 2011

I'm the one!


If you choose to be independent in life,you MUST know one thing.
How independent you are,one day you still need someone to accompany.

I often remind myself about this because I'm the one who chose this path.


when u need me,i will always by ur side,lend u a shoulder to lean on...

when u dont need me,i will always stayed bhind you and be a silent supporter of you...

i might not an important person to u,but i wish i would be someone who give you good 

memories n someone who are worth to be remembered in your life...:)


it is not a necessary for the one you love to 

                      love you...

But, it is necessary to make sure the person

                      that you love can be with the 

person that he or she loves!

Aku Percaya !

Assalamu'alaikum w.b.t.

Aku memiliki sebuah rumah.rumah aku tidak terlalu besar & tidak pula terlalu kecik.Rumah aku tidak tinggi mcm Istana Takasyi tp cukup lebar.dlm bahase Inggeris org ckp wide.bukan lebar mcm Rumah Panjang org asli tu tp cukup utk 10 org menetap. haha.aku nak mula bercerita dari halaman rumah aku dulu.Halaman rumah aku pun tak besar sangat.tapi cukup larh untuk buat parking kereta   Red Swift yg aku beli masa bujang dulu.itu pun blom habis bayar agy tu.haha.halaman aku nampak tenang sbb di hiasi dengan bunga-bunga yg tumbuh mekar di tepi-tepi pagar rumah.bukan nye bnyk sgt pokok-pokok yg aku tanam tapi cukup larh untuk membuatkan halaman rumah tu nmpk cantik dan tenang bg sape-sape yg lepak kat situ pada waktu pagi.

Dalam rumah aku,ade 5 bilik je tidak termasuk bilik air.Ada dapur yg cukup selesa utk aku memasak.Ruang tamu pula cukup selesa untuk aku lepak pada hari minggu.Tetamu yg datang ke rumah aku pula tidak akan berasa serabot bila masuk ke rumah aku.Mereka duduk di atas sofa yg cukup empuk.Yg paling penting,kat ruang tamu rumah aku ada air-cond yg mana membuatkan tetamu berasa cukup selesa semasa bertandang ke rumah ku.Ruang makan aku tidak terlalu besar.Meja yg cukup besar untuk aku hidang kan makanan bg orang yg kuat makan mcm aku ni.Terdapat singki berdekatan dengan ruang makan rumah ku supaya senang utk basuh tangan sebelum makan.

Seperti yg aku cakap tadi,rumah aku ade 5 bilik tidak termasuk bilik air.Bilik yg pertama adalah untuk ruang solat.Supaya senang tetamu yg datang ke rumah untuk melakukan solat 5 waktu.dlm masa yg sama kita org bule solat berjemaah skali dlm bilik tu bila tiba waktu solat.Bilik yg kedua adalah untuk Gym aku.Aku ni suka bersenam dan mengeluarkan peluh.Jadi kalo aku malas nak keluar rumah,aku akan workout dlm bilik tu je pada waktu-waktu lapang.Dalam bilik tu ade lar dumble,punch beg,peralatan kayuh basikal dan jogging.ia cukup sempurna bagi ku.Bilik yg ketiga adalah bilik istirehat.Bende yang paling penting dlm bilik ni adalah kursi Ogawa.Aku bule relax-relax kan fikiran dan menghilangkan sengal-sengal badan dlm bilik tu.Bilik yg ketiga adalah untuk anak-anak aku tido.Bilik tu akan di ubah dari semasa ke semasa kerana umur mereka yg semakin meningkat.hehe.Bilik yg terakhir komfom-komfom larh bilik aku.Bilik aku kaler hitam merah.Ada LCD di hadapan katil aku.Katil aku yg tidak terlalu mahal,tp cukup lena untuk aku tido tiap-tiap malam.Ada ruang untuk aku menghadap laptop atau pun membaca dlm bilik aku ni.Almari dlm bilik aku ade 2 je.Satu untuk Baju-baju dan satu lagi untuk seluar-seluar dan kasut.Rumah aku ni tidak ada swimming pool,ada jakuzzi yg bule buat aku berendam berjam-jam dlm tu.Tandas aku automatik bila aku melakukan sesuatu Business di dalam tu.Ada penyembur yg bule membuatkan tandas aku tu sentiasa wangi.cukup sempurna bukan?

