April 23, 2012

Nostalgia Hidup


Assalamu’alaikum w.b.t
 Sudah lama aku tak beri salam kpd pembaca2 blog aku .. (ade ke?) tak kisah lah ade ke tak..yang pasti aku nak tulis sumting dalam blog aku hari ni …
Alhamdulillah …masih dikurniakan nyawa utk hidup hari ni…
Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk kembali taubat kepada-Nya
Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat iman dan islam dlm diri aku yg serba serbi banyak kekurangan ni..

Hari ni aku nak bercerita pasai nostalgia hidup .Korang semua tahu tak ape tu nostalgia? Kalau tak tahu korang google je,sbb tu cara paling senang utk mendpt kan maklumat zaman skrang ni..maklumat tu betol atau salah,itu bukan salah aku…sbb maklumat tu korang yg cari sendiri..aku suruh google je …x suro pon google doodle ke pe…haish..dh melencong jao dh ni…Aku malas nk google,so..aku ikut fahaman aku je lah nostalgia tu ape ek…nostalgia bg aku adalah “Terimbau kembali kenangan di fikiranku..” means,kenangan2 indah yang apabila kita melihat sesuatu perkara..kita akan senyum sorang2…memikirkan kenangan yg pernah berlaku dlm hidup kita suatu ketika dahulu…haha…itu yg aku faham tentang nostalgia larh…

Aku nak mulakan nostalgia hidup aku dengan sekolah rendah…Bila korang tgk bdk2 kecik g sekolah pagi2,pasti nye….korang akan terkenang perkara2 indah yg pernah jd kat sekolah dulu…andai kata perkara tak indah pon,korang masih akan terseyum dan ketawa jika diceritakan kembali kpd2 kawan2…aduiii cek mek molek…kalau aku lah tgk bdk2 kecik g sekolah rendah,aku akan ingat pagi2 lepas aku mandi,aku akan mencangkuk di tepi dinding di baluti dengan tuala…sbb sejuk…nak tunggu kering jap,aku mengigil kat tepi dinding..then,sebelum nak g sekolah mesti lah breakfast dulu kan? Kalo sempat breakfast aku breakfast..kalo tak,mmg masa pagi2 tu di habiskan utk siapkan diri utk ke sekolah jeee… kadang2 sebelum nk gerak g sekolah,mesti ada bende nak di laburkan dlm tandas dulu…aku x taw asal…sama ada perut aku ni mmg suka memulas pagi2 ataupun adat tradisi  ..haha..Bila dh smpi sekolah,terus masuk barisan utk perhimpunan…nyanyi lagu negaraku,lagu Selangor and ofkozes lagu sekolah…haha..and today,aku DAH LAMA GILER TAK NYANYI lagu negaraku…kalau di suruh nyanyi,tak taw lah ingat lagi ke tak…haha..dh 17 tahun nyanyi lagu sama je,kalau tak hadam lagu negaraku tu,mmg kne bahan lah … itu antara nostalgia2 yg biasa di lakukan pagi2 sebelum ke sekolah lah… bnyk lagi sebenar nye..tp aku rasa mcm nk cerita yg best2 je…
Perkara terindah di sekolah rendah …
sekolah rendah aku sama je mcm bdk2 sekolah lain kowt…main bottlecap dlm kelas,main bola sepak guna penutup botol kat belakang kelas..then ble penutup botol tu masuk bawah kain bdk2 perempuan,kita org akan ckp …”Masuk hutan masuk hutan..” haha… kacau org sana sini..kena ketuk ketampi ,kena rotan and paling tak leh dilupakan kena tampar… dh berapa cikgu tampar aku kat sekolah dulu… rasa2 nya first kne tampar time aku g kacau cikgu bergayut dlm telefon…lps cikgu tu hbs ckp dlm telefon je,dia cari aku and BAAMMMM …body glove kat pipi..haha..kne tampar sbb main2 dlm kelas sains pun ade gak ..kne tampar sbb lambat masuk kelas lps zuhur sbb main2 time solat pOn ade aduii..kne sebat kat punggung sbb main air kolah time bdk2 nak amek wudu’ PON ade gak…dulu aku sekolah dari pagi smpi petang,bila dh hbs sekolah tu,ptg tu slalu sgt aku g main ps2 kt rumah member…ble dh tertinggal bus utk balik,mula lah kelam kabut …. ade satu masa tu,sanggup member aku hanta blk naik basikal bmx je…tu pun dia hanta smpi jejantas yg berdekatan rumah aku…lepas je cross jejantas tu,terus nampak bus aku lalu…kelam kabut lagi,nyorok blakang pokok..haha… sekarang ni,kalau nmpk je bus N2 lalu dekat2 kawasan rumah aku ni,pasti nyee akan teringat peristiwa yg pernah berlaku dlm bus tu dulu…gayut2 dlm bus mcm Billivard penah wat kt youtube tu..perang2 antara bus-bus yg lalu kat sebelah …mula2 simbah2 air antara bus-bus..lepas tu baling2 batu plak…lepas tu abg bus banned game perang2 ni..sbb dpt complain..haha..Nostalgia time sekolah rendah dulu banyak sebenar nye…kalau cerita kat blog ni,3 kali post pon belom tentu habis …
Nostalgia time sekolah menengah pon banyak sebenar nye…bermula dari pertama kali aku mendapat pujian hensem dr seorang muallim sbb time tu aku x pakai songkok…x taw lah sama ade dia perli ataupun niat nye ikhlas…haha..time sekolah menengah ni ,form 1-3 aku sekolah kat shah alam…so,pagi2 kne naik van dekat taipan…time form 3,first day sekolah…aku jadi org pertama sampai kat sekolah…6.45 dh terpacak dpn sekolah…gate sekolah pon blom bkk lagi…sbb time tu aku pertama kali di beri amanah utk jd pengawas sekolah…haha..giler semangat tak semangat … kalau nak cerita semua nostalgia,mmg tak sempat lah..sbb mood malas bercerita aku dh smpai…