Lepas korang baca semua ni,mesti korang fikir aku tgh berangan kan?Tentulah TIDAK sama sekali.Ini adalah rumah aku.Kalo aku anggap semua ni angan-angan kosong makna nye aku meletakkan SATU negatif thingking dlm fikiran aku.Semua ini akan aku miliki suatu hari nanti.Kerana apa aku cakap begitu,kerana AKU PERCAYA DENGAN KEMAMPUAN AKU.AKU PERCAYA DENGAN DIRI AKU SENDIRI.Sesungguh nya,Allah dh kurniakan aku kesihatan,anggota badan dan akal fikiran yg cukup sempurna.TIDAK MUSTAHIL untuk aku memiliki semua ini suatu hari nanti.InsyaAllah~

Aku cerita pasal rumah ni,tak kan takde org rumah kowt..haha..mesti larh ada.kalau korang nak taw orang rumah aku macam mane,nantikan kemunculan post aku yg akan datang.haha

The end utk story Aku Percaya.

Siapa yg pandai urut?Boleh tolong urutkan belakang aku tak.dah berapa hari sakit ni.Gara-gara tido awal sejak beberapa hari ni.Kalo tido awal makne nye dh terlebih tido.Bila terlebih tido,kepala bule pening-pening dan badan pula bule sengal-sengal mcm aku rasa sekarang ni.Ada org yg sudi urut sedap ni..haha..
Thats all my post for today.

sekian,terima kasih.

February 9, 2011

Easy To Say But It's Hard To Show.



It's hard to say Hello for the first time because it might be goodbye.
It's hard to say I'm okay because sometimes I'm Not.
But it is easy to say I miss you because I know that I really do.


February 8, 2011

Thank You Allah.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Kali ni,ape yg aku nak cerita ni korang baca je larh ek.jgn banyak songeh kalo cerita ni buhsan.kalo x nak baca,jgn bkk blog aku.haha..

The story begin like this....
Sebaik-baik ketentuan adalah ketentuan daripada Allah s.w.t.
Aku dh USAHA,DOA & TAWAKAL dan alhamdulillah result sem lepas menunjukkan SEDIKIT peningkatan.hehe.Aku tak nak cerita lebih-lebih sbb result aku xde larh gempak mane tp cukup membuat kan aku rasa sangat bersyukur.keputusan yg setimpal dgn usaha yg dh aku lakukan.

Someone ask " Sem baru ni make sure above 3.0.Rasa-rasa bule wat x?"

Hehe.kalo nak rasa-rasa kena larh rasa dlu sem baru ni camne.hehe.InsyaAllah bule.10 ratus ribu kali gagal pun,aku xkan menyerah kalah.
Hidup ini terlalu singkat untuk kita menyerah kalah.
Jadi,tingkat kan potensi ,kurang kan kontroversi.InsyaAllah KEJAYAAN anda miliki.perghhh~sdap gak kata2 motivasi aku ni.

Oke.tukar topik lak.Nak cerita hari isnin lepas apa jadi.maksud aku kelmarin.hehe.Isnin tu adalah hari pertama aku mula kan kelas untuk sem baru ni.kelas bermula pada pukul 10 pagi yee..mcm biase larh,anak bujang Encik Nordin  ni kalau nak pergi kelas mmg agak liat skit.So,kol 9.55 cmtu bru kua umh.jalan kaki ke kelas sekejap je kowt.nak risau amende.

Sesampai nye aku kat depan kelas,lecturer dh masuk kelas.sesi perkenalan pun dh mule.Aku masih relax agy.masuk kelas macam biase.Biase ar,aku kan Cool person.haha

Then lecturer baru tu ckp "Oke guys.We got one HANDSOMEBOY in our class today.You with the red shirt.please introduce yourself.Tell me your name,your status,where you come from and what is interesting about you."

Drpd dialog dia cakap tu kan,ape yg korang perasan?haha...dia ckp aku hensem kowt.Bukan nak bangge larh kan tp cume nak bgtaw yg ni larh dia Keindahan Ciptaan Allah..haha..Lecturer baru aku tu Cina kowt.x pernah2 dpt pujian mcm tu drpd org cina.Setahu aku 'Good Looking" aku ni utk org2 melayu je.rupe2 nye ade gak org cina yg perasan 'Good Looking' aku ni.haha.