Pasti nye,korang semua pon ada nostalgia hidup masing2…bila korang lihat sesuatu perkara,korang akan tersenyum seorang diri … mcm aku tgk bdk2 baru nak amek lesen memandu…mmg nostalgia btol bagi aku..sbb sedar tak sedar aku dh ade lesen BESARR dh skrang…memikirkan kenangan aku amek lesen dulu.sudah semesti nya membuatkan diri aku tersenyum..and memikirkan cara aku mengajar org memandu..lagi lah membuatkan aku tersenyummm…
Akhir kata lah kan,kalau aku ade SATU BENDE yg akan membuatkan aku memikirkan kenangan indah tu bermain kat fikiran aku,aku akan jaga BENDE tu elok2…

p/s:Salah satu sebab aku malas nk tulis blog,aku takut aku meroyan sorang2..so,better aku stop kat sini dulu…kalo ade nostalgia hidup aku nk cerita,itu aku akan selit2 kan dlm post yg akan datang…biler post yg akan dtg nye? Itu aku sendiri pun x taw..ikut mood lah cmne kan..kalau tak,mmg bersarang lah blog aku ni…


April 13, 2012

Nukilan Hilal Asyraf

Isu memendam perasaan.

Pada saya, bila kita sudah suka kepada seseorang, pertamanya yang kita perlu lakukan adalah menyelidik siapakah yang kita suka itu. Bagaimana dia. Apakah menyenangkan jiwa kita? Apakah kita senang dengan keadaan keluarganya? Saya sendiri tidak menetapkan apa-apa level dalam hal ini. Pokoknya, kita senang dengan dia, dan kita senang dengan keluarganya.

Keduanya, bila rasa senang dengan itu semua, pergilah kepada Ibu Bapa kita, dan nyatakan hajat kita itu. Berbincanglah dengan Ibu Bapa akan baik buruk tindakan kita, akan keadaan diri dan kemampuan kita. Pandangan Ibu Bapa sangat penting bagi mengimbangi otak dan jiwa kita yang disapa 'cinta'. Kadangkala, orang yang disapa cinta ini, 'mereng' sikit pertimbangannya. Kadangkala.

Ketiganya, selepas rasa yakin, pergilah usahakan merisiknya dengan jalan yang baik untuk mengetahui sudah berpunya atau belum. Sekiranya belum, lamarlah dengan jalan yang baik. Jika ditolak, boleh tanya kenapa. Kalau kekurangan yang boleh diperbaiki, boleh diusahakan, maka berusahalah memperbaikinya. Kalau kerana benda yang tidak boleh diubah seperti kerana kita terlalu tinggi, kulit terlalu cerah dan sebagainya, tinggalkan sahaja orang sebegitu., dan carilah yang lain.

Keempatnya, sekiranya diterima, maka berusahalah mencapai 'mampu' untuk berkahwin. Pertunangan tidak perlu terlalu lama. Namun ini terpulang kepada situasi dan keadaan masing-masing. Apa-apa pun, saya tegaskan di sini, dalam sesi pertunangan itu, selain mengambil peluang berta'aruf, fokuskanlah kepada 'usaha untuk mencapai mampu' dengan peningkatan peribadi, peningkatan ilmu, peningkatan kekuatan untuk mencari sara hidup, dan sebagainya.

Ta'aruf itu biasa-biasa sahaja. Rilek-rilek sahaja. Lepas kahwin boleh sambung panjang. Tetapi 'kemampuan', itu bukan benda yang mudah. Kena mula awal, kena serius usaha capai. Ini yang ramai remaja malas nak kisah. Kisahnya perasaan sahaja, syok berhubungan dengan pasangan sahaja. Pada-pada la. Fikir mana yang lebih utama!

Pada saya, begitulah.
Ringkasnya, saya akan cakap: "Kalau suka, beritahulah. Buat apa pendam."
Tetapi orang melayu ni banyak songeh. Bila cakap begitu, budak-budak sekolah rendah pun rasa dia patut bagitahu dekat kawan darjah limia yang dia suka. Orang-orang tua pun sampai cakap pada saya: "Habis, yang budak tingkatan tiga pun kena luah la?" Adoi...

So kenalah saya karang status panjang ini.

Konklusinya, bila dah suka, beritahulah. Buat apa pendam. Tetapi fikir-fikir jugalah keadaan diri. Perkara ini, jalankanlah dalam keadaan berjaga-jagalah dan berhati-hati.

Masa dan perancangan, adalah antara yang memainkan peranan penting di dalam hal ini.

Selain niat dan matlamat yang jelas, dalam mencintai seseorang.


--------------------------------------
Geng-geng yang sokong pendam,
dipersilakan menanti 'orang yang tertulis di lauh mahfudz' untuk anda.

Saya tidak kisah pun.

Ini hanya khas untuk yang rasa tak logik laci boleh terbuka sendiri tanpa usaha, dan tahu bahawa Allah dan Rasulullah SAW sendiri mengisyaratkan 'usaha dan ikhtiar' dalam pemilihan pasangan.
Sekian.
^^

*tengahpersiapkandiri. =)

March 27, 2012

Bidadari Dunia



Hakikat nya,kita sebagai manusia biasa tidak akan pernah tahu,siapa jodoh kita pada masa akan datang ..
kerana Jodoh Kita Rahsia Allah =)

Kadang kala hati ku tertanya-tanya siapa kah bidadari yang bakal menghiasi hidup ku pada masa akan datang .. biar  pun jawapan nya masih ku cari ,dalam masa yang sama aku sedang mempersiapkan diri utk melamar bakal bidadari dunia yang akan ku cintai sepenuh hati .. =)

Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah ..

=) senyum sampai ke telinga kalau cakap bab kahwin ni..hehe

February 14, 2012

Owh Exam Week .

Waktu exam dunia...

kita tak dibenar
1. meniru
2.buka buku
3.tolong orang lain

tapi exam Allah mudah

kita dibenar
1. meniru hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh
2.merujuk buku(Al-Quran)
3.menolong hamba-hamba yang lain,malah digalakkan..



Ini lah status membe aku kat FB yang dah keluar dari MMU .. status dia membuat kan aku berfikir sejenak.. mcm 'stop and stare' haha ..

Minggu ini adalah minggu exam . mcm biasa lah kan student2 aka mahasiswa2 menghabis kan masa dengan menelaah buku untuk exam2 yang bakal depa suma hadapi .Tapi bg aku,tak rasa mcm exam week langsung.yup ! NOT AT ALL. sikit pun tak rasa mcm exam week.just study biasa2 and then jawap je lah exam tu .bak kata budak poyo "study biar lepak result biar gempak" tak pon "lek lu~~" haha ..