Back to our story,
aku pun introduce diri aku macam biase."My name is Muhammad Muaz.i'm come from Subang Jaya,Selangor.I'm a spontaneous person and i'm still single".muke cool je mase ckp sume ni.haha

Nak taw ape respone lecturer tu?
"Are you sure you still single?are you sure?are you sure?".
haha.
The End.

Drpd ape yg aku cerita ni,aku cume x sangke dgn apa yg terjadi pada hari pertama aku dlm sem baru ni.ekot korang larh nak ckp aku perasan ke ape ke.yg pasti itu larh yg terjadi KELMARIN.haha...

I got the Feeling that this Sem gonna be my Best Sem Ever.

Chowwww~

February 7, 2011

Worth It !

Assalamu'alaikum w.b.t.

Jangan tertarik kepada seseorang atas rupa parasnya kerana kecantikan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan kelak akan musnah.Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.


Have you found that person already?

yes,i did !

So,dont ask me "Am i worth it for you kindness?"

Cause you're the PERSON i was talking about.


You smile, I smile .

February 6, 2011

How will i know?


Day after day
Time pass away
And I just can´t get you off my mind
Nobody knows ... I hide it inside
I keep on searching but I can´t find
The courage to show ...
To letting you know ...
I´ve never felt so much love before
And once again I´m thinking about
Taking the easy way out ... 

But if I let you go
I will never know
What my life would be
Holding you close to me
Will I ever see
You smiling back at me 

How will I know?
If I let you go ... 

Night after night
I hear myself sayin´
Why can´t this feeling just fade away? 
There´s no one like you ...
You speak to my heart...
It´s such a shame we´re worlds apart ...
I´m too shuy to ask ...
I´m too proud to lose
But sooner or later I gotta choose
And once again I´m thinking about
Taking the easy way out ... 

How will i know?

Done!



Misi Menyelamat SELESAI

No Need To Say 'Thank You'
No Need To Feel 'Sorry'

Just STOP Blame On Yourself.


Start With The Hardest Thing First.


Forgive yourself.

I will be FINE.


February 5, 2011

salah kah aku?

Assalamu'alaikum w.b.t.

In Life,it's not the ending that matters but the JOURNEY.


Aku banyak berfikir kebelakangan ni.aku pernah bertanya pada diri sendiri..
"Apa perkara yang boleh aku lakukan supaya aku dapat memaafkan diri aku sendiri?"
Aku memilih jalan untuk ' Utama kan kebahagiaan orang di sekeliling ku.Biar pun aku yang terpaksa menanggung segala kesusahan itu.Bukankah kehidupan ini hanya sementara?'

Sekurang-kurang nya aku dapat melihat mereka tersenyum di saat aku menghembuskan nafas yang terakhir.



Ya Allah,salah kah aku meilih jalan ini?

February 4, 2011

Sekejap Je.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Pagi SABTU :
Bangun dari tido,aku sedar satu perkara yang cuti sem aku dh nak habis.sekejap je kan?aku x pernah rasa pun cuti sem ni akan rasa lama.kebanyakan plan yg dirancang,bnyk x jadi.Tipu lar kalo aku kata aku x kecewa dgn cuti kali ni tp itu lah ketentuan.Ketentuan dari-Nya adalah ketentuan yg terbaik buat diri ku.

Malam semalam aku sempat luang kan masa dgn membe-membe sekejap.kita org g main badminton.plan main kol 9,malang nye di sebabkan aku datang lambat dan kita org tukar lokasi badminton untuk dapat court murah,dapat main SEJAM je..amek lar 2 court supaya yg lain x menunggu.Ape-ape pun,sume berpeluh semalam.Ada peluh kemenangan ada juga peluh kekalahan.haha.yg kalah tu semesti nya bukan aku. =P

Pagi ni juga aku sedar yang aku belom kemas barang untuk balik.So,kemas-kemas skit mana yang patut.Jap lagi nak pergi Seremban,sbb kawan aku yg duduk belakang rumah,kakak dia nak kawen.Dalam kad undangan tu,majlis nye kat Negeri 9,tu yg gerak Seremban pagi ni.Get the point now?



Pagi sabtu juga wat aku tersedar yg dah berapa hari tak dengar kabar pasal cik wangi ....
Sentiasa mendoakan dia agar tak dibelenggu dgn masalah dan dapat menikmati hari-hari dia dengan cukup sempurna tak kire walau dimana dia berada.Nak tambah doa skit bule?Semoga dia dapat capai impian yg dia inginkan selama ni.amin ~ =)
EH?asal cerita cik wangi dlm blog aku ni?tukar topik skrang..
Alamak ! dh xde topik lah.oke.nak jenguk abang aku yg jauh di perantauan sekejap.

End of story for this morning .

February 3, 2011

Minat .


Siapa tengok cerita ni smlm kat TV3?
kalau korang nak taw,aku punye lar khusyuk tgk cerita ni sorg-sorg kat kampung smlm.
semua org dh nak tido,aku sorg setia kat dpn tv tu.
semata-mata nak habis kan cerita ni.
Aku dah tgk IP MAN 2 ,tp blom tgk IP MAN.
tu yg khusyuk giler tu.

Sesungguhnya aku minat nak belajar 'Wing Chun' bukan kerana taksud dengan aksi yang ditayangkan,tetapi kerana tertarik dengan sifat mulia yg ada pada pengasas seni mempertahan kan diri ini iaitu seni 'Wing Chun'.
Semoga Allah membuka hati orang yg mulia mcm cerita ni untuk menerima Islam.=)

Lapar lorh.JOM MAKAN !

February 1, 2011

Rabu lagi !

Assalamu'alaikum w.b.t.

Salam sejahtera blogger2 sekalian.anda tahu dh kan ape yg special nye hari rabu?ape lagi.pkai sesuatu yg berwarna pink dan keluar larh dari rumah tu..aku bkn nak halau korang kua dari rumah,tp aku nk korang rebut sesuatu peluang yg boleh dibeli dgn harga yang murah hari ni.hehe..

Hari ini hari rabu.aku sepatut nye g MPSJ workout bersama kawan.tp aku cancel kan pagi tadi sbb badan agak kelenguhan.maaf lar aku cancel agak last minit.at least aku msg dia x jadi pergi drpd wat dia tertunggu berjam2 kat MPSJ tu.

Workout x jadi,jadi keje aku pagi ni adalah baca blog seseorang.blog first follower aku.xde keje kan?sbb xde keje larh cari keje.haha..memandang kan aku ni dh termasuk dlm 'stalk list' seseorang.makanya aku baca sume entry2 yg ada pada blog dia ni.aku pernah tanya kat dia "Ape beze stalker ngan joyah?".jawapan nye Stalker ni hanya memerhati tanpa bertanya manakala Joyah ni pulak dia sibok nak taw tepi kain org lain.pastu banyak tanye lak tu.haa..nmpk tak perbezaan nye di situ?aku ni dh dikire sebagai stalker sbb dh termasuk dlm 'stalk list'.padahal aku ni lagi bnyk di'stalker' berbanding menye'talker' org..haha..ayat K terserlah disitu.aku stalker yg setia sbb aku stalker org yg same je.haha.tp org yg stalker aku ramai ot.termasuk larh adik aku sorg tu.*sigh.
Series cakap dh bnyk kali baca blog first follower aku ni.smpi dh bule hafal tajuk entry tu cerita pasal pe.cube menjadi seseorang yg memahami dengan merasai perasaan yg pernah dia lalui sblm2 ni.
Daripada tahap paling SEDIH sehingga tahap paling BAHAGIA. =)
aku baca&baca&baca tanpa bnyk tanya.kalo ikut kan cerita The Tourist yg Angelina Jolie blakon tu,dia ade kata "girls dont like question." haha..so,aku pun x nk banyak tanye.tiap kali mood dia tak baik je,aku cume bersedia jika dia memerlukan teman.=) kalo seseorang tu tgh mood x baik,jgn sibok nak tanye macam2.bg dia ruang utk take some time to chill.Ape-ape pun,still riso bile mood dia x baik.hmmm~

Aku baru balik dari Subang Parade ni.ibu ajak kua tadi.memandang kan bnyk baju lama aku dh kecik,macam2 baju aku dpt tadi..haha..paling penting,dapat Baskin Robin.aku dh merasa,anda pula bagaimana?haha

Bkn McD yg dicari yeee..

Dh dpt Baskin Robin pun termenung lagi?

Jap lagi nak balik kmpg..kne kemas2 baju skit..
Take care sume.have a nice wednesday~