Habis je paper statistic khamis lepas,aku rasa mcm dah xde mood nak amek exam . aku wat rilex je.wat selamber je sedangkan ada 2 orang insan yang penat lelah hantar aku ke sini,tp aku study main2 je..mood relax aku datang lebih awal dari mood exam . aku main game,duduk lepak2,online and anything else yang merelaxkan larh senang citer . kadang-kadang aku layan hell's kitchen season 9 kat rumah member aku .(rumah akuxde astro) haha..almost every morning gak lah aku g umah membe aku tu layan hell's kitchen tu .padahal exam week kowt. dalam sibuk2 layan hell's kitchen tu,aku terperasan satu bende yang menarik .. chef ramsey,kalau dia tgk peserta2 hell's kitchen ni macam down semacam je,dia akan bagi inspiration untuk menaikkan semangat dia orang . Chef Ramsey akan menawarkan hadiah yang best2 bagi peserta yang menang cabaran .hehe ..

Bila aku fikir2 balik,kenapa aku rasa mcm xde mood nak amek exam..mungkin sebab aku xde inspirasi ..so,aku rasa aku perlukan inspiration ..cari-cari punya cari..berharap punya berharap..x jumpe ape utk inspirasi menaikkan semangat utk exam..sehinggalah satu pagi ..aku duduk depan laptop utk online,aku terpandang gamba ibu dan abah .. *stop and stare .
I found it. Ibu & Abah is my inspiration and will be always been .. =) Now,I'm preparing myself for the next paper .




February 4, 2012

Lelaki Ini .


Aku ingin menjadi seperti 'LELAKI INI' untuk bakal isteri ku pada masa akan datang ..
Untuk itu,aku harus bermula dari sekarang ..

Now,nak nyanyi lagu Lelaki Ini by Anuar Zain .. 
Khas untuk my future wife .. I know you out there.I just Haven't met you yet.=)

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

February 3, 2012

"Saya Jiwa Kosong"


"Orang macam kami sengaja kosong kan jiwa kami sebab kami dah bosan dengan bullshit politik yang hang pa semua dok main kan."

Yes.aku sangat2 setuju dengan kenyataan matlutfi .kalo suatu ketika dahulu,aku cuba menyokong satu pihak yang cuba berjuang berlandaskan al-quran & hadith . tapi kini,aku buntu .aku cuba untuk mendengar kedua-kedua belah pihak.tapi masih tak jumpa jawapan yang aku nak.aku semakin benci dengan politik di Malaysia kini kerana mereka caci-mencaci sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa memimpin .

Satu pihak menggunakan media massa utk mendapat kan keyakinan rakyat dengan membuka aib sesetengah pihak manakala satu pihak lagi cuba menjatuh kan pihak lain dengan berhimpun dan berdemostrasi . satu pihak mengatakan pihak itu tak betol,satu pihak lagi mengatakan pihak yg ini tak betol.sampai bila nak habis ?

Ade sesetengah pihak itu mengata kan mahasiswa macam aku ni tak boleh join politik . =.= bukan ke semua perkara dalam dunia ni ber'politik'? haram jadu tol .
aku cuma untuk memahami politik kat malaysia ini sebab ia berkaitan dengan memilih pemimpin yang adil.tol tak? kat akhirat nanti kita semua akan di tanya siapa pemimpin yang kita pilih .dats y aku cuba nak try memahami politik malaysia ni untuk memilih pemimpin yang BENAR-BENAR LAYAK untuk di jadi kan pemimpin .tapi malang nye ... lain yang jadi .

Satu persoalan yang timbul dalam fikiran aku ..
"Tak boleh ke kita semua bersatu ? satu pihak menjaga pembangunan dan pemodenan negara dan satu pihak lagi menjaga kebajikan rakyat? membangun & bersatu berlandas kan syarak.tak boleh ke?"

kita sibuk caci mencaci satu sama lain,sedar tak kita ade pihak 'ketiga' yang melompat-lompat keriangan sebab berjaya memecah belah kan masyarakat kita?

Pihak ketiga yang aku maksud kan adalah syaitan .

"I just want clean politic."

January 30, 2012

Ini Tips utk aku . =)

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

sumber: Iluvislam.com
penulis: Abu Zarin Bin Harun .


Boleh larh mula start implement dalam diri aku supaya dapat cepat kahwin.hehe